Sepatah Dua Kata

Jumaat, April 09, 2010

Begitulah Cinta - Bab 36



Antara cinta dan kasih

“HAI, what a pleasant surprise!” ucap Hafiszul, cuba menyembunyikan rasa gemuruhnya apabila melihat Amirul Azme di rumah Durar.
Amirul Azme berjabat tangan dengan Hafiszul. Mereka berdua berbalas senyum. Hafiszul memandangku. Ada riak tidak senang di wajahnya. Cemburukah dia? Ah, tidak mungkin. Aku dengan dia sudah tiada ikatan istimewa lagi. Tapi, bukankah dia sedang cuba menambat hatiku kembali?
“Awak berdua kenal ke?” tanyaku apabila melihat mereka berdua agak mesra.
He’s my beloved roomate,” ujar Hafiszul.
Amirul Azme yang mendengar ketawa. Hah? Roomate? Apakah ini satu kebetulan?
“Jadi, kau buat apa kat rumah makwe aku ni?” kata Hafiszul sekaligus menerbitkan gusar dalam hati Amirul Azme.
“Oh, jadi inilah girlfriend yang selalu kau sebutkan tu. Aku pun tak perasan. Actually, aku datang sini sebab ada urusan dengan parents dia,” bohong Amirul Azme.
            Aku memandang wajah lelaki itu, cuba mengesan sebarang riak tetapi gagal. Lelaki itu terlalu tenang. Tidak terasakah dia dengan kata-kata Hafiszul tadi?
“Oh, jadi kau tidur sinilah?”
            Amirul Azme menganggukkan kepala. Aku sudah bagai kucing kehilangan anak duduk di situ. Resah berbaur gelisah. Segera aku meminta diri dengan alasan ingin menyediakan minuman. Mujur keduanya tidak banyak soal. Ya Allah, apa yang perlu aku lakukan?
“Apa yang kamu buat terhendap-hendap ni? Tadi akak dengar bunyi kereta. Siapa yang datang?” sergah Kak Wawa.
“Err... Hafiszul. Dia ada kat taman tengah berborak dengan Amirul,” jawabku.
“La, apasal tak panggil dia masuk?”
“Kak Wawa panggillah. Durar nak ke dapur buat air jap,” ujarku.
“Eh, tak payah. Biar akak yang buat. Kamu pergi join dia orang tu,” ujar Kak Wawa.
“Durar seganlah kak,” akuiku jujur.
“Apalah yang kamu nak segankan... kawan kamu juga. Lainlah kalau si Zul tu bekas pakwe kamu,” balas Kak Wawa.
Aku hanya mendiamkan diri. Ternyata kata-kata Kak Wawa tadi ada benarnya.
“Durar...”
“Apa yang Durar nak buat kak?” soalku, gelisah.
“Ya Allah! Jangan kata apa yang akak fikir tadi betul?” Kak Wawa mula berubah wajah.
            Aku sekadar menganggukkan kepala tanda mengiyakan telahan kakakku tadi. Wajah Kak Wawa nyata terkejut. Itulah, hidup adik kakak ni dah macam cerita telenovela tau. Akak aje yang tak tahu.
“Err...em..err... akak rasa lebih baik kamu pergi buat air. Biar akak yang layan dia orang,” ujar Kak Wawa.
‘Hah, tahu pun gelabah,’ gelakku dalam hati lalu segera menuju ke dapur untuk menyediakan minuman.
*  *  *  *  *

