Sepatah Dua Kata

Selasa, September 22, 2009

E-mel Buat Daniel Idzmi - Sinopsis

 

SINOPSIS

AKU hanya meluahkan rasa. Apa yang terbuku dihati, segala rasa sayang, rindu, sedih, kecewa dan pelbagai lagi, kukirimkan melalui e-mail agar kau mengerti apa sebenarnya yang aku harapkan dari kau. Salahkah jika hati ini menyimpan secebis rasa cinta pada dirimu? Walau aku tahu diriku ini banyak kekhilafan, tapi tidakkah aku punya nilai buat di sisimu? Aku hanya ingin kau tahu, perasaan hatiku padamu agar tiada curiga yang berputik di jiwamu. Namun, tidak kuduga, luahan rasaku ini membebankanmu, menghadirkan benci buat diriku. Maafkan aku. Aku hanya insan biasa yang punya hati dan perasaan. sampai masanya aku tahu, aku akan berhenti dari menghantar kiriman e-mail lagi buat dirimu, lelaki yang kucintai, Daniel Idzmi.

Hai, harap kedatangan e-mail ini tidak menganggu. Tujuan saya menulis, adalah untuk menyatakan kebenaran. Tentang segalanya. Saya tak mahu ada penipuan dan ragu-ragu lagi. Harap awak baca dengan teliti dan buatlah penilaian yang sewajarnya.

Satu persoalan dalam fikiranku yang telah lama aku cari jawapannya. Apakah akan ada balasan untuk setiap e-mailku? Ah, aku tahu hakikatnya yang aku hanya bermimpi di siang hari. Namun jauh di sudut hati, aku amat berharap agar dapat mengetahui walau secebis, isi hatimu...


Tiada ulasan :