Sepatah Dua Kata

Selasa, September 07, 2010

Muat-turun Percuma!


Pakej Kasih


Salam pembaca semua.

Harap sihat dan ceria selalu ya. Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, dua buah e-novel iaitu Noda Kehidupan dan E-mel Buat Daniel Idzmi kini sudah boleh dimuat-turun secara percuma, esklusif untuk anda!

Muat-turun ini dibahagikan kepada dua:

a)     Pakej Kasih

b)     Pakej Sayang

Kedua-dua pakej ini disertakan dengan sebuah cerpen istimewa di mana:

a)     Pakej Kasih = Noda Kehidupan + Biarku Sentuh Cintamu (Klik sini)

b)     Pakej Sayang = E-mel Buat Daniel Idzmi + Cinta Pandang Pertama (Klik sini)

Harap sudi-sudikan untuk muat turun. Oh ya, tawaran ini terhad untuk tempoh seminggu sahaja. Selepas itu saya akan padam kedua-dua pakej tersebut.

Terima kasih untuk sokongan anda semua, pembaca yang amat disayangi! Insyaallah, akan ada beberapa lagi tawaran ekslusif pada masa akan datang. Jadi, dijemput untuk muat-turun dan selamat membaca!

Pakej Sayang

9 ulasan :

Daisy Neira09 berkata...

salam..
mcm mana nak buka file nie lepas di muatturunkan??
guna program apa utk baca??

airina berkata...

Salam riri :)

Wah, bagusnya!
Ia lebih mudah sebab tak perlu duduk menghadap komputer.
Saya mohon izin tuk print ya!

Sudah baca E-mel Buat Daniel Idzmi, akan baca karya kamu yang lain pula :)

Salam Lebaran. Maaf zahir & batin.

Rizai Reeani berkata...

Cik Daisy: W'salam. File ni saya convert pada pdf format. Jadi boleh buka guna software adobe. :)

Airina: Terima kasih Airina! Sila, sila, tak usah segan. Hehehe...

Salam Lebaran dan Maaf Zahir & Batin (^_^)

tabir khaizuran berkata...

tahniah riri...

melangkah epnuh bergaya kali ini. ya, usah pandang belakang lagi..teruskan usaha kamu. klu kena baya rpun sy sanggup tuk download..

Leya berkata...

rizai, thank u! dah download n baca. best3x!

btw, hepy birthday ya!

datul berkata...

wow! serius free? baiknya hati..

Rizai Reeani berkata...

paktam: hehehe... ada-ada saja kamu ni ya. kalau nak bayar, kena tunggu yang versi cetak punya tak lama lagi. hehehe... terima kasih banyak ya sudi download. :)

leya: terima kasih Leya. amat hargainya! :)

datul: ya, serius. tanda peghargaan buat pembaca yang tak jemu menyokong saya... :)

Masyithah Razali berkata...

link tuh masih wujud lh ridzuan ... huhu

Rizai Reeani berkata...

Iyalah, benar. Rasanya saya sudah padam.

Terima kasih untuk pemberitahuan ini. Tapi, dah terlanjur begini, saya rasa biarlah begini. Anggaplah ia hadiah buat pembaca=pembaca yang saya amat sayangi. :)