Sepatah Dua Kata

Jumaat, Julai 23, 2010

Semanis Epal - Bab 29




IRDINA cuba menafikan perasaannya sendiri. Ekhmal pula tidak betah menerima bahawa pujaan hati menyayangi orang lain sedangkan itu semua hanyalah satu salah faham. Justeru, bagaimana salah faham ini boleh dirungkaikan?

*  *  *  *  *

Pagi Sabtu itu Hasmir mengajak Ekhmal ke gelanggang tenis di Pusat Sukan berhampiran restorannnya. Menjadi kebiasaan bagi mereka berdua untuk bermain tenis setiap minggu sekali bagi memastikan kesihatan mereka terjaga dan stamina dapat dikekalkan untuk melakukan kerja nanti. Cuma bezanya pagi itu, ada sesuatu yang ingin Hasmir sampaikan pada Ekhmal. Dia yakin, tidak boleh tidak, Ekhmal harus menerima saranannya juga.
“Bro, siapa yang kalah kali ini kena tunaikan permintaan orang yang menang, deal?” itu mukaddimah Hasmir sewaktu mereka mula memasuki gelanggang.
Deal. Dah kalah nanti jangan buat-buat tak ingat pula,” perli Ekhmal.
Hasmir tersengih. Berbumbungkan langit biru yang cerah, perlawanan tenis antara keduanya bermula. Ekhmal melakukan pukulan yang pertama. Kedua-duanya saling berbalas pukulan. Entah mengapa Ekhmal merasakan tenaga Hasmir lain dari kebiasaannya. Terlalu kuat keinginan lelaki itu untuk menang kali ini dan ternyata dia tidak mampu menyaingi keazaman dan semangat yang ditunjukkan oleh sepupunya itu.
Hampir sepuluh minit bertarung di dalam gelanggang, Ekhmal akhirnya rebah. Dia terduduk di tengah gelanggang dengan termengah-mengah sementara Hasmir masih lagi tegar berdiri.
“Okey, okey, aku surrender. Kau kenapa hari ni? Bukan main bersemangat lagi,” tanya Ekhmal apabila Hasmir merapatinya.
Hasmir menghulurkan tangan lalu disambut oleh Ekhmal dan lelaki itu menarik Ekhmal bangun. Mereka berdua melangkah ke bangku kayu yang disediakan di luar gelanggang. Ekhmal mencapai tuala rona putih di atas beg sukannya lalu diraup muka yang basah dek peluh. Hasmir pula meneguk perlahan botol minuman 100 plus sebelum duduk di bangku kayu tersebut.
“Okey, dah sedia nak dengar permintaan aku?” Hasmir bertanya tanpa menjawab soalan Ekhmal tadi.
“Hah, cakaplah, apa yang kau nak?” balas Ekhmal sambil menyangkutkan tuala di leher dan kemudian mencapai botol air mineral di sebelah raket tenis miliknya.
“Lepaskan Dina,”
Tersembur air mineral yang sedang diteguk Ekhmal lantas dia tersedak. Apa maksud sepupunya itu?
“Apa?” soal Ekhmal.
“Lepaskan Dina. Dia tak boleh berada di sisi kau,” ujar Hasmir lalu memandang sepupunya yang sjelas terpamer riak wajah terkejut itu.
“Aku tak faham Mir,”
“Tentang perjanjian pertunangan tu. Kalau boleh aku tak mahu ia berlarutan sampai tiga bulan,” jelas Hasmir.
Hampir hendak tercabut anak mata Ekhmal mendengar kata-kata Hasmir tadi. Terasa hendak gugur jantungnya.
“Da... dari mana kau tahu?”
“Itu bukan jadi soalnya. Aku tak mahu kau terus-terusan menyakiti Dina,” balas Hasmir.
“Kau siapa nak cakap begitu? Suami dia?”
“Tak, teman lelaki,”
Ekhmal terpempan! Sungguh dia tidak menyangka bahawa lelaki yang mendapat tempat di hati Irdina adalah Hasmir, sepupunya. Entah-entah Irdina yang memberitahu perihal perjanjian pertunangan itu pada Hasmir. Patutlah beriya-iya benar mahu memutuskan pertunangan dengannya semalam. Rupanya sudah ada Hasmir sebagai jaminan. Tak guna! Tiba-tiba Ekhmal tersengih lalu ketawa kecil, sekaligus menarik perhatian Hasmir.
“Kau berdua memang pandai berlakon ya. Aku tak sangka kau orang pandai menyembunyikan hubungan di belakang aku. Tapi, apa yang boleh aku buat? Nak tak nak kau harus tunggu sehingga tempoh tiga bulan tu habis,” terang Ekhmal.
“Tak perlu. Aku yakin Dina akan minta putus secepat mungkin,”
Sekali lagi Ekhmal terpempan. Kedengaran Hasmir sangat yakin dan ternyata memang Irdina sudah meminta untuk diputuskan pertunangan ini. Ekhmal terasa hatinya bagai dicarik-carik rakus. Irdina telah berjaya mempermainkan perasaannya, menghancur-lumatkan hatinya.
“Aku takkan benarkan. Selagi tak tamat tempoh, aku tak akan benarkan dia putuskan pertunangan ni,”
“Don’t be too selfish Mal,”
Shut up! Kau tak berhak nilai aku. Sudah, aku nak balik!” bentak Ekhmal lalu mencapai beg sukannya dan melangkah pergi dengan hati yang membahang.
“Kau dah berjanji, ingat tu!” laung Hasmir pada Ekhmal yang semakin jauh.

