Sepatah Dua Kata

Isnin, Jun 14, 2010

Sekilas Bicara




Salam dan selamat sejahtera.

Mulanya saya mahu menghabiskan e-novel “Apa Kata Hati”  (AKH)terlebih dahulu sebelum memuat naik karya yang baru. Namun, memandangkan AKH masih dalam penulisan, dan kebetulan saya sudah menyiapkan sebuah cerpen bersiri yang baru, maka saya mengambil keputusan untuk memuat naik cerita Semanis Epal (SE) bagi memberi kesempatan saya menyiapkan jalan cerita AKH.
SE merupakan idea spontan yang datang sewaktu saya membaca sebuah majalah yang mengandungi masalah-masalah wanita. Alhamdulillah, ilham datang dan saya terus mencoret jalan ceritanya di atas papan kekunci dan mula menaip. Tanpa sedar, dek dibuai keasyikkan, saya hampir menyiapkan cerita yang tidak terlalu panjang ini. Tambahan pula, saya gunakan sedikit kelainan dalam cerita kali ini. Bukan kelainan dari segi jalan cerita, tetapi teknik penceritaan. Inspirasi dari mentor saya, Kak Maria Kajiwa. Percubaan kali pertama menulis seperti itu dan pasti mempunyai cacat-celanya. Harap dapat beri tunjuk ajar jika tersalah jalan.
Justeru, mulai esok, saya akan memuat naik bab pertama SE dan akan terus cuba menyiapkan AKH. Doakan saya berjaya menghabiskannya. Dorongan dan sokongan yang diberi amat saya hargai. Oh ya, ada sesuatu yang menarik akan tiba hujung tahun ini. Jangan lupa nantikannya…
Salam mesra,
Rizai Reeani

2 ulasan :

epy elina berkata...

gud luck...
May Allah bless u..

Rizai Reeani berkata...

epy elina: Terima kasih untuk sokongan dan dorongan awak. Saya amat hargainya... :D