Sepatah Dua Kata

Ahad, Julai 11, 2010

Sinopsis Semanis Epal



SEBIJI epal merah menyatukan seorang gadis bernama Irdina yang sedang mencari pekerjaan dan seorang pemuda bernama Ekhmal yang tidak mahu berkahwin dengan pilihan keluarga. Kerana terdesak dengan keadaan, Irdina terpaksa bersetuju dengan tawaran Ekhmal iaitu untuk berkahwin dengannya.
Namun memandangkan tempoh perjanjian tersebut hanya tiga bulan, Irdina mencadangkan agar mereka hanya bertunang. Walaubagaimanapun, tanpa sedar, ada bunga-bunga cinta yang mula mekar di dalam hati kedua-duanya walau sering berbalah dan tidak sependapat.
Dugaan dan pengorbanan dalam bercinta sudah menjadi satu kemestian. Ada gadis lain yang menaruh hati pada Ekhmal yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memisahkan mereka. Begitu juga ada seorang lelaki yang memuja Irdina yang begitu ingin melindungi gadis itu.
Ekhmal dan Irdina masing-masing memendam rasa membuatkan hubungan cinta mereka dinodai orang ketiga. Mereka hampir terpisah namun kuasa cinta mengatasi segalanya. Sedang hangat dilamun cinta, mereka sekali lagi diuji. Mampukah kuasa cinta bertahan sekali lagi?

“Kahwin dengan aku,”
Terbeliak mata Irdina mendengar kata-kata Ekhmal tadi. Terkebil-kebil matanya seakan tidak percaya.
“Awak bergurau bukan?”
“Aku serius! Kahwin dengan aku,”
“Kalau saya tak nak?”
“Aku bawa kau ke balai polis atas tuduhan mencuri dan melakukan penderaan mental,” jawab Ekhmal.

Sebuah kisah cinta romantis yang bermula dari sebiji epal merah. Nikmatilah!

Tiada ulasan :