Sepatah Dua Kata

Khamis, Disember 09, 2010

Gerimis di Hati Alia di Mingguan Wanita



ALHAMDULILLAH, cerpen nukilan saya bertajuk Gerimis di Hati Alia telah tersiar di majalah Mingguan Wanita keluaran 10-16 Disember 2010. Terima kasih pihak Mingguan Wanita atas kesudian menyiarkan cerpen ini. 

Namun begitu, pada sesiapa yang ada membacanya, jangan terkejut apabila melihat nama penulis cerpen tersebut. Ia adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan oleh pihak Mingguan Wanita dan ia sudah pun diperjelaskan. 

Serba-sedikit tentang cerpen ini, boleh klik sini.

p/s: Saya hanya mempunyai dua nama pena sahaja iaitu Rizai Reeani untuk novel dewasa dan Ridha Zaiyani untuk novel awal remaja/kanak-kanak. Harap maklum.

Tiada ulasan :