Sepatah Dua Kata

Khamis, November 18, 2010

Temubual Semanis Coklat di Blog Majalah Info-Nomik Malaysia



Beberapa minggu lepas saya ada menerima e-mel dari seorang editor untuk blog Majalah Info-Nomik Malaysia, saudari Fazl tentang temubual novel sulung saya bertajuk Semanis Coklat.

Di sini saya paparkan sedikit sedutan temubual tersebut:

1) Ceritakan sedikit latar belakang penulisan anda. Bagaimana anda boleh bermula sebagai penulis dan antara karya yang sudah diterbitkan.
Saya mula terlibat dalam bidang penulisan sejak tahun 2007 tetapi mula aktif sekitar tahun 2009. Berjinak-jinak menulis cerpen sejak dari bangku sekolah di mana guru Bahasa Melayu saya ketika itu banyak memberi semangat dan dorongan. Kemudian saya terjumpa sebuah laman sesawang yang mengumpulkan penulis dan pengarang bakat baru iaitu Kapasitor.net. 

Untuk temubual penuh, sila klik sini.

Terima kasih saudari Fazl atas jemputan temubual ini. Saya amat hargainya! (^_^)

Tiada ulasan :