Sepatah Dua Kata

Rabu, Julai 28, 2010

Semanis Epal - Bab 32



TIDAK semua yang kita rancangkan akan berjalan lancar. Kita hanya manusia biasa. Yang mampu merancang tetapi hanya Tuhan yang berhak menentukan. Ingatlah, tidak selamanya sesuatu perkara jahat itu boleh diselindung kerana lambat-laun kebenaran pasti akan terserlah juga sama seperti ketika sinar mentari yang dilitupi mendung hitam. Lambat-laun, mendung hitam itu akan berarak pergi dan sinar mentari akan menyerlah kembali.

*  *  *  *  *

“Dina dah hantar surat perletakan jawatan pagi tadi,” beritahu Hasmir pada Balkhis.
Senyuman lebar terukir di bibir gadis itu. Akhirnya apa yang dirancang menjadi kenyataan. Selepas ini, dia boleh memujuk Puan Sri Hasmiza untuk menyatukan dia dengan Ekhmal. Jika Puan Sri Hasmiza bertanya tentang Irdina, dia dengan mudah akan memberitahu bahawa gadis itu telah melarikan diri dengan ganjaran RM 50 000 yang diterima melalui perjanjian yang dibuat. Saat itu Ekhmal juga tidak boleh melarikan diri lagi. Jika Ekhmal menolak, dia tidak teragak-agak untuk menunjukkan gambar-gambar ‘panas’ yang berada di dalam simpanannya.
“We did it Mir! We did it!” ujar Balkhis, ceria.
Waktu itu mereka berada di bilik rehat restoran Charisma Bistro. Sengaja Balkhis datang ke situ untuk melihat sendiri ketiadaan Irdina, gadis kampung yang menyusahkan hidupnya itu.
“Gambar-gambar tu macam mana?” soal Hasmir, meminta kepastian.
I akan gunakan ia sebagai senjata terakhir. Ekhmal pasti bengang bila tengok gambar-gambar tu nanti. Sedangkan Irdina boleh percaya, apatah lagi Ekhmal padahal tak ada apa-apa pun yang berlaku malam tu,” jelas Balkhis.
“Perjanjian tu pula?”
I akan tunjukkan pada Auntie Miza sebagai bukti yang Dina dah lari dengan duit yang Ekhmal bagi. Kemudian bolehlah I pujuk dia untuk kahwinkan I dengan Ekhmal,”
“I’m proud to have you as my cousin Qis!” ucap Hasmir dalam senyum yang melebar.
Balkhis ketawa bangga. Siapa sangka rancangan yang diatur akan berjalan sebegini lancar. Penamat yang bahagia! Dia dan Ekhmal. Hasmir dan Irdina. Sejak dari awal lagi ia patut begini.
Bunyi tepukan mengejutkan Balkhis dan Hasmir. Bulat mata kedua-duanya melihat kehadiran Ekhmal yang tidak dijangka itu.
“Syabas! Kau orang berdua memang hebat! I’m proud to have both of you as my cousin...” perli Ekhmal.
“Err... Mal! Apa yang you buat kat sini?” Balkhis cuba berlagak tenang.
“Ini kan restoran abang aku. Suka hati akulah nak datang bila-bila masa,”
Balkhis terdiam. Habislah! Musnah seluruh rancangannya!
“Mal...” tegur Hasmir lalu bingkas bangun.
“Duduk Mir!” tegas Ekhmal.
Hasmir duduk semula. Wajahnya ditundukkan. Begitu juga dengan Balkhis. Sebenarnya Ekhmal datang ke Charisma Bistro apabila mendapat panggilan telefon dari abangnya mengatakan bahawa Irdina sudah meletak jawatan. Kedatangannya ke sini untuk berjumpa dengan Irdina tetapi lain pula yang dia ketemu.
Dia mencari kelibat Hasmir dan seorang pekerja mengatakan dia berada di bilik rehat. Baru sahaja dia hendak membuka pintu, terdengar suara perempuan yang amat dia kenali di dalamnya. Lalu Ekhmal mengambil keputusan untuk mengintip perbualan kedua-duanya dari luar. Dan kebenaran yang diketahui, nyata mengejutkan dirinya.
“Aku betul-betul tak sangka. Kau orang tergamak menikam aku dari belakang. Both of you are my cousin. You guys should supporting me, not destroying me!
“Tapi Mal, I buat semua ni sebab I cintakan you!” balas Balkhis membuatkan Ekhmal tersengih.
“Cinta? Apa yang kau tahu tentang cinta? Kau buat semua ni bukan sebab cinta tapi sebab pentingkan diri!” bentak Ekhmal.
“Tak, you tak faham! I dah lama cintakan you dan you pun tahu tentang tu tapi kenapa you tak dapat terima I? Kenapa?”
“Sebab aku cintakan Irdina!” 


