Sepatah Dua Kata

Rabu, Mac 30, 2011

Pertandingan Menulis Cerpen anjuran KEN



GRUP Komuniti E-Novel (KEN) merupakan satu persatuan untuk penulis e-novel khususnya dan para pembaca yang berkongsi minat yang sama iaitu membaca. Grup ini ditubuhkan antara lainnya bertujuan untuk para penulis dan pembaca saling bertukar pendapat dan pandangan serta mendekatkan hubungan antara satu sama lain dengan menggunakan Facebook sebagai medium perantara.
Grup KEN diasaskan oleh Puan Maria Kajiwa, seorang penulis dan tutor yang namanya kian mendapat tempat dalam bidang penulisan tanah air. Baharu ini, satu projek yang julung-julung kali diadakan telah diumumkan iaitu pertandingan menulis cerpen yang menawarkan hadiah lumayan untuk para pemenang.
Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan mahupun grup ini, sila lawati laman grup ini di Facebook. Klik SINI.
Sebarang penyertaan, boleh tinggalkan komen di entri ini atau di chat-box. Jadi, rebutlah peluang keemasan ini!

2 ulasan :

cik shamimi juadi berkata...

akak,
sy berminat nak menghantar cerpen,
tapi tak taw saluran yg betul.
boleh inform sikit tak ?

Ridha Reewani / Rizai Reeani berkata...

Salam mesra Adik Shamimi.

Kalau untuk bacaan secara digital, adik boleh hantar ke beberapa laman web seperti Penulisan2u dan Kapasitor.net.

Kalau untuk bacaan secara bercetak, adik boleh e-melkan kepada editor di majalah yang adik berminat. Untuk maklumat lanjut, adik boleh klik link ini:
http://rz-novella.blogspot.com/2011/01/tips-penghantaran-karya-ke-media-cetak.html