Sepatah Dua Kata

Rabu, Jun 16, 2010

Semanis Epal - Bab 02



KALI ini Irdina bertemu lagi dengan Ekhmal. Bukan di kaki lima jalan, tetapi di sebuah restoran esklusif di Bandar Seremban. Malam itu Irdina mengenakan blaus rona jingga dengan seluar panjang rona hitam. Rambutnya pula ditocang ekor kuda. Tampak ringkas dan selesa. Nak tahu apa tujuan pertemuan mereka?

*  *  *  *  *

“Awal sampai?” tegur Irdina pada Ekhmal yang sedang tekun membaca sesuatu  di tangannya.
Ekhmal tersengih mendengar suara Irdina. Dia mengerling jam di tangan. Gadis itu lewat sepuluh minit dari waktu yang dijanjikan.
“Aku yang awal atau kau yang lewat?” Ekhmal menyindir.
Irdina mengukir senyum kecil, tahu akan kesilapannya. Bukan dia sengaja lewat tetapi tiada kelibat bas awam sewaktu dia menunggu tadi. Mahu atau tidak, terpaksalah dia mengambil keputusan untuk menaiki teksi yang tambangnya tiga kali ganda dari harga tambang bas. Tidak mahu membiarkan Ekhmal tertunggu-tunggu.
“Jadi, kau dah setuju?” soal Ekhmal tanpa berkias.
“Tak sabarnya! Boleh tak saya order makanan dulu?  Lapar tahu tak?” omel Irdina.
Ekhmal tersengih lagi. Dia mengangkat tangan kanan lalu memanggil pelayan. Seketika, seorang pelayan lelaki menyerahkan menu pada Irdina. Bulat anak mata Irdina memandang harga makanan di situ. Dia menelan liur. Biar betul! Sepinggan nasi goreng biasa mencecah RM 7? Baik dia masak sendiri kat rumah. Lagi kenyang.
Order, jangan segan-segan...” ujar Ekhmal.
Irdina menelan liur sekali lagi. Dia berkira-kira di dalam hati. Rasanya nasi di dalam periuk masih ada lagi. Baik dia masak bila balik nanti.
“Jus tembikai satu,” ujar Irdina.
“Makan cik?” pelayan itu bertanya.
Thanks but no thanks. Minum saja,” balas Irdina dalam senyuman.
“Eh, bukan tadi kau kata dah lapar sangat? Kenapa order air aje?”
“Tiba-tiba rasa kenyang pula,” balas Irdina dalam sengih.
Order sajalah, aku belanja...”
Wajah Irdina berubah sejurus mendengar kata-kata Ekhmal tadi. Dia memandang wajah lelaki itu meminta kepastian. Ekhmal mengangguk sebagai balasan.
“Err... nasi goreng ayam dengan tom yam udang satu ya,” Irdina membuat pesanan.
Ekhmal tergelak kecil sejurus pelayan lelaki tadi pergi. Irdina membuat muka selamba. Cakap awal-awal kan senang nak belanja. Tak payah dia menahan malu dengan pelayan tadi. Lelaki itu sengaja mengenakannya. Macamlah tak tahu dia tengah kesempitan duit sekarang ni.
“Jadi, kau dah fikirkannya?” soal Ekhmal memecah kesunyian yang hanya singgah sebentar sahaja.
Wajah Ekhmal dipandang. Puas dia berfikir semalaman akan cadangan yang diberikan Ekhmal semalam. Masih jelas dalam ingatan setiap patah kata lelaki itu.

