Sepatah Dua Kata

Jumaat, Julai 16, 2010

Semanis Epal - Bab 24



SAAT cinta mula berputik, ada dugaan yang datang menerpa. Hanya cinta yang disulami dengan kepercayaan dan keikhlasan yang mampu menngharungi segala dugaan agar putik-putik cinta itu akan menghasilkan bunga yang rekah mewangi. Namun, bagaimana jika rasa cinta itu hanya ada pada sebelah pihak sahaja?

*  *  *  *  *

“Dina, tolong saya ambilkan butter dan mayonis dari dalam peti sejuk,” arah Hasmir yang sedang menyediakan burger yang ditempah oleh pelanggan tengah hari itu.
Irdina yang sedang mengupas bawang agak tersentak sedikit dengan arahan Hasmir yang tiba-tiba itu namun segera mengikut arahan yang diberi. Dia melangkah ke arah peti sejuk lalu pintunya dibuka dan tangan Irdina pantas mencapai sebotol mayonis dan mentega yang diletakkan di dalam bekas kecil berbentuk segi empat tepat.
Irdina meletakkan barang-barang tersebut tidak jauh dari Hasmir. Kemudian dia kembali melakukan kerjanya yang tertangguh tadi.
“Dina, tengok sayur kubis ada lagi tak dalam peti ais?” pinta Hasmir lagi.
Irdina yang baru memegang pisau menoleh ke arah Hasmir yang sedang asyik menggoreng daging lembu di atas dapur. Kenapa dengan Hasmir hari ini? Punyalah ramai pembantu dapur yang sedang duduk berhampiran peti sejuk, dia juga yang disuruh. Takkanlah Hasmir tak perasan apa yang sedang dia lakukan?
Dengan langkah yang malas, Irdina berjalan semula menuju ke peti sejuk besar yang berpintu dua itu. Setelah pintu peti sejuk itu ditarik, matanya meliar mencari sayur kubis yang diminta oleh Hasmir tadi.
“Awak, tak ada pun sayur tu,” laung Irdina.
“Cuba cari dekat tempat sayur tu betul-betul,”
“Tak adalah awak,” balas Irdina apabila benda yang dicari tidak ketemu.
“Oh, sorry. Saya dah ambil tadi. Ada kat sebelah ni. Sorry, tak perasan,” ujar Hasmir tanpa memandang Irdina.
Hati Irdina sedikit berbahang mendengar kata-kata Hasmir tadi. Agaknya lelaki itu period hari ni. Ah, merepek saja.
“Ada apa-apa lagi yang awak nak saya ambil dalam peti sejuk ni?” sengaja Irdina menyindir.
“Tak, tak ada lagi. Continue your work,
Irdina mengeluh kecil. Beberapa orang pembantu dapur yang berada di situ saling berbisik sesama mereka. Hai, depan-depan pun nak buat ‘ketupat’. Malas nak layan. Irdina kembali semula memotong bawang.
“Dina, to...” belum sempat Hasmir meneruskan kata, Irdina sudah menukas terlebih dahulu.
“Mir, stop it! Kenapa dengan awak hari ni?” nada suara Irdina naik satu oktaf, sedikit marah.
Hasmir menutup api dapur. Daging lembu yang digoreng tadi diletakkan di atas roti burger yang sudah siap diisi dengan aneka sayur dan Hasmir meminta seorang pekerja untuk menghabiskan hiasan burger tersebut. Perlahan-lahan dia melangkah menghampiri Irdina.
I’ve should ask you that question Dina. Kenapa dengan awak?”
Eh, mamat ni. cakap pusing-pusing pula. Memang sah dia salah makan semalam, itu yang buang tabiat hari ni.
“Kenapa dengan saya?” Irdina bertanya tidak faham.
“Awak dah lain,”
“Maksud awak?”
“Kita dah tak macam dulu,” jawab Hasmir.
Irdina terpegun seketika. Apa maksud lelaki itu?
“Saya tak faham apa yang awak cuba sampaikan...”
“Tak faham atau buat-buat tak faham?” soal Hasmir.
Please straight forward saja Mir...”
“Kenapa rahsiakan tentang pembedahan nenek awak?”
Irdina kaku seketika. Oh, adakah ini bermakna Hasmir merajuk? Takkanlah...
“Saya tak berniat nak rahsiakan cuma...”
“Cuma apa? Sebab awak dah ada Ekhmal, begitu?”
“Apa ni Mir?”
“Saya tahu dia tunang awak. Saya tahu dia lebih berhak atas awak. Tapi lepas awak tahu yang kami sepupu, awak layan saya seperti orang asing,” Hasmir meluahkan perasaan yang terbuku di hati.
Irdina melihat sekeliling. Beberapa orang pekerja sedang memerhatikan mereka. Irdina rasa malu apabila dipandang sebegitu.
“Mir, tak sesuai berbual di sini. Kita ke belakang” pinta Irdina lalu melangkah keluar dari ruang dapur tersebut diekori dengan Hasmir.
Mereka berdua keluar dari pintu belakang dan melabuhkan punggung di gazebo kecil yang disediakan di belakang restoran untuk para pekerja berehat.
“Sekarang ni apa masalahnya? Saya tak faham. Sepatutnya saya yang rasa dipinggirkan. Awak yang jauhkan diri dari saya,” ujar Irdina.
“Sebab saya tak nak hati saya sakit,”
Irdina kelu. Dia semakin celaru dengan patah kata yang Hasmir tuturkan. Tiba-tiba dirasakan seperti lelaki itu sedang membaca sajak yang terlalu puitis bahasanya, lengkap dengan metafora, hiperbola dan personifikasinya sehingga dia tidak faham apa yang cuba lelaki itu bicarakan.
“Tapi saya tak sangka, menjauhkan diri dari awak buat saya lagi sakit...” sambung Hasmir lagi.
“Mir, terus-terang, saya langsung tak faham apa yang awak cakapkan,”
“Saya cintakan awak!” ucap Hasmir.
Irdina terasa mahu rebah saat dia mendengar lafaz ucapan itu dari bibir Hasmir. Benarkah? Ah, dia pasti bermimpi saat ini.
“Maaf, saya tak dengar apa yang awak cakap tadi,” ujar Irdina.
“Saya cintakan awak Dina! Saya cintakan awak!”
Dup! Kali ini Irdina rasakan dia tidak bermimpi. Dua kali Hasmir melafakan ucapan tersebut. Ucapan yang menjadi impian setiap gadis yang dilamun cinta. Dan kini Hasmir melafazkan pada dirinya tapi sayang, cintanya bukan untuk lelaki itu walau pada mulanya, rasa sayang ada bercambah dalam jiwanya untuk Hasmir.
“Awak bergurau bukan?”
“Perkara serius macam ni bukan boleh bawa bergurau Dina,”
“Tapi awak tahu saya akan bertunang. Dan mungkin akan berkahwin,”
“Ya, tapi saya tak peduli. Perasaan cinta dalam hati saya lebih penting,”
“Maaf, saya tak cintakan awak,” Irdina menolak.
“Tak, saya yakin awak cintakan saya. Awak tak mungkin cintakan Ekhmal. Awak tak kenal siapa dia,” tingkah Hasmir.
“Awak tak berhak nak menilai hati dan perasaan saya,”
“Tapi saya berhak melindungi awak selepas awak putus tunang dengan Ekhmal nanti!” bidas Hasmir lantas sedikit tersentak, menyedari keterlanjuran kata-katanya.
Irdina terasa bagai ada batu berat yang sedang menghempap belakangnya. Kata-kata Hasmir seakan selumbar yang menusuk tajam ke dadanya.
“A... Apa maksud awak Mir?”
Hasmir diam. Habislah! Dia sudah terlepas cakap!
“Mir, kenapa diam? Saya tanya apa maksud awak dengan cakap macam tu tadi?”
“Mir, jawab!” tengking Irdina.
“Apa yang Hasmir cakap tu betul,” ujar seseorang yang mencelah perbualan mereka.
Mata Irdina membulat melihat sesusuk tubuh yang amat dikenali berada di hadapannya.
“Balkhis?”

