Sepatah Dua Kata

Selasa, September 21, 2010

Sinopsis Luruhnya Dedaun Rindu




CINTA adalah adunan perasaan yang kadang-kala mampu menghanyutkan seseorang ke lembah hitam jika bertunjangkan nafsu. Dan apabila terjerumus ke dalam lembah hitam, untuk menggapai segarit cahaya, adalah sesuatu yang sukar walaupun tidak mustahil.
Ramzan begitu menyintai Dalila. Begitu juga dengan Dalila. Mereka dibuai keasyikan cinta sehingga tanpa sedar menjerat diri sendiri. Hidup mereka bergelumang dengan noda. Ditambah dengan hubungan yang mendapat tentangan dari keluarga dan untuk kembali menebus maruah, satu jalan dipilih. Jalan yang pada mulanya disangka lurus, merupakan jalan yang berselirat tanpa pangkalnya.
Kehadiran Liyana seakan menjadi racun dalam hidup Ramzan. Sifat cemburu Dalila menguasai diri. Apatah lagi dia bukanlah wanita yang menjadi pilihan Puan Sarifah. Ramzan semakin keliru. Antara cinta hati dan cinta keluarga, salah satu harus dikorbankan.
Benarlah kata orang, jalan yang berliku itu tetap sebatang jalan. Jika terus berjalan, lama-kelamaan akan ketemu penghujungnya. Apa yang diharapkan Ramzan, semoga ada cahaya, di sebalik lorong duka itu.

“Saya tetap akan berkahwin dengan Dalila. Hanya dia yang saya cintai” – Ramzan
“Kita sudah terlalu jauh melangkah. Masihkah ada kesempatan untuk menebus dosa?” – Dalila

Di sebalik Luruhnya Dedaun Rindu; Klik sini

6 ulasan :

epy elina berkata...

wah....
crta baru...
suke2x...
sinopsis dia pun dah best...

♥cikHanNa ♥ berkata...

cam menarik je..
bace sinopsis pon dah best je..

Rizai Reeani berkata...

epy elina dan cik hanna:

harap-harap begitulah. selamat membaca ya... ;)

zarah berkata...

cerita baru ya? baca sinopsis mcam best. good luck k!

Tanpa Nama berkata...

yes, cerita baru lagi! rizai, update haro2 bleh? he3...

Rizai Reeani berkata...

zarah: terima kasih zarah. harap semua menyukainya. :)

tanpa nama: err... nak update hari-hari macam SE tu agak sukar sedikit dek kerana kesibukan tugas. tapi saya cuba update secepat yang mampu. :)