Sepatah Dua Kata

Jumaat, Oktober 15, 2010

Idaman Kalbu - Ceritera Akhir



MASIHKAH kau ingat kali pertama kita menjalin cinta? Pagi esoknya aku datang awal ke pejabat sekitar jam 07.30. Masih ramai yang belum tiba. Aku tidak lagi menunggu kehadiran kau. Aku tidak mahu berharap pada yang sesuatu yang tak pasti. Biarlah, sampai masanya, putera idamanku akan datang juga melamar dengan menunggang kuda putih seperti watak dalam cerita dongeng dahulu kala.
“Awal pagi ni?”
Aku terkejut menerima teguran dari kau. Bila pula kau berada di sebelahku? Aku lihat di tangan kau ada jambangan bunga. Sama seperti waktu kita bersua-muka buat pertama kali. Pasti kau beli dari kedai bunga dahulu.
“Cantik bunga tu,” ujarku, sekadar berbasa-basi.
For my mother. Dia masih di hospital, menghidap kanser. Sekejap lagi nak pergi melawatnya,” kau menjawab pertanyaanku.
Aku tersentak! Jadi, bunga itu bukan untuk kekasih hati? Pintu lif terbuka. Kau segera melangkah masuk namun aku tetap berdiri kaku di hadapan pintu lif.
“Kenapa?” kau bertanya, hairan.
“Kalau saya katakan sesuatu, awak tak marah?”
“Apa dia?”
“Saya sukakan awak!”
Kau diam. Aku pasti mukaku sudah merah menahan malu. Pintu lif hampir tertutup namun segera kau tahan dengan tangan.
“Siapa nama awak?” kau bertanya membuatkan hatiku dilamun bahagia.
“Sa... saya Airina,”
Aku menjawab malu-malu lantas berpaling untuk melangkah pergi. Sesaat lagi aku di situ pasti aku akan pengsan. Namun belum sempat aku membuka langkah, lenganku digapai. Terasa bagai direnjat elektrik tubuhku kala itu.
“Nak ke mana?” tanya kau, mengusikku.
“Sa... saya nak pergi tengok cerita Spongebob!”
Eh? Aku memang sudah nanar! Entah mengapa jawapan itu yang keluar dari bibirku. Nampak sangat aku menggelabah. Cerita Spongebob apanya pagi buta macam ni. Dekat pejabat pula tu.
“Kalau macam tu, ajaklah saya tengok sekali,”
Dan aku terus pengsan tika itu juga!

*  *  *  *  *

“TERMENUNG ingatkan sapa tu?”
Aku membuka mata perlahan-lahan ketika suara itu menampar pendengaranku. Suara yang sentiasa menemani lenaku saban malam. Suara yang buat aku rindu jika lama tidak mendengarnya. Suara yang sering mengungkap kata cinta dan sayang yang membuai lembut jiwaku.
“Saya teringat kali pertama berjumpa dengan awak,” jawabku.


“Oh, di kedai bunga ini, kan?”
Aku terkesima! Fikirku kau tidak perasan. Aku ingat kau akan memberi jawapan yang kali pertama kita bertemu adalah sewaktu sedang menunggu lif di pejabat.
“Terkejut ke? Awak ingat saya tak tahu yang awak mengintai saya masa beli bunga dulu?”
Kata-kata kau sekali lagi menghadirkan kejutan buatku. Kau tahu! Oh, mahu saja aku berlari hingga ke hujung dunia. Ah, itu mustahil. Malunya... sangat malu!
“Merah muka?” kau memerli lantas sebuah cubitan kuhadiahkan di bahu, istimewa buat kau.
Seketika kemudian, kau menghambur tawa diikuti denganku. Ya, di kedai bunga inilah kali pertama kita bertemu. Saat kali pertama aku jatuh cinta pada kau. Dan kita berada di sini pada hari ini adalah untuk membeli sejambak bunga untuk ibu kau.
Aku akan menziarahinya bersama-sama kau hari ini. Kata kau, mahu memperkenalkan aku pada bakal ibu mertua. Terus-terusan kau menggiatku sehingga wajahku sentiasa merona merah, menahan malu.
“Awak nak tahu sesuatu?” tanya kau.
“Apa dia?”
“Di sinilah saya bertemu idaman kalbu. Jatuh cinta pandang pertama. Dengan awak,” ujar kau lalu mencuit hidungku.
Dan aku, sekali lagi terasa mahu pengsan!

::TAMAT::

11 ulasan :

Tanpa Nama berkata...

Jln ceritanya walaupun agak simple tp menarik n kelakar pun ada.

akira_bita berkata...

hahahahahah! tak sangka gadis tu gilerr brni! hahahah!

Tanpa Nama berkata...

huiyoo.. cayalah rina! org pompuan skrang x payah malu sangat, nnt melepas.

Leya berkata...

sweet sangat!! bleh pnjangkn lg ni.. ;)

shura berkata...

suka endingnya! sangat kelakar! mmang santai je baca citer ni. kipidap k!

ixora berkata...

memang menghiburkan! suka dengan airina. comel je..

Rizai Reeani berkata...

Tanpa Nama: Ya, saya sengaja tulis begitu. Sesekali bersantai. :)

Akira: Perempuan zaman sekarang harus berani. Hehehe... :p

Tanpa Nama: Ada betulnya juga tapi harus menjaga adab dan sopan sebagai seorang yang bergelar perempuan. :)

Leya: Saya kira cukuplah. Tapi masa depan, mungkin jika ada kesempatan :)

Shura: Ya, gembira awak menyukai cerita ini :)

Ixora: Gembira ada yang terhibur. :)

Terima kasih semua sudi singgah membaca dan memberi komen. Amat hargainya... (^_^)

MissNera berkata...

salam RR,

saya tersenyum sendiri membaca cerpen ini. Santai dan menghiburkan. ^_^

Rizai Reeani berkata...

MissNera: Salam saudari. Terharu sudi singgah membaca tulisan tak seberapa ini. Terima kasih banyak-banyak... :)

Nurul Asyikin Mohamad Ghazali berkata...

wah,best citer nih... huhu good job!!

Rizai Reeani berkata...

Nurul Asyikin: Terima kasih. Gembira awak menyukainya. :)