“LAMBAT balik Fared? Banyak sangat ke kerja kat pejabat tu?” tegur Tan Sri Ahmad Ariff.
“Adalah sikit papa. Fared sedang siapkan kertas kerja untuk projek penambakan laut di pantai Teluk Kemang tu,” jawab Fared Mustapha lantas mengambil tempat duduk di atas sofa buatan Itali berwarna pic itu.
“Kamu dah makan?” tanya Puan Sri Kartika pula.
            Fared Mustapha menghela nafas lega. Pertanyaan mamanya tadi dijawab dengan anggukkan. Sebenarnya dia masih bingung memikirkan masalahnya yang masih belum selesai. Tentang duit RM 10,000 yang ingin dipinjam dari papanya. Mungkin inilah masa yang sesuai untuk membincangkan perkara itu memandangkan mamanya juga berada di ruang tamu.
“Papa, Fared ada sesuatu nak bincang dengan papa,” ujar Fared Mustapha.
“Apa dia?” Tan Sri Ahmad Ariff bertanya sambil matanya masih tidak lekang dari membelek akhbar.
            Fared Mustapha memandang mamanya sambil menunjukkan isyarat jari sepuluh. Fahamlah Puan Sri Kartika akan kehendak anaknya itu.
“Err, abang... Fared nak pinjam sepuluh ribu,” beritahu Puan Sri Kartika.
            Tan Sri Ahmad Ariff menghentikan pembacaannya apabila mendengar kata-kata isterinya tadi. Sepuluh ribu? Nak buat apa duit sebanyak itu?
“Anak kita ni nak bertunang,” ujar Puan Sri Kartika sebelum sempat suaminya itu bertanya.
            Tan Sri Ahmad Ariff tersentak. Begitu juga dengan Fared Mustapha. Bertunang? Bila masa pula dia ada tunang?
“Oh ya ke? Dengan siapa? Kalau macam tu, tak perlu nak pinjam. Kenapa tak cakap je dengan papa terus?” tanya Tan Sri Ahmad Ariff.
“Fared segan papa,” ujar Fared Mustapha teragak-agak.
“Perkara baik macam ni, buat apa nak segan. Beginilah, esok datang ke pejabat papa. I’ll give you RM 20,000,” balas Tan Sri Ahmad Ariff
“RM 20,000?” Fared Mustapha bersuara seakan tidak percaya.
“Kenapa? Tak cukup?” soal Tan Sri Ahmad Ariff.
“Cukup, lebih dari cukup. Thanks papa!” ucap Fared Mustapha sambil tersenyum girang.
“Abang naik ke atas dulu. Nak solat,” ujar Tan Sri Ahmad Ariff.
“Baiklah bang. Kejap lagi saya naik,” jawab Puan Sri Kartika.
            Sejurus selepas Tan Sri Ahmad Ariff meninggalkan ruang tamu itu menuju ke bilik di tingkat dua, Fared Mustapha terus meluru ke arah mamanya.
“Apa ni ma? Bila masa Fared nak bertunang?” terjah Fared Mustapha.
“Tenang... Bukankah masalah kamu dah selesai? Pasal tunang tu, biar mama uruskan. Lagipun, bakal tunang kamu tu anak kawan mama juga,” terang Fared Mustapha.
“Sapa? Fared tak nak bertunang dengan orang yang Fared tak kenal,” bantah Fared Mustapha.
“Ish, kamu ni. Banyak soal pula. Bakal tunang kamu ni mama confirm kamu suka,” ujar Puan Sri  Kartika.
“Siapa?”
“Siti Salwa. Anak Dato’ Zaidi,” jawab Puan Sri Kartika.
‘Salwa?’ detik hati Fared Mustapha.

