Sepatah Dua Kata

Khamis, Jun 17, 2010

Semanis Epal - Bab 03



MASIH ingat tempat pertemuan pertama antara Irdina dan Ekhmal? Di situ, mereka berjumpa sekali lagi. Kali ini bukan sebagai orang asing tetapi bakal diikat dengan pertunangan yang olok-olok. Mari kita ikuti kisah selanjutnya.

*  *  *  *  *

“Cantik kau hari ni?” ujar Ekhmal.
Irdina tersipu malu. Dia mengenakan baju kebaya rona hijau pucuk pisang dengan rambut yang dibiar lepas. Dia tidak gemar memakai alat solek sebenarnya. Cukuplah sekadar mencalit gincu di bibir dan bedak tipis.
“Satu pujian atau kutukan?” suara Irdina.
“Terpulang pada tanggapan kau. Okey, sekarang aku nak kau tahu tentang keluarga aku. Mulai esok, kau akan tinggal bersama-sama mereka sebagai tunang palsu aku,”
Irdina mengangguk. Malam semalam dia telah menyatakan persetujuan untuk terlibat dalam rancangan Ekhmal. Sungguh jika boleh dia mahu menolak tapi memandangkan tawaran wang tunai yang diberikan ditambah dengan kesihatan nenek, dia tidak boleh menolak. Lagipun, dia tidak rugi apa-apa. Mereka sekadar bertunang selama tiga bulan. Bukannya berkahwin.
“Keluarga saya ada empat orang. Papa, mama, abang dan aku. Di rumah ada Mak Timah, orang gaji dan Pak Samad, tukang kebun merangkap pemandu papa,”
‘Wah, dah agak si Ehkmal ni memang anak orang kaya. Siap ada pembantu rumah dan pemandu lagi,’ detik hati Irdina.
“Papa seorang yang simple dan biasa saja. Abang pula hidup dalam dunia dia sendiri. Dalam kepala dia hanya ada satu saja. Kerja. Jadi dia tak usik orang. Yang perlu dirisaukan sekarang adalah mama aku,” sambung Ekhmal.
“Kenapa pula?” Irdina menyampuk.
“Mama aku tu cerewet sikit. Kalau boleh semua nak prefect. Even calon isteri aku dan abang aku pun mesti nak sempurna serba-serbi,”
“Dah tu, kenapa pilih saya pula? Kalau mama awak tanya saya kerja apa, macam mana?” soal Irdina, sedikit bimbang.
“Okey, cakap yang kau ni buka kedai buku. Ayah dan emak kau duduk di luar negara uruskan perniagaan di sana. Boleh?”
Irdina mengangguk faham. Tiupan angin menghantar kedinginan dalam diri. Di langit, mentari hangat berbahang. Kenapalah si Ekhmal ni tak cari tempat yang redup sikit untuk berbincang? Restoran punyalah bersepah, kat bangku kayu ni juga dia nak jumpa. Agaknya sengaja nak buat dia serba-salah tentang dia terpijak epal tempoh hari.
By the way, ayah dan emak kau kerja apa sebenarnya?” soal Ekhmal.
Wajah Irdina berubah muram. Ada sebak yang menjalar di segenap urat nadi. Dia dipaut hiba.
“Ayah dan emak saya dah meninggal sejak saya berumur tujuh tahun,” beritahu Irdina dalam suara yang perlahan.
Ekhmal tergamam sebentar. Entah mengapa hatinya diterpa sesuatu. Sesuatu yang menghadirkan sayu.
“Em, maaf. Aku tak tahu...” ujar Ekhmal setelah berjeda seketika.
“Tak apa, saya dah biasa. Jadi bila boleh ke rumah awak?”
“Sekarang,”
Irdina dan Ekhmal bergerak menuju ke kereta Toyota Vios rona silver metallic kepunyaan Ekhmal. Irdina membuka pintu belakang kereta lalu duduk di sebelah kanan. Ekhmal yang melihat mengerutkan dahi. Dia mengetuk cermin tingkap kereta. Irdina menekan butang di pintu kereta untuk menurunkan cermin tersebut.
“Ada apa?”
“Cik, apa kata cik duduk di seat depan. Kalau orang tengok, macam saya ni driver cik pula,” Ekhmal memerli.
Irdina mendengus. Ala, duduk seat belakang pun salah. Banyak songeh betul mamat ni. Irdina menaikkan semula cermin kereta lalu membuka pintu dan melangkah keluar. Dia mengambil tempat di seat hadapan, di sebelah pemandu.
“Puas hati?” soal Irdina sejurus Ekhmal masuk ke dalam perut kereta.
Ekhmal hanya tersengih. Enjin kereta dihidupkan dan mereka mula bergerak meninggalkan kepulan asap hitam di udara.

