Sepatah Dua Kata

Jumaat, Julai 02, 2010

Semanis Epal - Bab 14



KEHADIRAN Hasmir benar-benar mengejutkan Irdina. Begitu juga sebaliknya. Bagaimana Hasmir boleh berada di situ dan apa hubungannya dengan Ekhmal?

*  *  *  *  *

“Apa yang awak buat kat sini?” soal Irdina.
“Awak pula buat apa kat sini?” balas Hasmir.
“Okay, chop! Both of you know each other?” Ekhmal menyampuk.
“Yes!” serentak kedua-duanya menjawab.
Ekhmal tergelak. Begitu juga dengan Hasmir. Irdina tercengang, tidak faham.
“She’s working at my restaurant,” Hasmir menyambung dalam tawa yang masih bersisa.
“Really? So that’s mean, my brother...” Ekhmal tidak menghabiskan kata.
“I don’t think he know about Dina because I’m suprised to meet her here,” Hasmir membalas.
Irdina berdehem. Hello, ingat kita ni tunggul apa duk tercacak kat sini.
“Ah, sorry. Irdina, meet Hasmir, my cousin. Mir, this is Irdina, my fiancee...” ujar Ekhmal sekaligus membuatkan raut wajah Hasmir berubah.
Irdina perasan akan perubahan tersebut tetapi lelaki itu cepat-cepat menukar ekspresi terkejutnya dalam bentuk senyuman.
“Oh, satu kebetulan bukan? Tak sangka Dina ni bakal tunang kau. By the way, congrats for both of you...” ucap Hasmir.
Irdina dapat merasakan ada getar pada nada suara Hasmir. Mengapa agaknya?
“Kek yang kau tempah tu, esok aku hantar. Oh ya, I’ll try to persuade him to come...” ujar Hasmir membuatkan Irdina tertanya-tanya.
Him? Siapa yang Hasmir maksudkan?’ detik hati Irdina.
It’s okay Mir. Aku faham kalau dia tak datang. Marah dia masih belum reda...” balas Ekhmal, menambah curiga pada hati Irdina.
“Eh, yang kau tercegat lagi kat sini kenapa? Pergi tukar baju cepat! Nanti mama membebel lagi,” arah Ekhmal.
Irdina mencebik. Baru sahaja dia hendak bertanya gerangan seseorang yang Ekhmal dan Hasmir bualkan tadi. Langkah kakinya dipercepatkan. Pasti Puan Sri Hasmiza sudah lama menanti di bawah. Jauh di dasar hati, Irdina sedikit gusar. Nyata dia benar-benar terkejut dengan kehadiran Hasmir di sini. Apa agaknya tanggapan lelaki itu padanya? Ingatan Irdina ligat berputar sewaktu Hasmir menghantarnya pulang ke rumah dari hospital semalam.
“Awak... Hari Jumaat nanti saya nak minta cuti, boleh?”
“Kenapa? Sebab nak jaga nenek awak?” soal Hasmir.
Irdina mengangguk walhal Jumaat itu adalah hari pertunangannya. Seboleh mungkin dia mahu menyorokkan hal yang satu itu pada Hasmir.
“Kenapa tak cuti dari esok?”
“Malam tu kan ada majlis kat restoran. Pasti nak pakai pekerja. Lagipun pagi tu saya boleh lawat nenek. Sebab tu saya minta cuti hari Jumaat, boleh saya teman nenek lama sikit,” jawab Irdina.
Bunyi ketukan pintu mengejutkan Irdina dari lamunan. Puan Sri Hasmiza menolak daun pintu apabila mendengar suara Irdina memanggil masuk.
“Dah siap tukar baju?” soal Puan Sri Hasmiza.
Irdina mengangguk. Dia hanya menyarung T-shirt lengan panjang dan seluar track bottom yang sudah tersedia di dalam almari. Puan Sri Hasmiza berjalan menghampirinya lalu melabuhkan punggung di atas katil.
“Mari sini, duduk sebelah auntie. Ada sesuatu yang auntie nak cakap pada Dina,” ujar Puan Sri Hasmiza.
Irdina menurut tanpa banyak soal. Entah apalah yang Puan Sri Hasmiza mahu bicarakan.
“Esok, kamu akan ditunangkan dengan Ekhmal. Terus-terang, auntie rasa happy sangat. Yalah, auntie tak ada anak perempuan. Auntie harap Dina boleh bahagiakan Ekhmal,” Puan Sri Hasmiza berkata.
Irdina hanya mampu mengukir senyum tawar. Kata-kata Puan Sri Hasmiza menjentik tangkai hatinya, menghadirkan hiba. Bagaimana agaknya perasaan Puan Sri Hasmiza bila mereka terpisah selepas tiga bulan nanti? Adakah wanita itu akan membencinya? Oh, sungguh Irdina tidak mampu memikirkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Segalanya diserahkan pada Yang Maha Esa. DIA lebih memahami urusan setiap hamba-NYA.
“Cuma auntie agak terkilan. Anak sulung auntie masih tak mahu pulang ke vila ni...” Puan Sri Hasmiza meluahkan perasaan hatinya.