*  *  *  *  *

Bunyi enjin kereta memasuki halaman menarik perhatian Irdina yang sedang membaca majalah di taman. Hari Sabtu, sudah menjadi rutin hariannya untuk menemani Puan Sri Hasmiza di vila ini. Irdina kenal pemilik kereta itu. Ekhmal keluar dari perut kereta lalu menutup pintu dengan kasar. Baru beberapa langkah, dia berhenti. Kelibat Irdina menarik perhatiannya.
“Kau!” bentak Ekhmal.
“Berapa banyak yang Mir berikan pada kau, hah?” sergah Ekhmal.
Irdina yang mulanya terkejut dengan sergahan Ekhmal itu mengerutkan dahi. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba terjah orang macam tu. Ekhmal ni memang tak belajar adab sopan agaknya.
“Apa yang awak cakap ni?”
“Sejak bila kau ada hubungan dengan Mir? Kenapa kau tak beritahu aku awal-awal? Kenapa?” Ekhmal terus mendesak Irdina dengan soalan.
“Ekhmal, tenang. Awak menakutkan saya...” ujar Irdina.
“Argh! Kau memang perempuan mata duitan!” tempelak Ekhmal.
Irdina tergamam. Apakah yang telah merasuk Ekhmal sehingga dia tergamak menuduh sebegitu rupa?
“Aku takkan lepaskan kau Irdina! Tak akan!” Ekhmal mengugut lalu melangkah pergi.
Irdina tidak memanggil nama Ekhmal. Dia tahu, lelaki itu tidak akan berpaling. Sungguh dia terguris dengan tuduhan Ekhmal tadi. Mungkin Hasmir ada menyatakan sesuatu yang membuatkan Ekhmal berang. Dia tidak pernah melihat Ekhmal marah begitu sekali.
Majalah yang dibaca tadi dibiarkan tidak terusik. Fikirannya diterpa pelbagai persoalan. Hatinya berkecamuk dengan pelbagai rasa. Jika Balkhis tahu akan kedegilan Ekhmal, pasti perempuan itu tidak akan teragak-agak untuk memberitahu Puan Sri Hasmiza akan perihal perjanjian pertunangan mereka.
Yang pasti, dia tetap akan berpisah dengan Ekhmal kalau Puan Sri Hasmiza tahu. Cuma bezanya dia akan mendapat kebencian wanita yang sudah dianggap seperti emaknya itu. Tegarkah dia menerima kebencian dari seluruh ahli keluarga Ekhmal?

*  *  *  *  *

Kisah cinta ini makin berselirat dengan benang-benang curiga. Penyelesaian tidak akan ketemu andai kedua-dua pihak tidak mahu mengalah. Irdina dengan perasaan bersalah dan Ekhmal yang tidak tentu arah dalam perhubungannya. Sampai bila?
::bersambung::

9 ulasan :

♥ HanNa ♥ berkata...

semakin .. ermnn
uhh..
x tau nk cakap pe..
jahatlah hasmir tu

epy elina berkata...

hohohoho...
kdng2 cnta mmbuatkan org ilang prtmbangan...
bila nafsu sdh mngatsi sglanya...
kcian dina n ekhmal...
andai jdoh mrka kuat...
brsatu jg akhrnya...

itu_aku +_^ berkata...

cinta mjadikn msia kejam
buat apa saja jnji dpt apa yg dia nk!~

akira_bita berkata...

huwa!!! ekhmal.. kawallah sifat panas baran tu!!! sob22.. sian dina..

qis ngn mir ni.. mmg nak kena!!

Rizai Reeani berkata...

Hanna: Wah, tak tahu nak kata apa ya. Hehehe...

Epy Elina: Ya, saya setuju. Moga jodoh mereka kuat.

Itu Aku: Itu namanya cinta bertunjangkan nafsu.

Kira: Macam mana tak marah kalau Dina pun suka buat dia marah. Hehehe...

Terima kasih semua sudi singgah membaca dan memberi komen. :)

Leya berkata...

kesian dina.. ekhmal, tolonglah sedar!

datul berkata...

tolonglah, seksa jiwa aku budak 2 org ni. hish...

Tanpa Nama berkata...

bila diorng nak kahwin ni? he3..

Rizai Reeani berkata...

Leya: Ya, mari kita sedarkan ekhmal. hehehe...

Datul: Sabar, sabar... Hehehe...

Tanpa Nama: Hmm... itu kena tunggu episod akhir tengok sama ada mereka akan berkahwin atau tidak. ;)

Terima semua sudi singgah membaca dan memberi komen... :)