Sepatah Dua Kata

Ahad, Mac 21, 2010

Begitulah Cinta - Bab 31



Cemburu tandanya sayang

“GEMBIRA nampak?” tegur seseorang.
Aku terkejut apabila disapa oleh Hafiszul sewaktu sedang menonton televisyen di Speaker Corner, sebuah ruang yang disusun kerusi secara berjajar dan diletakkan televisyen untuk tontonan umum. Aku duduk di situ menanti Rashidah yang berada di kedai buku berhampiran.
“Hai, lama tak jumpa. Apa khabar?” aku bertanya pada lelaki itu.
“Khabar tak baik,” jawabnya ringkas.
“Lain macam je bunyinya. Gaduh dengan Laily?”
“Zul dah tak ada kaitan lagi dengan dia okey. Tak payah nak ambil tahu pasal Zul dengan Laily,” balas Hafiszul agak keras.
“Awak marah?”
“Durar ke mana hujung minggu hari tu?” Hafiszul menyoal gadis bertudung ungu cair itu membiarkan soalan gadis tadi begitu sahaja.
“Pergi bercuti,” jawabku.
“Ke mana?”
“Kenapa saya harus beritahu awak?” tanyaku, tidak senang dengan soalan Hafiszul tadi.
“Saja nak tahu. Tak boleh?”
“Saya rasa tak perlulah awak tahu,” ujarku.
“Kenapa? Takut Zul tahu yang Durar ke Tampin hujung minggu tu?” sindir Hafiszul.
Aku tersentak! Dari mana lelaki itu mengetahuinya? Apakah dia mengintip gerak-geriku selama ini atau, Amirul Azme yang memberitahunya? Takkanlah...
“Ya, saya ke Tampin. Ada masalah tentang tu?” aku membalas sindirannya tadi.
“Memang ada masalah. Zul tak suka Durar rapat dengan Imie. Dalam hatinya, dia mencintai perempuan lain,” Hafiszul berkata menghadirkan gundah dalam hatiku.
“Apa maksud awak Hafiszul?”
“Zul bukanlah nak masuk campur dalam hidup Durar tapi Zul hanya bagi peringatan. Jangan rapat sangat dengan dia,” ujar Hafiszul seakan memberi amaran.
“Suka hati saya nak berkawan dengan siapa. Saya tahu jaga diri saya. Tak perlulah awak risau. Maaf, saya minta diri dulu. Rashidah sedang tunggu saya kat kedai buku,” ujarku lantas mencapai beg dan berlalu dari situ dengan perasaan yang berbahang.

*  *  *  *  *

“HAI, muncung sedepa nampak, kenapa?” usik Rashidah sewaktu kami berdua dalam perjalanan pulang ke kolej kediaman selepas dia membeli beberapa helai kertas berwarna di kedai buku tadi.
“Si Hafiszul tu, geram aku dibuatnya,” ujarku.
“Geram kenapa?”
“Siapa dia nak larang aku berkawan dengan orang lain? Hidup aku, suka hati akulah nak tentukan dengan siapa aku nak berkawan,”
Rashidah tergelak kecil. Aku menghadiahkan sebuah jelingan. Orang tengah marah, dia boleh gelak pula.
“Jangan-jangan dia cemburu tak?” getus Rashidah.
Aku menelan liur. Cemburu? Untuk apa? Aku bukan kekasih hatinya lagi. sewajarnya rasa cemburu itu disimpan buat Laily.
“Cemburu tu tandanya sayang,” tokok Rashidah lagi.
Sebuah senyuman kuukir sebagai balasan kepada kata-kata Rashidah tadi. ya, mungkin benar cemburu itu tandanya sayang namun rasa sayang dalam hati ini buat lelaki itu sudah semakin pudar.
“Dia dah ada Laily, aku tak mahu jadi orang ketiga...” ujarku.
“Cinta tak kenal orang ketiga, keeempat atau keseratus sekalipun. Asalkan dalam hati ada cinta, semua boleh jadi. Kau berhak bahagia...”
“Walau aku pernah derita dengan lelaki yang sama?”
“Setiap orang buat kesilapan. Nobody perfect. Maybe he deserve a second chance...” Rashidah memberi sedikit nasihat.
Hatiku berdetik, wajarkah Hafiszul diberi peluang sekali lagi?

*  *  *  *  *

TENGAH HARI itu, Amirul Azme bergegas ke Unit Pengurusan Kolej Sektor A untuk membuat aduan tentang kerosakan lampu dalam biliknya. Pagi tadi, sewaktu bangun untuk menunaikan solat Subuh, dia memetik suis lampu kalimantang yang sederhana panjang itu tetapi tidak menyala. Pasti fiusnya terbakar. Ah, bukan dia tidak tahu, lampu yang satu ini memang selalu bermasalah. Masuk kali ini, sudah hampir lima kali lampu itu mengalami kerosakan.
            Selepas membuat laporan, dia melangkah ke perpustakaan kerana Faezah ingin berjumpanya di sana. Kata Faezah, ada hal yang ingin dibincangkan. Tentang Durar.  Setahu Amirul Azme, tiada apa yang pelik tentang Durar. Latar belakang gadis itu baginya biasa saja. Tiada apa yang pelik bagi gadis itu. Faezah ini ada-ada sahaja.
“Wei Imie!” laung Affendi.
            Amirul Azme berpaling dan melihat lelaki berkemeja hitam itu sedang berlari anak menuju ke arahnya.
“Kau nak ke mana?” soal Affendi.
Library,” jawab Amirul Azme.
“Faezah yang ajak?”
            Amirul Azme menganggukkan kepalalanya. Affendi tersengih. Dia tidak menyangka Faezah turut menjemput Amirul Azme bersama. Tapi kenapa? Apa kaitan lelaki itu dengan Durar?

::bersambung::

4 ulasan :

epy elina berkata...

hohoho...
durar ngn amirul x jd kapel ke??
mcm mna ngn ais krim amirul brjya dpt ke???
napa faizah nak jmpa amirul??
ada khbr x baik ke???
bila la amirul ngn durar brcnta ni???

aqilah berkata...

muka tak malu tul lah si zul tu!! biar apa pun rintangan, nak imie dgn durar ye........bolehla............

Sofya berkata...

a'ah mana ais krim tu?
tak best lah zul tu ngan durar.. man leh paksa org nak kat dia..benci ngan perangai dia..kasar!
suka durar ngan imie.. tapi perkhabaran apa yang bakal imie ngan affendi terima dr faezah yerk.. tak sabar nii nak baca sambungannya..

Rizai Reeani berkata...

epy elina: oh, tentang aiskrim tu mulanya hanya nak buat sebagai signifikasi tapi saya dah betulkan. akan muncul dalam bab selanjutnya... :D

aqilah: itu, kita kena serah pada keadaan dan perasaan cinta yang ada dalam hati... ;)

sofya: betul tu, cinta adalah sesuatu yang tidak boleh dipaksa. kelak diri yang akan merana... :)

Terima kasih semua sudi singgah membaca... ^_^