*  *  *  *  *

 “Aku tak nak duit,” balas Ekhmal.
“Hah? Habis tu?”
“Kahwin dengan aku,”
Terbeliak mata Irdina mendengar kata-kata Ekhmal tadi. Terkebil-kebil matanya seakan tidak percaya.
“Awak bergurau bukan?”
“Aku serius! Kahwin dengan aku,”
“Kalau saya tak nak?”
“Aku bawa kau ke balai polis atas tuduhan mencuri dan melakukan penderaan mental,” jawab Ekhmal.
“Hah? Hello, saya tak buat semua tu okey. Penderaan mental? Sejak bila pula saya...” kata-kata Irdina ditukas.
“Chop! Chop! Aku tak ada masa nak dengar kau berleter. Kita bukan kahwin betul-betul. Olok-olok saja,” jelas Ekhmal.
“Olok-olok? Hello, awak ingat saya ni apa? Perempuan murahan? Saya...” sekali lagi Irdina tidak dapat menghabiskan kata apabila melihat Ekhmal meletakkan jari telunjuk di bibirnya.
“Cuba dengar aku cakap sampai habis dulu,”  tegur Ekhmal.
Irdina menarik nafas panjang. Dia menanti bicara Ekhmal seterusnya.
“Kita tak payah nikah tapi kenduri kahwin ada. Cuma berpura-pura duduk serumah dengan keluarga aku. Tak lama, tiga bulan sahaja. Kemudian kita bercerai. Cakaplah yang kita tak serasi atau apa saja,”
“Apa tujuan awak buat macam ni sebenarnya?” tanya Irdina.
“Itu kau tak perlu tahu. Jangan risau. Kita akan tanda tangan surat perjanjian. Kau berlakon jadi isteri aku, duduk dengan keluarga aku selama tiga bulan. Itu saja. Jadi tak timbul soal kahwin di sini sebab kita bukannya kahwin secara sah. Faham?”
“Awak sedar tak apa yang awak cakap ni? Lagipun saya tak boleh terima sebab saya dah kahwin,” dalih Irdina.
Ekhmal tergelak. Terang-terang gadis di hadapannya itu menipu. Tiada sebentuk cincin pun yang disarungkan di jari gadis itu. Masakan dia tidak memakai cincin perkahwinan.
“Tak perlulah kau nak menipu. Aku tahu kau belum kahwin,”
“Awak ni psikik ke?”
“Tak, cuma gunakan logik akal,”
“Hmm... Apa yang saya dapat kalau ikut rancangan awak ni?”
Ekhmal diam sebentar. Memberi kesempatan untuk masing-masing berfikir.
“Aku bagi kau sedikit saguhati,”
“Berapa?”
“Adalah. Aku akan nyatakan jumlahnya dalam surat perjanjian nanti. So, kau setuju?”
Irdina menggeleng. Apa lagi yang perempuan ni tak puas hati? Ish, sakit jantung dibuatnya.
“Saya setuju duduk dengan keluarga awak tapi saya tak setuju kita berkahwin. Apakata kita bertunang saja. Itu lebih baik,” Irdina memberi saranan.
Sekali lagi Ekhmal diam. Berfikir baik-buruk cadangan yang diberi Irdina tadi.
“Baiklah, aku setuju,” jawab Ekhmal setelah berfikir seketika.
“Ini kad aku. Sementara tu, yang ini aku ambil,” ujar Ekhmal lalu merampas dompet Irdina lalu mengeluarkan kad pengenalan gadis itu dan menyerahkan semula dompet itu kepada pemiliknya.
“Supaya kau tak lari,” jelas Ekhmal sekaligus menghuraikan segala tanda tanya dalam hati Irdina.
Fine! So, bila kita nak sign surat perjanjian?”
“Malam esok!”
*  *  *  *  *