*  *  *  *  *

Pepatah ada mengatakan, bertepuk sebelah tangan, masakan akan berbunyi. Begitu juga dengan cinta. Ia adalah paduan dua hati, perkongsian dua jiwa, penyatuan dua kalbu dengan satu rasa yang sama. Ia tidak akan dikata sebagai cinta jika hati tidak berpadu, jiwa tidak berkongsi dan kablu tidak bersatu. Justeru, apakah perasaan Hasmir pada Irdina boleh digelar cinta dan perasaan Irdina pada Ekhmal, hanya satu sandiwara?
::bersambung::

8 ulasan :

akira_bita berkata...

mesti ade je org pendengki ni kan??? haish!!

epy elina berkata...

hohoho...
qis dah gtahu hasmir psl prjnjian kntrak 2...
hbs la....
crta mkin komplik...

♥ HanNa ♥ berkata...

hish3x
kacau btol..

hrap2 diorang akn brthan..
hehe..

zarah berkata...

aduh, pening aku! pening! cepatlah update ya rizai.

Tanpa Nama berkata...

well, well interesting

Leya berkata...

apalah rancangan si qis tu. org dah x nak tu, tak payahlah nak mengendeng2..

kucun tella berkata...

aiya...typing error lagi..'sayang' sepatutnya 'saya'

tapi chapter ni buatkan pembaca rase qish tu patut mati je masa eksiden tu...geram nengoknye!!

plisss bagi la ending die ekhmal ngan irdina..xmo mir...

Rizai Reeani berkata...

Kucun Tella: Terima kasih atas makluman itu. Saya akan perbaikinya.

Terima kasih semua sudi singgah membaca dan memberi komen. Teruskan setia sehingga ke akhir ya. Hehehe... :D