*  *  *  *  *

Sejak tadi mata Irdina tidak berkerlip memandang villa dua tingkat yang tersergam megah di puncak bukit itu. Seni binanya berkonsepkan rumah Inggeris lama. Di sekeliling villa itu ditanam dengan pokok ru yang tumbuh tegak meninggi. Terasa seperti berada di luar negara pula. Angin bukit yang menderu menghantar kedinginan dalam tubuh Irdina membuatkan dia memeluk diri. Ekhmal yang menyedari segera membuka coat yang dipakai lalu dihamparkan pada tubuh gadis berkulit kuning langsat itu. Irdina agak terkejut dengan tindakan Ekhmal namun tidak menolak kerana dia sememangnya dilanda kesejukan. Kenapalah Ekhmal tidak memberitahunya awal-awal yang rumah lelaki itu di puncak bukit yang sejuk begini? Kalau tahu, tak adalah dia pakai baju sebegini. Pakai sweater lebih baik.
“Selamat pulang encik,” sapa seorang wanita yang sudah agak berusia di muka pintu.
‘Oh, ini mesti Mak Timah,’ Irdina membuat andaian di dalam hati.
“Silakan cik,” Mak Timah mempelawa Irdina masuk.
Melangkahkan kaki ke ruang tamu villa itu, sekali lagi Irdina terpesona. Jauh beza dengan rumahnya yang terletak di Kampung Labu itu. Bagai langit dengan bumi. Tidak, bagai Planet Musytari dengan Planet Pluto lebih tepat. Ruang tamunya saja sudah hampir sama besar dengan luas rumahnya di kampung.
“Jemput duduk cik,” ujar Mak Timah.
“Ah, err... baik, terima kasih...” balas Irdina, sedikit gugup.
Dia melabuhkan punggung di atas sofa empuk buatan Itali berwarna coklat cair. Terasa bagai duduk di atas kapas. Lembut dan empuk. Tidak seperti kusyen keras di rumahnya. Sakit punggung. Mata Irdina masih tidak lepas memerhati segenap inci villa itu. Hiasan dalamannya tampak elegan dan mewah. Apatah lagi menatap chandelier yang seakan ‘jantung’ villa ini tergantung megah di siling.
“Err... awak, saya nak balik,” ujar Irdina tiba-tiba membuatkan Ekhmal terpinga-pinga.
“Kenapa?”
“Saya rasa tak sedap badan. Tak biasa agaknya dengan suasana rumah ni,” jelas Irdina.
“Tenang, tarik nafas panjang-panjang...” Ekhmal memujuk.
“ Tapi awak...”
“Oh, dah sampai ya Ekhmal,” ujar satu suara, menarik perhatian Irdina.
Seorang lelaki berbaju-T berkolar sedang menuruni anak tangga bersama-sama dengan seorang wanita yang berblaus ringkas warna jingga. Lelaki bercermin mata itu mengukir senyum sementara wanita di sebelahnya hanya mempamerkan riak wajah biasa.
Irdina bangun, menunduk sedikit tanda hormat dan menghulurkan tangan untuk bersalam pada kedua-duanya. Serasa ada hiba yang mula menjengah hati Irdina. Sudah lama dia tidak merasa kehangatan tangan seorang ayah dan ibu.
“Jadi, inilah bakal tunang yang Ekhmal cakap hari tu ya. Pandai anak papa pilih. Manis orangnya,” ujar papa Ekhmal, Tan Sri Zulkafli.
Irdina menunduk, sedikit malu. Ekhmal senyum kecil. Wanita yang duduk di sebelah Tan Sri Zulkafli masih tidak bersuara.
“Siapa namanya ni?” soal Tan Sri Zulkafli.
“Irdina, pakcik,”
What? Pakcik? Mal, don’t you told her who your father is?” akhirnya wanita itu membuka mulut.
“Miza...” tegur Tan Sri Zulkafli membuatkan isterinya itu menarik muka.
Irdina terasa bagai jantungnya hendak luruh mendengar kata-akata mama Ekhmal sebentar tadi. Ini semua salah lelaki itu. Orang dah tanya dia ni dari golongan mana tapi dijawab acuh tak acuh. Kan dah kena marah. Hish...
“Anak Dato’ mana ni Ekhmal?” soal mama Ekhmal, Puan Sri Hasmiza.
Dup! Sekali lagi Irdina terasa betapa kerdilnya dia duduk di kalangan mereka yang berada ini. Dapat dirasa mama Ekhmal seorang yang mementingkan darjat dan pangkat. Apa, kalau bukan anak Dato’ tak boleh ke kawan dengan Ekhmal ni? ish, rasa macam filem Antara Dua Darjat pula. Hello, ini bukan angan-angan okey. Ini kenyataan Irdina!
“Datuk Sulaiman mama,” jawab Ekhmal ringkas tetapi menarik perhatian Irdina.
“Oh, ayahnya buat apa?” tanya Puan Sri Hasmiza lagi.
“Buat masa ni ayah dan emak Irdina berada di luar negara uruskan perniagaan mereka,”
“Jadi dia ni kerja apa?”
“Sudah-sudahlah tu mamanya. Nanti-nantilah soal Irdina tu. Kita makan dulu. Perut papa dan bergendang irama padang pasir ni,” Tan Sri Zulkafli menyampuk sekaligus mematikan persoalan demi persoalan yang ingin dilemparkan oleh isterinya pada tunang anaknya itu.
Tan Sri Zulkafli bangun diikuti dengan Puan Sri Hasmiza. Irdina pula terasa amat lemah untuk berdiri. Kakinya seolah dihempap batu yang amat berat.
“Kenapa?” tanya Ekhmal apabila melihat Irdina masih lagi belum bangun.
“Sa... saya nak balik...” ujar Irdina.
“Sabarlah dulu. Lepas makan aku hantar kau balik,”
“Tapi sa... saya...”
Ekhmal yang sudah bangun, mengambil tempat semula di sisi Irdina. Bahu gadis itu dipegang lembut, seakan memberi semangat.
“Aku faham perasaan kau. Kan aku dah maklumkan dari awal, mama  aku memang macam tu. Kau harus bersedia. Jangan lupa kau akan tinggal dengan kita orang mulai esok,”
Irdina bagai baru tersedar dari mimpi apabila mendengar kata-kata Ekhmal tadi. Oh, Tuhan, berilah dia kekuatan...