Balkhis terkedu. Jadi memang betul anggapannya selama ini. Ekhmal menyintai Irdina! Hasmir yang mendengar turut terlopong.
“Kau jangan bergurau Mal. Aku tahu kau hanya gunakan dia untuk rancangan kau supaya mama kau tak jual galeri dan kahwinkan kau dengan Qis. Kau yang petingkan diri Mal!” bidas Hasmir, membuatkan Ekhmal tergelak besar.
“Apa yang kau tahu tentang aku Mir? Aku dah lama cintakan Irdina. Sejak masa belajar lagi. Dialah cinta pertama dan cinta terakhir aku,” balas Ekhmal seraya menutup mulut Hasmir.
Keadaan hening seketika. Ikutkan hati Ekhmal, mahu sahaja dibunuh kedua manusia yang berada di hadapan matanya ini kerana membuatkan Irdina terseksa dengan begitu teruk. Selagi dia masih bernyawa, dia tidak akan benarkan sesiapa menyakiti Irdina. Namun tanpa sedar, dia sendiri yang telah menyakiti gadis itu. Gadis epal yang membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama.
“Aku akan maafkan kau orang, dengan syarat, jangan masuk campur dalam hidup aku lagi! Faham?” tegas Ekhmal lalu melangkah pergi namun ditahan oleh pegangan tangan Balkhis.
I akan serahkan surat perjanjian tu pada Auntie Miza!” ugut Balkhis masih tidak mahu mengaku kalah.
“Aku tak kisah. Ikut suka hati kaulah nak buat apa. Tapi lepas tu, jangan harap kau akan jumpa aku lagi!”
Pegangan tangan Balkhis terlepas. Gadis itu terjelepok ke lantai. Dia sudah tewas. Benar-benar tewas. Apakah cintanya tidak cukup kuat untuk Ekhmal berada di sisinya?
I cintakan you Mal! I cintakan you!
“Tapi aku cintakan Irdina. Hanya Irdina!” balas Ekhmal.
Manik-manik putih mula berjuraian di pipi Balkhis. Dia berharap agar air mata itu dapat melembutkan hati Ekhmal. Dia tidak sanggup kehilangan Ekhmal. Dia tidak rela Ekhmal menjadi milik perempuan lain.
“Qis...” ujar Ekhmal, lembut.
“Menyintai itu tak semestinya memiliki. Cinta tak akan menjadi andai hanya sebelah pihak saja yang merasakannya. Kita tak akan hidup bahagia jika cinta itu datangnya dari satu hati dan bukannya dua hati yang berpadu menjadi satu,” terang Ekhmal, cuba menyedarkan Balkhis akan hakikat dan makna cinta yang sebenar.
“Qis, aku tahu kau seorang gadis yang baik. Kau berubah begini sebab menyintai aku. Aku minta maaf. Aku tak dapat menerima cinta kau. Kau berhak dapat lelaki yang lebih baik dari aku. Cinta aku hanya untuk Irdina. Hanya dia yang ada dalam hati aku sejak sekian lama,” sambung Ekhmal lagi lalu mengusap ubun-ubun Balkhis, lembut menyebabkan tangisan Balkhis semakin lebat.
“Mir, tengokkan Qis. Aku perlu jumpa Irdina!” ujar Ekhmal lalu kembali menyambung langkah.
“Bro!” laung Hasmir membuatkan Ekhmal berpaling.
“Good luck!” ucapnya.
Ekhmal menunjukkan isyarat bagus dengan ibu jarinya. Dia segera berlari menuju ke kereta. Harap-harap dia masih sempat. Tolonglah! Dia perlu menyatakan rasa cintanya pada Irdina. Tolonglah!

*  *  *  *  *

Cinta sejati sukar untuk dimiliki andai hati tidak teguh untuk mengharungi onak dan liku dalam sesuatu perhubungan percintaan itu. Pergilah Ekhmal, pergilah! Ucapkan cintamu pada Irdina! Pergilah!
::bersambung::

8 ulasan :

eMi mLi berkata...

Aisey, cepatnya rahsia terbongkar...hehe

epy elina berkata...

hohohooh...
akhrnya kbnaran mncul jg...
hrp2 ekhmal smpt brtmnu dina...

Rizai Reeani berkata...

emi mli: hehehe, nak cepat habiskan cerita ni ;)

epy elina: harap-harap begitulah ya... :)

Mazlina Mansor berkata...

ridh:i suka ayat ekhmal pada Balkhis
"Menyintai itu tak semestinya memiliki"
x sabar ni nk tgu last espisod..=)

akira_bita berkata...

ah! dh ckp dh.. ekhmal pasti muncul! yeay! go ekhmal!

Rizai Reeani berkata...

lin: opocot! hehehe... serius terkejut dengan kehadiran lin kat sini. terima kasih sudi singgah membaca dan mengikuti cerita ini :)

kira: em, mungkin ekhmal dah muncul tetapi sempatkah dia bertemu dengan Irdina? ;)

Leya berkata...

cepat nak terbocor rahsia ni. ala, boleh panjang lagi kan? pliz3..

datul berkata...

go ekhmal go! x sabar nak tunggu ending ni..