“Selamat menjamu selera,”
Ucapan pelayan tadi mengejutkan Irdina dari lamunan. Lama sungguh dia mengelamun sehingga tanpa sedar jus epal di dalam gelas Ekhmal sudah hampir separuh diminum.
“Dah sampai mana berangan tadi?” perli Ekhmal.
Irdina tersipu malu. Nasi goreng ayam dan tom yam yang masih berasap dipandang dengan penuh selera. Lantas dia mengalihkan pandangan pada Ekhmal yang baru hendak menyuap chicken chop ke mulutnya.
“Apa?”
“Awak tak baca doa dulu ke?”
Garfu yang dipegang Ekhmal terlepas dari tangan. Wajah Ekhmal merona merah. Buat rosak mood aku nak makan aja.
“Baca bismillah sudah,” ujar Ekhmal lalu kembali menyambung suapan yang terhenti tadi.
Irdina senyum kecil lalu menadah tangan dan mula makan. Sememangnya perutnya berkeroncong walau dia sudah makan jemput-jemput pisang petang tadi. Apatah lagi dia bakal membuat keputusan yang berat sebentar lagi. Memikirkan perkara tersebut saja sudah membuatkan perutnya berasa lapar.
“Jadi kau setuju?”
“Nenek saya kata waktu makan tak elok bercakap. Nanti tercekik,”
Ekhmal mati akal. Ada saja kata-kata gadis itu yang membuatkan hatinya panas. Mereka menghabiskan makanan lebih kurang sepuluh minit kemudian. Irdina menghirup sisa-sisa jus tembikai dalam gelasnya sehingga habis. Dia sendawa kecil. Ekhmal tersengih lagi.
“Okey, sekarang dah boleh berbincang?” perli Ekhmal.
Irdina menjeling. Tahu yang dia sedang disindir. Dia mengelap mulut dengan tisu kecil. Kemudian Ekhmal menghulurkan sesuatu padanya. Sebuah dokumen. Irdina menyambut dengan cermat.
“Dalam tu ada surat perjanjian. Baca dan fahamkan,”
Helaian pertama dibuka. Irdina membaca dengan penuh teliti. Segala syarat yang dinyatakan di dalam perjanjian itu dibaca dengan cermat. Bimbang jika ada yang melanggar hak peribadinya. Pada pertengahan, anak matanya membesar, terkejut dengan jumlah wang yang tertera di atas kertas tersebut.
“RM 50 000!” spontan ucapan itu meniti di bibirnya.
“Kenapa? Tak cukup?” soal Ekhmal.
“Awak ni siapa sebenarnya? Putera raja?”
Ekhmal ketawa besar. Pertanyaan Irdina mencuit hatinya.
“Aku bukan putera raja. Orang biasa saja,”
“Tipulah! Kalau tak dari mana datangnya duit sebanyak ni?”
“Itu bukan urusan kau. So, setuju?”
*  *  *  *  *

Pasti anda semua berfikir bahawa kisah Irdina dan Ekhmal ini sesuatu yang tidak munasabah. Mulanya saya fikir begitu juga tetapi inilah kenyataan. Hidup sentiasa dipenuhi dengan kejutan dan tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku esok hari. Adakah Irdina akan bersetuju dengan tawaran Ekhmal?
::bersambung::

10 ulasan :

epy elina berkata...

hohoohoh...
mnarik...
ok la 2...
nnt lama2 blh juga pupuk prsaan syg antra dorang....
best2x...

lonely gurlz berkata...

haha, memang kecoh betul si dina tu. best3!! setiap hari ke upload ni?

Leya berkata...

confirm irdina terima punya. next pliz!

Hananorisa berkata...

best2...suka ceriter ni...
sambung cepat2 ya..

fadi didi berkata...

alah!!jap2..ni mcm novel ni..lupa tajuk novel tu..haaa bicara hati!

datul berkata...

a'ah, macam bicara hati pun ada sikit2. tp i know u mesti twist nnt kan?

Tanpa Nama berkata...

ya, saya setuju dgn penulis.hidup penuh kejutan ada yg x masuk akal..tetapi hidup kena teruskan juga. saya suka cerita anda! teruskan..thanks.

fadi didi berkata...

kan...bicara hati pun eksiden..haha

Rizai Reeani berkata...

epy elina: betul tu, orang kata, jangan terlalu benci pada seseorang kelak kita akan sayangkannya.

lonely gurlz:insyaallah, saya cuba upload setiap hari sekali.

leya: baik, sudah dimuat-naik ;)

hananorisa: insyaallah, cuba sambung sekali sehari.

Rizai Reeani berkata...

fara didi: hehehe... inspirasi dari novel tersebut tetapi saya yakin jalan ceritanya pasti berbeza :)

datul: twist atau tidak, kita sama-sama tunggu ke akhirnya, boleh kan? hehe...

anonymous: itulah namanya kehidupan. kalau berlalu biasa saja, maka tidak indahlah hidup ini :)


fara didi: saya pun hampir ingat-ingat lupa cerita itu.

Terima kasih semua sudi singgah membaca. Saya amat hargai segala komen yang diberi :)