Sepatah Dua Kata

Khamis, April 15, 2010

Begitulah Cinta - Bab 37



Indahnya cinta bila tiada sengketa

PERJALANAN hidupku dari sehari ke sehari disulami bunga-bunga ceria. Hubunganku den Amirul Azme menjadi bertambah baik. Lebih-lebih lagi ibu bapaku mengenali dirinya. Setiap hari kami pasti akan berjumpa. Di mana lagi kalau tidak di perpustakaan. Rutin harianku telah kembali seperti biasa. Bila petang tiba, kadang-kala kami berjogging bersama. Jika tidak, aku hanya melihat dia bermain bola sepak. Kebahagiaan dan keriangan jelas menyelubungi hidupku.
“Wah, wah, sejak dah bercouple dengan si Amirul, bukan main gembira lagi kau ya,” usik Rashidah.
“Orang bercinta, mestilah gembira,” usik Anita pula.
            Aku menunduk malu apabila mereka mengusikku. Waktu itu kami sedang menikmati makan tengah hari di kafeteria. Amirul Azme tidak menemaniku kerana dia jarang makan tengah hari di sini. Aku faham, tentulah dia harus berjimat. Makan di dewan makan juga tidak banyak bezanya. Cuma tidak banyak pilihan makanan, itu sahaja.
“Durar, we need to talk!” sergah Faezah tiba-tiba.
Aku yang terkejut dengan kedatangan Faezah itu hampir-hampir tersedak. Budak ni tak reti bagi salam agaknya.
“Ada apa Faezah?” tanyaku.
“Jumpa aku kat Blok C pukul enam nanti,” arahnya lalu melangkah pergi.
Sesedap hati dia aje mengarah orang. Entah angin apa yang merasuk tubuhnya hari itu.
“Siapa dia tu?” tanya Rashidah.
“Bekas girlfriend Amirul,” jawabku, jujur.
What? Kau biar betul? Habislah kau...” ujar Rashidah.
“Kenapa pula?”
“Kau tak takut kena serang ke?”
“Mereka dah berpisah. Amirul bukan hak dia lagi,” jawabku.
“Iya, aku tahu. Tapi, kau tak rasa ke yang perempuan tu mungkin rampas balik Amirul dari kau?” usul Rashidah.
Aku diam. Berfikir sebentar. Tidak, Amirul takkan buat macam tu. Dia takkan mengkhianatiku.
“Jangan risaulah, aku percaya pada Amirul,” jawabku walaupun ada sedikit gusar di dalam hati.
“Kalau kau dah cakap macam tu, tak apalah,” ujar Rashidah.
            Ish, Rashidah ni. Suka buat aku cemas. Sekarang aku mula rasa tak sedap hati. Benarkah kata-kata Rashidah tadi? Faezah akan merampas semula Amirul Azme dariku? Harap-harap tidaklah...

*  *  *  *  *

“JADI sekarang kau couple dengan Durarlah?” tanya Hafiszul pada Amirul Azme.
“Mana kau tahu?”
“Kalau tak ada angin masakan pokok boleh bergoyang,” sindir Hafiszul.
Let me guess, Laily yang beritahu kau, kan?” teka Amirul Azme.
“Itu tak penting. Sekarang jawab soalan aku, kau couple dengan Durar ke?” Hafiszul bertanya sekali lagi.
Yes, is there any problem?” soal Amirul Azme.
            Hafiszul melepaskan keluhan. Amirul Azme yang sedang membelek majalah segera menutupnya. Syakir yang melipat kain baju hanya diam memerhati. Sebolehnya dia tidak mahu masuk campur. Tarmizi pula menyedari akan sahabatnya memerlukan ruang untuk berbincang. Segera dia mengajak Syakir berlalu dari bilik itu.
“Sya, jom teman aku pergi kedai jap,”
“Oh, ya. saya pun nak turun sebenarnya. Err... jomlah,” ujar Syakir lantas meninggalkan pakaian yang baru separuh dilipat dan bergegas meninggalkan bilik itu.
“Kau rasa dia orang tu kenapa?” soal Tarmizi kepada Syakir.
“Entahlah. Tak payah awak sibuk hal orang,” jawab Syakir lalu melangkah pergi.
Tarmizi terkedu. Nampaknya Syakir masih memarahinya.

*  *  *  *  *

PETANG tiba juga. Seperti yang dijanjikan, aku menunggu Faezah di pondok yang terletak di Blok C. Kesunyian jelas menyelubungi sekeliling bangunan tiga tingkat itu.
Dari jauh, aku sudah nampak kelibat Faezah yang sedang berjalan menuju ke arahku. Dia hanya memakai t-shirt hitam kosong tanpa corak dan jeans biru. Rambutnya yang kerinting itu kadang-kadang menampakkan ciri-ciri yang kasar padanya. Walau apapun, Amirul Azme pernah jatuh hati pada perempuan ini.
“Dah lama tunggu?” soal Faezah.
“Tak, saya pun baru sampai. Ada apa yang awak nak cakap pada saya?”
ujarku.
“Aku dengar, kau dah couple dengan Imie?” soal Faezah.
            Aku tidak menjawab pertanyaan Faezah tadi. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Kenapa dia bertanya aku tentang perkara ini?
“Aku dan Imie kenal sejak kecil lagi. Kau tahu, kan?”
“Ya, saya tahu,” jawabku.
“Kau tentu tahu yang dia juga menyukai aku sejak kecil lagi,” ujar Faezah.
Aku tersentak. Apa tujuan Faezah memberitahu aku perkara ini?
“Aku ingin menerima niat hati Imie sekarang. Apa pendapat kau?” tanya Faezah.
Aku diam sebentar. Niat hati? Jangan-jangan...
“Apabila kita menyukai seseorang, kita tak perlukan keizinan orang lain terlebih dahulu,” jawabku sambil memerhati sepasang burung pipit yang hinggap di dahan pohon kemboja tidak jauh dari tempat duduk kami.
“Tapi aku perlukan keizinan kau,” kata Faezah.
“Maksud awak?” aku bertanya tidak faham.
“Bolehkah kau janji.... untuk lepaskan Imie?” pinta Faezah.
“Apa?” mulutku terlopong.