‘Anak sulung? Oh ya, abang Ekhmal. Hampir terlupa dia. Eh, sekejap! Hasmir dan Ekhmal adalah sepupu. Begitu juga Hasmir dengan Encik Ezwan, bosnya. Jangan-jangan....’ Irdina menekup mulut, tindakan spontan yang selalu terjadi jika dia diterjah dengan kejutan.
“Kenapa Dina?” Puan Sri Hasmiza bertanya, ingin tahu.
“Tak, tak ada apa auntie, menguap sikit. Maaf ya,” dalih Irdina.
“Kamu ni... Ada-ada saja,” ucap Puan Sri Hasmiza sambil menepuk bahu Irdina, lembut.
“Apa sebenarnya yang terjadi dengan anak sulung auntie?” pantas Irdina bertanya.
Ah, lidah ni! Kenapa pula nak menyibuk tepi kain orang? Ish, ish...
“Mal tak beritahu Dina?”
Irdina menggeleng. Puan Sri Hasmiza menundukkan wajah. Seketika kemudian, terdengar dia mengeluh.
“Mungkin Mal tak mahu Dina tahu tapi auntie rasa, Dina berhak tahu. Dina akan jadi salah seorang dari keluarga kami kelak,” ujar Puan Sri Hasmiza menyebabkan Irdina rasa pilu.
“Anak sulung auntie tu dulunya seorang anak yang penyayang dan amat menghormati orang tua. Dia seorang yang matang dan bertanggungjawab. Selalu berdikari sendiri dan menjadi kebanggaan uncle dan auntie. Selepas tamat SPM, uncle telah menghantar dia ke luar negara untuk menyambung pengajian dalam bidang perniagaan tapi sesuatu telah berlaku semasa dia belajar di sana,” terang Puan Sri Hasmiza lalu menarik minat Irdina.
“Kalau tak silap saya, namanya Ezwan kan?” Irdina membuat telahan.
Melihat anggukan Puan Sri Hasmiza, Irdina terasa bagai ada batu besar yang menghempap kakinya. Jadi betullah Encik Ezwan itu adalah abang pada Ekhmal. Seseorang yang menjadi bahan perbincangan antara Ekhmal dan Hasmir tadi adalah Encik Ezwan. Oh, kecilnya dunia!
“Apa yang berlaku di sana auntie?” soal Irdina.
“Ezwan tak ambil bidang perniagaan sebaliknya dia bertukar pada bidang seni kulinari. Dia dah nak tamat pengajian, baru auntie dan uncle tahu. Terus uncle mengamuk suruh Ezwan pulang ke Malaysia segera tetapi anak auntie tu enggan. Katanya selepas tamat belajar, dia hendak merantau pula. Menimba lebih banyak ilmu dalam dunia masakan. Uncle apalagi, terlepas cakap. Katanya, jika Ezwan tak balik ke Malaysia dalam masa seminggu, hubungan dia dengan keluarga putus! Dia bukan anak kami lagi,” panjang-lebar bicara Puan Sri Hasmiza.
Irdina khusyuk mendengar. Jadi, restoran tempat dia bekerja sekarang dibina hasil dari minat Encik Ezwan yang mendalam dalam bidang masakan. Agaknya, adakah Tan Sri Zulkafli mahupun Puan Sri Hasmiza tahu yang anak sulungnya itu telah pulang ke Malaysia dan telah membuka sebuah restoran yang semakin terkenal itu?
“Dah hampir lima tahun sejak kejadian tu berlaku. Tak pernah walau sekali pun, Ezwan jejakkan kaki ke vila ni dalam lima tahun ni. Agaknya, dia benar-benar terasa dengan kata-kata uncle,
“Dia tak ada hubungi Ekhmal?” sampuk Irdina.
“Ada. Melalui Ekhmal, auntie tahu perkembangan dia. Ezwan selalu mengirim e-mel sewaktu berada di luar negara. Cuma, setahun dua ni, dia dah jarang hantar e-mel. Bila ditanya pada Ekhmal, jawapannya tidak tahu apa-apa. Hati auntie kuat mengatakan yang Ezwan dah balik ke Malaysia tapi dia tak mahu jumpa kami. Auntie faham dia masih terkilan dengan kata-kata uncle tapi auntie sangat rindukan dia Dina, sangat rindu!” luah Puan Sri Hasmiza.
‘Jadi, Ekhmal sengaja merahsiakan hal tentang abangnya dari pengetahuan Puan Sri Hasmiza. Mungkin ini permintaan dari Encik Ezwan,’ getus hati Irdina.
Perlahan-lahan, Irdina menggenggam tangan Puan Sri Hasmiza dengan erat, menghantar sedikit semangat pada wanita itu. Pantas, Puan Sri Hasmiza menarik Irdina dalam dakapannya. Terkedu Irdina seketika. Pasti beban rindu yang ditanggung sudah amat sarat. Nampaknya, dia perlu lakukan sesuatu.
Mungkin sudah tiba masanya Puan Sri Hasmiza bertemu dengan anak sulungnya itu. Anggaplah ia satu pertolongan untuk menebus kesalahannya selepas tiga bulan nanti. Sekurang-kurangnya tidaklah dia pergi meninggalkan keluarga Ekhmal tanpa melakukan apa-apa. Puan Sri Hasmiza sudah banyak membantunya, membuatkan dia merasa hangatnya dakapan seorang ibu. Ya, dia harus menyatukan Puan Sri Hasmiza dengan Encik Ezwan. Itu tekadnya!

