Sepatah Dua Kata

Khamis, Julai 08, 2010

Semanis Epal - Bab 18



MATA bertentang mata, namun tidak terluah bicara. Hanya hati yang bersuara, menyampaikan apa yang tersirat. Irdina, Ekhmal, Balkhis dan Hasmir. Kali ini mereka sama-sama terperangkap dalam jerat percintaan kerana mainan perasaan.

*  *  *  *  *

“How are you my beloved cousin?” soal Hasmir sambil menyerahkan bakul kecil berikat reben rona biru yang diisi buahan-buahan pada Balkhis.
Fine, thanks! Tak kerja hari ni?” ujar Balkhis seraya menyambut huluran Hasmir lalu diletakkan di atas meja kecil di sebelahnya.
Half-day. Bila boleh discharge?
“Kata doktor, dua hari lagi. Nak buat pemeriksaan X-ray esok untuk tengok ada kecederaan dalaman atau tak. Ah, hai Dina!” tegur Balkhis.
Irdina mengukir senyum. Sejak melangkah masuk tadi dia sudah perasan akan renungan tajam Ekhmal. Seperti dia ada melakukan kesalahan yang berat walhal tidak terlintas pun ingin melawat Balkhis hari itu. Semua sebab Hasmir yang menariknya masuk tadi.
“Ada cedera teruk ke?” Irdina berbasa-basi walau dia sudah tahu keadaan diri Balkhis.
“Cedera ringan saja. Nasib baik kereta tu tak laju. Nak mabuk pun, biarlah malam hari. Ini siang-siang pun mabuk,” Balkhis merungut.
Ekhmal berdehem, menarik perhatian Hasmir dan Balkhis tetapi tidak Irdina. Mata gadis itu masih tidak lepas dari memandang Balkhis. Tidak sedikit pun berpaling ke arahnya.
“Oh ya, congratulations to both of you. Semalam I nak datang tapi tak sangka on the way boleh accident pula,” sambung Balkhis.
“Lain kali bawa kereta tu hati-hati,” ujar Ekhmal.
“Ala, bukan I yang salah okay,” balas Balkhis.
You tu kalau bawa kereta macamlah I tak tahu. Mengalahkan pelesit,”
“Ewah, mengata orang ya,” ujar Balkhis dalam tawa kecil.
Irdina hanya menjadi pendengar yang setia. Namun di dalam hati, entah mengapa perasaannya seperti disiat-siat apabila melihat keprihatinan yang ditunjukkan oleh Ekhmal pada Balkhis. Tetapi fikirannya pula celaru. Mengapa dia harus berperasaan sebegitu?
“Mal, jom teman aku pergi kafe kejap. Aku belum lunch lagi,” Hasmir mengajak sepupunya itu.
Irdina tersentak sedikit. Ditinggalkan berdua dengan Balkhis? Tak mahulah!
“Err... saya ikut,” ujar Irdina.
“Kau temankanlah Qis tu. Kitaorang pergi sekejap aje,” arah Ekhmal.
Irdina bungkam. Bukan main lagi mengarah orang. Dia hanya memerhati langkah kedua jejeaka itu dengan hati yang rawan. Kebisuan mula menyelubungi bilik VIP bernombor lima itu. Irdina tidak tahu apa yang harus dibualkan dengan gadis yang berada di atas katil tersebut. Balkhis juga sepertinya kelihatan agak kekok.
I harap you akan jaga Ekhmal baik-baik,” suara Balkhis memecah keheningan.
“Insyaallah, saya cuba,” Irdina membalas pendek.
He’s such a nice guy. Bertuah you...
Bertuah? Hello, lelaki panas baran macam tu dikatanya baik? Agaknya Balkhis ni rabun tak? Atau, Ekhmal saja yang melayannya sebegitu? Ah, bukankah sebelumnya tadi layanan Ekhmal pada Balkhis begitu lembut? Hmm... mentang-mentanglah mereka hanya berlakon sebagai tunang, layanan Ekhmal padanya berbeza.
Timbul dalam fikiran Irdina, agaknya Ekhmal menganggap dia sebagai orang asing. Yalah, selepas tiga bulan, mereka akan bebas tanpa apa-apa ikatan lagi. Mengapa dia seperti keberatan? Adakah kerana dia mulai rapat dengan keluarga Ekhmal terutamanya dengan Puan Sri Hasmiza?
“Dina...” Balkhis menegur, membuatkan Irdina kembali ke alam realiti.
“Ya?”
“Saya dan Ekhmal pernah berjanji sebelum saya ke luar negara dulu,” beritahu Balkhis.
“Janji?”
Balkhis mengangguk lalu menyambung kata-katanya tadi.
“Antara kami, sesiapa yang dapat pasangan dulu, dia harus belikan coklat setiap hari selama sebulan pada orang yang menang,”
“Hah?” Irdina melopong.
Balkhis ketawa kecil melihat reaksi spontan Irdina yang nyata terkejut.
“Dengarnya macam budak-budak kan? Waktu tu I memang kecewa bila Ekhmal tolak hasrat hati I. Esoknya, dia belikan I hamper yang penuh dengan coklat. Dia tahu I sukakan coklat,” ujar Balkis lagi.
Irdina menundukkan wajah. Lelaki itu melayan Balkhis dengan sangat baik. Sudahlah Irdina, kau bukanlah siapa-siapa dalam hidup dia. Kenapa mengharap pada sesuatu yang tak mungkin berlaku?
“Dan dengan pertunangan both of you, maksudnya I dah kalah dalam pertaruhan tu. Means, I kena belikan coklat untuk Ekhmal selama sebulan. Tapi, dia tak suka sesuatu yang manis...”
Eh? Ekhmal tak suka makan benda yang manis? Dia langsung tidak tahu akan perkara tersebut. Ah, dia memang tidak tahu apa-apa tentang lelaki itu.
“Kalau macam tu, I bagi kat you sajalah coklat tu. Since you berdua pun dah bertunang kan? Lagipun kalau I bagi dia, I rasa dia bagi dekat you juga nanti,”
“Hah? Err... err... tak apalah Qis. Tak apa...” Irdina menolak pelawaan Balkhis tadi.
“Kalau you tak terima permintaan I, means you seperti menolak Ekhmal pada I,”
Irdina terpempan! Apa maksud Balkhis dengan kata-katanya itu?