*  *  *  *  *

KATA-KATA Amirul Azme masih kejap di dalam ingatan. Satu persatu berlegar di ruang mindanya. Tidak menyangka kawannya itu jatuh hati pada gadis yang dicintai. Tidak, dia tidak boleh benarkan Durar jatuh ke tangan lelaki itu.
“Kau tahu Durar makwe aku, kan?” soal Hafiszul.
“Em, correction. Bekas makwe,” ujar Amirul Azme.
“Aku tak kisah tapi Durar milik aku,” tegas Hafiszul.
“Siapa kata? Setahu aku antara kau dengan Durar dah lama putus. Kau sendiri yang putuskannya. Kau dah lupa? Cukuplah Zul, lepaskanlah Durar. Biarlah dia bahagia,” balas Amirul Azme.
“Durar hanya bahagia dengan aku bukan lelaki lain. I’m sure about it!” Hafiszul bertegas.
“Kau pernah tanya dia ke? Kau tak berhak nak tentukan kebahagiaan hidup orang lain. Antara kau dan Durar adalah satu kesilapan...”
“Kesilapan? Apa hak kau nak cakap macam tu?” tikah Hafiszul mematikan kata-kata Amirul Azme tadi.
“Zul, beginilah. May the best man win. Kita sama-sama berusaha untuk memikat hati Durar. Soal bahagia, biarlah Durar yang tentukan dengan siapa dia boleh bahagia,” ujar Amirul Azme.
“Baik, aku setuju. Aku nak bagi peringatan, Durar pasti akan jadi milik aku!” dengan penuh yakin Hafiszul berkata.
“Kita tengoklah nanti...” ucap Amirul Azme tenang.
“Masam aja kenapa ni?” tegur Laily sekaligus menghilangkan lamunan Hafiszul tadi.
“Kau nak apa?”
“Amboi, garangnya. You sekarang betul-betul dah berubah. Dulu bukan main lembut lagi bila cakap dengan I,” marah Laily.
“Dulu lain, sekarang lain,” jawab Hafiszul ringkas.
            Tidak ramai pelajar yang berehat di Speaker’s Corner petang itu. Laily yang sedang bersiar-siar ternampak Hafiszul berseorangan. Lantas dia berfikir untuk mendekati lelaki itu.
“Durar ada cakap apa-apa dengan you?” Laily bertanya.
“Cakap apa?”
“Ah, tak ada apa-apalah. Tak sampai hati pula I nak cakap,” dalih Laily.
“Apa dia Laily? Beritahu aku cepat!” desak Hafiszul.
“Okey...okey... relaks. I terdengar Durar cakap yang you terhegeh-hegeh dekat dia. Tak tahu malu. Orang dah tak sudi, lagi nak menonjol diri. Dia kata, cerminlah muka tu dulu. Nasib baik ada Imie, bolehlah dijadikan alasan untuk tinggalkan you,” terang Laily, berbohong.
“Aku tak percaya!” Hafiszul menyangkal dakwaan Laily tadi.
“Terpulanglah... I tak paksa you percaya. Lagipun, buat apa I nak tipu you, I tak untung and I tak rugi apa pun. You sendiri nampak dia rapat dengan Imie sekarang, kan? I bukan apa, kesian dengan you. Orang dah tak nak tu, tak payahlah nak rayu-rayu. You tak ada maruah ke?” Laily ligat menghasut apabila melihat wajah Hafiszul berubah.
Shut up Laily! Please... leave me alone,” pinta Hafiszul.
“Zul...”
Just go Laily! Go!” jerit Hafiszul.
            Laily segera bangkit apabila dijerkah oleh Hafiszul. Dalam hati, dia gembira. Sedikit demi sedikit, dia akan pastikan Hafiszul membenci Durar!
::bersambung::

4 ulasan :

epy elina berkata...

hohoohooh....
adeh....
cnta 4 segi...
napa la pmpuan mcm faezah 2 wjud....
dulu cnta amirul di prsia2...
skrg bila amirul suke kat org lain bru sekrg trhegeh2...
x fhm ngn pmpuan ni...
may the best man win...
amirul brusaha untk bhgiakan durar....
durar jgn mngalah ngn faezah 2...

Sofya berkata...

Durar.. jangan undur
Imie.. steadylah ko tetap dihati durar
Zul.. takde maknanya terlambat sudah
Faezah.. syok sendiri lah plak
Laily.. ada ke plak wat camtu, buat semua org benci lagi ada lah..
Ridh-one.. teruskan menulis, tak sabar nii nak baca n3 baru.

aqilah berkata...

zul...zul....tulah!!! ikut sukahati aje....kan skrg dah terhegeh2 lak kat durar.........ingat apa??????

Rizai Reeani berkata...

epy elina, sofya dan aqilah:

Terima kasih sudi singgah membaca. :D