Sepatah Dua Kata

Ahad, April 18, 2010

Begitulah Cinta - Bab 38



Perlukah diusir kasih yang tak kesampaian?

SETIAP kali berdepan dengan Amirul Azme, aku pasti teringat akan permintaan Faezah. Patutkah aku memberitahunya tentang perkara ini? Tapi, apa pula kata dia nanti. Bukankah aku sepatutnya bertegas? Lelaki ini telah berjanji akan mempercayaiku. Namun, dia tidak pernah melafazkan rasa cinta dan sayang padaku. Apakah dia masih menyimpan rasa cinta dan sayang itu pada Faezah? Bukankah Faezah cinta pertamanya? Ish, kenapa aku fikir yang bukan-bukan ni? Aku tidak sepatutnya bersangka begitu.

“Kau tentu tahu yang dia juga menyukai aku sejak kecil lagi,”

Kata-kata Faezah berlegar di fikiranku.

“Bolehkah kau janji.... untuk lepaskan Imie?”

Aku menggelengkan kepala supaya kata-kata Faezah tadi terbang menghilang. Amirul Azme milik aku! Hatiku telah dicuri olehnya.
“Awak tak apa-apa?” tegur Amirul Azme membuatkan aku kembali ke alam realiti.
“Ah, I’m okay. Err... Mirul...”
“Ya?”
“Awak dengan Faezah....” aku tidak menghabiskan kata.
            Buku teks ekonomi di hadapan kupandang sekilas. Tiada mood untuk menjawab soalan yang tertera kerana fikiranku kini berada di tempat lain. Kusut memikirkan kata-kata Faezah tempoh hari.
            Perpustakaan Dr. Ismail lengang tengah hari itu. Hanya ada beberapa orang pelajar yang sedang duduk mengulang kaji pelajaran. Selebihnya entah ke mana. Aku memandang Amirul Azme. Lelaki itu tekun menulis di atas note pad dengan pena berdakwat hitam.
“Kenapa saya dengan dia?” soal Amirul Azme setelah agak lama mendiamkan diri.
“Ah, tak ada apa-apalah. Abaikan saja,” ujarku perlahan.
“Durar, kenapa ni?”
“Tak ada apa-apa. Oh ya, macam mana nak jawab soalan ni?” soalku seraya menunjuk pada soalan di dalam buku teks.
            Amirul Azme menghentikan penulisannya. Kali ini dia pula menatap wajahku. Aku cuba melarikan mukaku dari panahan matanya.
“Jangan nak tukar topik. Durar, terus-terang dengan saya. Kenapa dengan awak ni?” Amirul Azme bertanya, curiga.
“Saya tak apa-apa. Cepatlah ajar saya macam mana nak jawab soalan ni,” dalihku.
Amirul Azme masih tidak lekang memandangku. Serba-salah aku dibuatnya. Nak beritahu ke tak nak?
“Hai, berdua je?” tegur seseorang.
“Hafiszul!” ucapku.
“Boleh join?”
“Silakan,” jemput Amirul Azme.
Fuh! Nasib baik kau datang Hafiszul. Tepat pada masanya!
“Wah, rajinnya kau orang belajar. Yalah, budak dean list memang macam ni. Study je 24 jam. Aku ni lainlah, pointer pun cukup-cukup makan je,” ujar Hafiszul merendah diri.
“Hafiszul, apa yang awak merepek ni?” tegurku.
“Hafiszul? Janggal rasanya bila Durar panggil Zul macam tu,” ujar Hafiszul.
“Err... err...” aku tidak tahu hendak berkata apa.
“Kau dah siap kerja yang Prof. Hilmi bagi?” Amirul Azme bertanya bagi menutup rasa bersalahku.
Maybe malam nanti aku buat. Alah, kau kan ada. Apa gunanya kawan kalau tak membantu. Sedangkan Durar kau boleh tolong, inikan roomate merangkap kawan sekelas lagi,” ujar Hafiszul sambil tergelak.
            Amirul Azme kembali menumpukan perhatian pada buku teks di hadapannya. Aku pula buat-buat sibuk menulis. Entah apa yang aku tulis pun aku tidak pasti asalkan Hafiszul atau Amirul Azme tidak nampak yang aku sedang gugup.
“Hmm...okeylah. tak nak ganggu kau orang berdua. Aku pun nak pergi makan ni. By the way, Durar, I’ll call you tonight. Ada sesuatu yang Zul nak cakapkan pada Durar,” beritahu Hafiszul sebelum melangkah pergi meninggalkan aku dengan seribu satu pertanyaan...

