Sepatah Dua Kata

Rabu, Februari 24, 2010

Begitulah Cinta - Bab 24


 

Retak

“APA yang kau buat kat sini? Keluar!” jerit Salwa.
“Wawa, tenang. Kenapa ni? Itukan Adi. Dia datang nak melawat Wawa,” tegur Datin Faridah.
“Wawa tak nak tengok muka dia ummi! Suruh dia pergi! Pergi!” jerit Salwa lagi.
Adi Izlan yang mendengar jeritan Salwa terguris hatinya. Sampai hati Salwa menghalaunya begitu. Besar sangatkah kesalahan yang dilakukan pada wanita itu sehingga Salwa tergamak melayannya begini?
“Aku kata pergi! Pergi!”
            Datin Faridah menenangkan anak perempuannya itu. Dia memandang Adi Izlan, mohon pengertian. Dengan hati yang remuk, Adi Izlan melangkah pergi. Datin Faridah hairan dengan sikap anaknya itu. Bukankah selama ini hubungan mereka baik-baik sahaja?
“Apa yang dah berlaku Wawa?” tanya Datin Faridah.
“Wawa benci dia ummi! Benci!” ucap Salwa dalam linangan air mata.
            Lidah Datin Faridah terus kelu melihat titis-titis air mata bercucuran jatuh ke pipi mulus anaknya itu. Hatinya tertanya-tanya perihal hubungan Salwa dengan Adi Izlan. Apakah yang telah terjadi antara mereka?

RASHIDAH mengajakku bermain tenis petang itu. Aku bersetuju memandangkan sudah lama aku tidak memanaskan badan dengan aktiviti lasak begitu. Asyik berjogging je, bosan juga. Sesekali bersukan apa salahnya. Selepas balik dari perpustakaan tadi, hatiku berbolak-balik. Ternyata Affendi menyayangiku tetapi aku tiada perasaan sedemikian padanya. Dia tidak pernah muncul dalam mimpiku juga tidak pernah menghadirkan debar di dalam hati. Amirul Azme pula, aku tidak tahu hendak kutafsirkan bagaimana. Bila berjauhan, dia selalu terlintas di fikiranku. Rindukah itu? Mustahil, aku baru mengenalinya.
            Amirul Azme bin Ahmad Ariff. My first impression, dia seorang yang berhati-hati dalam pertuturannya. Agak pendiam. Rajin dan bersungguh-sungguh apabila melakukan sesuatu kerja. Itu aku dapat lihat apabila belajar dengannya. Walaupun tidak sama kelas, tapi isi kandungan pelajaran kami sama kerana kami di belajar bawah satu bidang yakni Analisis Pelaburan. Dia juga pemalu. Jarang tersenyum. Oh ya, lupa pula. Dia dua tahun lebih tua dariku. Sekarang aku berumur dua puluh tahun. Bermakna umurnya, dua puluh dua tahun. Tidak pula aku bertanya sebab kelewatannya memasuki universiti. Dia tinggal di Tampin. Faezah berjiran dengannya. Affendi pula tinggal di Bandar Baru Bangi. Satu kebetulan Affendi ada pertalian darah dengan Faezah.
“Apa lagilah yang kau menungkan tu Cik Durar oi?” Rashidah menegurku.
            Aku melemparkan senyum padanya. Raket tenis di sebelah kugapai lalu melangkah keluar dari bilik. Aku menyarung kasut sukan berwarna biru dan berjalan bergandingan dengan Rashidah menuju ke gelanggang tennis.

ADI IZLAN memandang laut biru yang luas seakan tidak berpenghujung. Warna merah mula menyerak di kaki langit. Perlahan-lahan dia melepaskan keluhan. Sungguh dia terkilan dengan tindakan Salwa yang menghalaunya tadi. Dia datang dengan niat yang baik. Bergegas dia ke hospital setelah mendapat panggilan dari Datin Faridah. Hampir terbang semangatnya apabila mendengar Salwa ditimpa malang. Sepanjang perjalanan ke hospital, tidak putus-putus dia berdoa agar Salwa tidak mengalami kecederaan yang serius. Namun, sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke dalam wad tempat Salwa diami, dia telah dihalau seperti sampah. Apakah agaknya yang menyebabkan Salwa tegar membuatnya begini?
Adi Izlan mengeluh lagi. Dia benar-benar buntu. Salwa, apakah yang terjadi antara kita sebenarnya?

::bersambung::

3 ulasan :

epy elina berkata...

bodoh punya adi...
mst la wawa mrh sbb thu ko dah brtnang...
lg tunang ko pregnent...
x fhm aku ngn llki ni...

Ridh-One berkata...

epy elina: itulah, silap juga adi sebab tak beritahu salwa. aish...

terima kasih sudi singgah membaca... :)

Tanpa Nama berkata...

pendek ni ridh. it's ok, next pliz..