Sepatah Dua Kata

Isnin, Julai 27, 2009

Sinopsis Kenangan Mengusik Jiwa




Rosalina dicengkam dilema. Perlukah diteruskan hubungan dengan Farhan Hasri andai ada hati yang terluka kerananya? Apakah Farhan Hasri tidak pernah menyedari ada cinta yang berputik dalam gadis yang telah dikenali sejak kecil lagi? Rosalina tidak tegar untuk mengecewakan sekeping hati hanya untuk dirinya bahagia. Rosalina tidak mahu gembira atas penderitaan orang lain. Justeru itu, dia mengambil langkah mengundurkan diri, meninggalkan Farhan Hasri dalam tanda tanya. Lelaki itu tidak mengerti atas alasan apa Rosalina tegar memutuskan hubungan yang telah dibina hampir dua tahun lamanya. Apakah Rosalina tidak pernah menyintai dirinya?

“Tak, saya tak nak faham! Apa yang saya nak adalah bersama-sama awak, seperti dulu,” – Farhan Hasri

“Cukuplah awak... awak harus faham. Antara kita tak mungkin ada apa-apa lagi,” – Rosalina

Rosalina benar-benar rindukan Farhan Hasri. Hanya lelaki itu yang bertakhta di hatinya. Namun, dia tidak mampu meluahkan apa yang dirasa. Setiap lafaz kata lelaki itu amat menyentuh hati. Setiap ucapan lelaki itu amat bermakna. Natijahnya, dia cintakan Farhan Hasri. Bukankah itu sudah cukup untuk mereka bersama? Tapi, bagaimana dengan Hasliza, yang telah lama memendam rasa pada lelaki itu?

Kenangan, datang dan pergi... yang pasti, setiap kenangan yang tercipta, pasti mengusik jiwa!

Tiada ulasan :