*  *  *  *  *

SALWA sedang leka membelek cenderahati yang dipamerkan di salah sebuah kedai yang terdapat di Central Market Port Dickson itu. Perhiasan kaca berbentuk dua ekor angsa yang bercantum kepalanya seperti bentuk hati menambat hatinya. Dia membelek harga yang terlekat di papan tanda harga itu. Murahnya! Bolehlah dia membeli perhiasan berkenaan untuk dijadikan salah satu koleksi di dalam biliknya. Dia memang suka mengumpul barang-barang seperti kristal dan benda-benda yang berkilau. Sewaktu hendak membuat pembayaran, dia telah dilanggar oleh seorang lelaki lantas menyebabkan barang yang dipegangnya itu terjatuh lalu pecah terhempas ke lantai.
Sorry, I’m sorry,” pinta lelaki itu.
It’s okay,” jawab Salwa.
“Salwa?”
“Adi!” nada suara Salwa meninggi.
            Mata mereka bertatapan seketika. Salwa benar-benar terkejut kerana tidak menyangka akan bertemu dengan lelaki itu setelah sekian lama tidak bersua muka. Begitu juga dengan Adi Izlan. Sejak Salwa kemalangan dan menghalaunya dari hospital dahulu, dia tidak berani menunjukkan muka di hadapan wanita itu. Dia sendiri keliru, buntu tentang punca yang memisahkan mereka.
“Awak tak apa-apa?” soal Adi Izlan.
“Saya okey,” jawab Salwa.
I’m sorry. I’ll pay for the damage,” ujar Adi Izlan.
“Tak apa. Biar saya yang bayar. Salah saya juga tak berhati-hati,” tolak Salwa.
            Salwa meninggalkan Adi Izlan selepas mengambil semula perhiasan angsa yang baru dan membuat pembayaran. Dia tidak sanggup berlama-lama di situ. Segera dia melangkah menuju ke keretanya.
“Salwa, tunggu!” laung Adi Izlan.
            Salwa segera membuka pintu dan menghidupkan enjin. Belum sempat Adi Izlan tiba ke arahnya, kereta Gen-2 berwarna biru itu sudah meluncur laju meninggalkan Adi Izlan dengan hati yang kecewa.

*  *  *  *  *

“DENGAN siapa Fared nak bertunang?” soal Tan Sri Ahmad Ariff sewaktu dia, isteri dan anak perempuannya sedang duduk menjamu selera tengah hari itu.
What? Abang Fared nak bertunang?” Ana Maria nyata terkejut dengan pertanyaan papanya tadi.
“Ana...” tegur Puan Sri Kartika.
“Fared belum beritahu saya sapa calonnya tapi setahu saya anak kita tu rapat dengan anak perempuan Dato’ Zaidi,” jawab Puan Sri Kartika.
“Dato’ Zaidi? Anak perempuannya yang mana satu?”
“Janda beranak satu tu. Entah apalah yang diminat sangat dengan budak perempuan tu. Agaknya dah tak ada anak dara nak buat bini lagi,” Puan Sri Kartika pura-pura marah walhal dia sendiri yang merancang pertunangan itu.
“Ish, awak ni, ada ke cakap macam tu. Dah dia suka, kita nak buat apa lagi. Kalau dihalangnya, takut kahwin lari pula nanti,” Tan Sri Ahmad cuba bergurau.
            Puan Sri Kartika ketawa kecil. Ana Maria memandang mamanya meminta penjelasan tetapi Puan Sri Kartika buat tidak endah.
“Bila nak dilangsungnya?”
“Entahlah bang. Fared tak cakap pula dengan saya. Bukan abang tak tahu Fared tu. Semuanya nak dibuat sendiri,” jawab Puan  Sri Kartika.
            Mereka kembali menyambung menjamu selera. Seketika kemudian, Kak Leha, orang gaji di banglo itu menyerahkan telefon kepada Tan Sri Ahmad Ariff. Lelaki itu berbual agak serius. Raut mukanya berkerut-kerut. Puan Sri Kartika malas hendak masuk campur. Urusan syarikat paling tidak digemarinya. Lebih-lebih lagi kalau dibawa ke rumah. Macam dekat pejabat tu tak cukup masa untuk buat semua kerja.
            Tan Sri Ahmad Ariff menamatkan panggilan selepas berbual beberapa minit dengan pemanggil di talian sebelah sana.
“Sapa tu bang?” Puan Sri Kartika bertanya ketika Tan Sri Ahmad Ariff kembali duduk di meja makan itu.
“Err... klien,” jawab Tan Sri Ahmad Ariff agak gugup.
“Hmm...” suara Puan Sri Kartika.
            Tan Sri Ahmad Ariff segera menghabiskan nasi di pinggan. Panggilan telefon dari bekas isterinya tadi benar-benar membuatkan dia runsing. Betulkah dia sudah meninggalkan kampung itu?
::bersambung::

3 ulasan :

epy elina berkata...

hhohoho....
durar n ami prthnkn cnta korng.....
jgn mnglah krna phak ke 3....
zul n faezah adlh ksah slam....

Sofya berkata...

Sokong...
semoga cinta durar dan imie kekal ke akhirnya.. sibuk ja si zul tu nak menempik kat durar..
emm bila plak tembelang pn kartika n anak2nya nak pecah niii.. tak sabar tunggu n3 baru.

Rizai Reeani berkata...

epy elina & sofya: sedikit sahaja lagi, akan menemui penghujungnya. terima kasih sudi singgah membaca... ;)