*  *  *  *  *

Wah, tak sangka mama Ekhmal begitu ya. Bagaimana agaknya keadaan Irdina apabila tinggal bersama-sama dengan keluarga Ekhmal? Apakah sebenarnya punca rancangan ini dijalankan? Semoga Irdina tabah mengharungi dugaan yang mendatang.
:bersambung::

7 ulasan :

Tanpa Nama berkata...

blum apa2 dah nak tinggal serumah :)

Rizai Reeani berkata...

anonymous: hehe... kita tengok nanti bagaimana pendapat irdina... ;)

epy elina berkata...

wah....
gerun la ngn mama ekhmal 2...
hrp2 irdina dpt mnawan ati mama ekhwan....

Hananorisa berkata...

sokong ckap epy elina....
gerun giler...
ekhmal pun satu...
kan irdina dah tanya pasal keluarga ekhmal...
pasal siapa dia..
bukannya nak jawap..
katok kepala ekhmal kang..

Leya berkata...

mak datuk, kerek betul puan sri tu ya. dina tu mmang kelakar. lurus orgnya. kali ini watak perempuan yg ridh buat berbeza skit dr karya yg sebelumnya. nice..

Rizai Reeani berkata...

eppy elina: harap-harap begitulah...

hananorisa: hehehe... ekhmal tu perahsia sangat orangnya.

leya: ya, saya kira watak irdina kali ini tidak terlalu berat...

Terima kasih semua sudi singgah membaca... :D

kucun tella berkata...

stuju ngn pndpt kt atas..melawan norma org melayu...xde ikatan tp duk serumah..

tp si datin tu rs nk sound je...igt title datin tu bwk smpai kat kubur ke