*  *  *  *  *

Balkhis masih menyimpan rasa cinta pada Ekhmal sementara Irdina pula masih keliru dengan perasaan hatinya sendiri. Apakah dalam fikiran Balkhis, dia mahu merampas Ekhmal dari tangan Irdina walaupun mereka sudah bertunang?
::bersambung::

8 ulasan :

epy elina berkata...

hoohohoho....
cnta 4 segi la ni....
adeh.....
dina keliru...
sbnrnya dina 2 dah jtuh cnta kat ekhmal...
cuma dia kliru...
mcm mna ngn hasmir??
adehhhh....

akira_bita berkata...

xpe epy, hasmir tolak tepi.. hehehe.. nak dina ngn ekhmal gak! hahahaha!!

sian dina kan? ekhmal wat dia mcm tu.. ish ekhmal ni.. dina terlepas nnt baru nak menyesal..

Tanpa Nama berkata...

setuju ngan komen kat atas. org lelaki ni mmang ego tinggi. kenyataan!

♥ HanNa ♥ berkata...

aku 100% sokong..
knape ego llaki ni tiggi sgt..?
rendah2 kanlah..
hehe..

zaidi berkata...

x semua laki macam tu. maybe laki ego coz perempuan ni complicated sangat pemikirannya

Tanpa Nama berkata...

ek eleh bro, laki pun complicated apa. kitaorg kaum hawa ni berjiwa lembut tau. mestilah nak perhatian dan keprihatinan.

boys tak sedar semua tu.

Rizai Reeani berkata...

Ops! Ehem, jangan gaduh-gaduh, tak manis. Hehehe...

Saya tidak menyokong sesiapa cuma yang saya tahu, Tuhan jadikan Lelaki dan Perempuan itu untuk saling melengkapi, kan? ;)

Terima kasih semua sudi singgah membaca... :D

Tanpa Nama berkata...

nice story...in fact, ir is truly one nice linkage..haha...does it really happen in our real life?? haha...but, once again, i enjoy it and cant wait to read more...