*  *  *  *  *

JARUM jam menujukkan tepat pukul sepuluh malam. Hafiszul telah beredar sepuluh minit yang lepas. Sepanjang waktu dia berada di sini, Kak Wawa yang melayannya. Aku tidak berani keluar rumah. Pesanku pada Kak Wawa jika mereka bertanya, katakan saja aku di tandas, sakit perut. Entahlah, aku sudah tidak dapat memikirkan alasan lain lagi.
            Selebihnya, aku tidak tahu sama ada alasan Amirul Azme sebentar tadi bahawa dia bertandang ke rumahku adalah kerana mempunyai urusan dengan ayah dan ummi itu boleh diterima. Jika difikirkan logik, urusan apa yang Amirul Azme hendak bincangkan dengan kedua orang tuaku itu? Ish, alasan memang tak munasabah.
            Entah-entah Hafiszul awal-awal lagi sudah tahu sebab Amirul Azme ke sini. Pasti dia sedang menahan marah di dalam hati. Cemburu? Ya, mungkin itu yang sedang Hafiszul rasakan namun biarlah. Aku sudah beri kata putus untuk lelaki itu. Kami tak mungkin akan bersama lagi.
            Pintu bilik kutolak. Rimas pula duduk di dalam lama-lama. Tatkala aku keluar, Amirul Azme sedang membuka pintu biliknya yang terletak  tidak jauh dari bilikku. Apabila dia terlihat akan kelibat diriku, lantas dia mematikan niat untuk masuk ke bilik. Langkah kakinya bergerak ke arahku seraya menghasilkan debar di dalam hati.
“Boleh kita berbincang?” pinta Amirul Azme.
“Ah, ya...” jawabku, gundah.
            Kami bergerak ke ruang tamu. Aku cuba mengintai andai ayah dan ummi ada di sana. Mujur tiada sesiapa di ruang tamu waktu itu. Mungkin ayah dan ummi sudah masuk ke bilik tidur. Lampu dapur masih terpasang menandakan Mak Minah berada  di sana. Mengemas barangkali. Aku mengambil tempat di sofa yang tersedia di situ. Amirul Azme pula duduk bertentang denganku. Hatiku diterpa debar yang menggila. Pasti Amirul Azme ingin bertanya tentang Hafiszul.
“Awak dengan Hafiszul...”
Aku dah agak dia pasti akan bertanya tentang itu lalu segera aku memintas kata-katanya.
“Saya dengan dia dah tak ada apa-apa hubungan,”
“Saya tak minta awak buat penjelasan. Saya cuma...”
“Saya tak nak awak salah faham Amirul. Antara saya dan Hafiszul, itu kisah lama. Ya, saya pernah bercinta dengannya tetapi hubungan kami tak menjadi,” sekali lagi aku memintas kata-kata lelaki itu.
            Amirul Azme diam. Begitu juga denganku. Wajahku ditundukkan, tidak berani menentang wajah Amirul Azme. Aku tidak mahu dia salah faham lagi. Aku tidak mahu berpisah dengannya lagi. Aku tak nak!
“Kan saya dah kata, saya tak perlukan penjelasan. Saya faham. Lagipun...”
“Amirul, awak...” belum sempat dia menghabiskan kata, aku bersuara lagi.
“Durar, bertenang. Biar saya habiskan kata-kata saya,” tegas Amirul Azme.
Bunyi kipas berpusing bermaharajalela di ruang tamu itu. Sinaran lampu chandelier agak malap membuatkan suasana agak kelam dan sepi.
“Saya tahu hubungan awak dengan Hafiszul. Dia dah terangkan pada saya semuanya. Dia juga ada kata ingin memikat awak semula,” ujar Amirul Azme.
“Tidak. Hati saya dah tertutup untuknya. Saya tak akan terima dia lagi. Hati saya dah dimiliki oleh orang lain,” jawabku.
“Iya? Siapa agaknya?”
‘Ah, kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu,’ getus hatiku.
“Durar,” ucapnya.
“Awak tak percayakan saya?” soalku.
“Saya percayakan awak, sebab ia adalah awak,” ucap Amirul Azme.
“Saya cuma terkilan. Awak tak patut merahsiakan perkara ini dari saya,” sambung Amirul Azme.
“Maafkan saya. Saya tak nak ada salah faham lagi,” jawabku.
“Saya ada sesuatu nak beritahu awak,” ujar Amirul Azme.
Aku mengangkat wajahku, memandang tepat anak mata lelaki itu. apakah yang ingin dikatakannya?
“Saya juga pernah bercinta. Dengan Faezah. Tapi cinta saya ditolak,” beritahu Amirul Azme.
Faezah? Perempuan yang selalu bersama dia tu? Takkanlah...
“Kenapa dia tolak?”
“Sebab dia dah ada orang lain. Saya terlambat untuk memberitahunya,” terang Amirul Azme.
“Jadi, awak masih mencintainya?” aku bertanya, gelisah.
            Amirul Azme menggeleng. Hatiku berasa lega. Namun, bolehkah aku mempercayai lelaki ini?
“Kami dah sepakat untuk jadi kawan baik. Lagipun, saya dah kenal dia sejak kecil lagi.  Saya sama seperti awak, hati saya sudah dimiliki oleh orang lain,” jawab Amirul Azme.
            Mata kami bertentang. Terasa ada suatu perasaan indah yang menjalar di segenap ruang hati. Ya, kami berkongsi perasaan yang sama. Hati kami dimiliki oleh kami berdua.
“Amirul, boleh saya percayakan awak?”
“Saya cuba untuk buat awak gembira dan bahagia. Saya harap kita saling percaya antara satu sama lain. Dan saya harap, hubungan kita kekal selamanya,” ujar Amirul Azme.
Terima kasih Ya Allah! Akhirnya segala kekusutan terlerai sudah...
::bersambung::

2 ulasan :

Sofya berkata...

he3 sukanya...
ternyata keikhlasan itu menguatkan rasa cinta..

epy elina berkata...

hohhhoho....
hrp2 hbngan dorng kekal...
wlpun badai mlanda hbngan dorng.....
msng2 prnh kcwa....
hrp2 pas ni sling mnghargai....