*  *  *  *  *

Sebuah lagi rahsia terbongkar. Abang Ekhmal rupanya tidaklah berada jauh darinya. Rupanya selama ini Ekhmal mengelak dari membicarakan soal abangnya adalah kerana ini. Justeru, mampukah Irdina melaksanakan misinya ini? Sama-sama kita tunggu dan lihat.
::bersambung::

5 ulasan :

epy elina berkata...

wah....
bnyk kjutan dlm crta ni...
pe pun crta smkin mnarik...

Hananorisa berkata...

semakin menarik....

Leya berkata...

adeh, dah bersangkut-paut pula dah. dah agak u mesti akan twist2 nnt. nasib baik sambung setiap hari. kalau tak, seksa menunggu. huhu.. good job!

akira_bita berkata...

lorh.... pulak.. sangkut paut segala.. ait.. erm.. dina dgn ekhmal ni kena saling mengkhabarkan berita tntg diri masing pada satu sama lain.. kang klo masing2 tak tau mesti terkantoi gak kang.. hahahaha

Rizai Reeani berkata...

epy elina: harap-harap saya pun tak terkejut menerima reaksi pembaca2 di akhirnya nanti :)

hananorisa: terima kasih hana. cerita-cerita hana pun tak kurang menariknya juga. sama-sama kita berusaha :)

leya: saya pula yang seksa mahu menulis cerita ini. hahaha... ;)

akira: itulah, susah betul kalau dua-dua keras kepala. ;)

Terima kasih semua sudi singgah membaca :D