Sepatah Dua Kata

Jumaat, November 05, 2010

Akan Datang!



FAZIERA, gadis yang dipandang sebagai menjengkelkan oleh para pelajar di sekolah lama. Dengan penampilan yang skema dan pendiam, dia jarang bersosial. Oleh kerana tidak mampu lagi menahan tekanan, dia berpindah ke sekolah baru.
Di sana, dia menjadi Faziera yang baru. Seorang yang ceria dan kelakar. Namun tidak disangka, kehadiran seorang jejaka telah mengucar-kacirkan hidupnya. Jejaka itu merupakan manusia yang paling ingin Faziera hindari di atas muka bumi ini. Entah mengapa, takdir mempertemukan mereka sekali lagi.
Dalam masa yang sama, ada lelaki yang mengusik kalbu Faziera. Kata-kata lelaki itu sewaktu pertama kali bertentang mata, membuatkan Faziera terkedu.  Lelaki itu seakan dapat dengar isi hatinya. Pada Faziera, dia sudah bertemu dengan lelaki yang dapat melindunginya. Tetapi malang,  dalam pandangan mata lelaki itu hanya ada seorang gadis sahaja. Gadis yang sudah lama bertakhta di hati namun tak mungkin diperolehi.

Aku berpindah sekolah adalah untuk menjadi aku yang baru. Tidak mahu lagi dihambat sunyi dan dirantai sepi. Aku benci dipinggirkan. Di sekolah ini, aku harap aku ada ramai kawan. Kawan yang sentiasa ada kala aku memerlukan. Biarlah diri aku yang lama itu dibenam jauh ke dasar laut. Tidak akan sesekali aku ingati. - Faziera

Dia gadis yang berani meluahkan isi hati. Tidak sukar mahu tahu apa yang dia fikirkan. Kembalinya aku ke sini untuk menagih semula cintanya yang tidak pernah aku gapai – Hazwan

Awak, senyuman tu nampak menyeksakan. Tak penat ke berpura-pura? – Muazhim

Faziera terjerat dengan perasaan hatinya sendiri. Tidak menyangka dia akan terlibat dalam soal hati dan perasaan yang begitu meletihkan. Dia hanya mahu kembali senyum. Senyum dari hati yang ikhlas!

3 ulasan :

♥cikHanNa ♥ berkata...

wow~
cam best je..

Leya berkata...

woo, citer baru. sinopsis cam best.

Rizai Reeani berkata...

Hanna & Leya: Insha-Allah, akan menyusul selepas LDR tamat. :)