Sepatah Dua Kata

Jumaat, April 29, 2011

Sudah Terbit! Antologi Cinta Pandang Pertama



Blurb:
CINTA adalah aungerah istimewa yang dikurniakan Tuhan buat setiap insan agar membuahkan bahagia dalam kehidupan. Tidak semua dapat merasai manisnya cinta andai tidak tahu menghargainya. Cinta itu hadir tidak kira masa dan tempat. Kadang-kadang ia datang tanpa dipinta. Seringkali ia muncul tanpa diduga. Itulah cinta, yang mewarnai kehidupan dengan warna-warna yang penuh pesona.
Antologi Cinta Pandang Pertama ini memuatkan 19 buah cerpen yang mengungkap erti cinta dalam kehidupan. Pelbagai latar dan peristiwa digarap dengan mengangkat cinta sebagai tema. Berkisar pada kisah kehidupan seharian, mungkin ada yang pernah mengalami peristiwa yang hampir serupa.
Antologi ini menyentuh aspek cinta yang utama pada Tuhan, cinta pada keluarga, cinta pada kekasih hati, cinta pada kawan-kawan dan cinta pada diri sendiri. Menyintailah, agar layak untuk dicintai.

CINTA PANDANG PERTAMA merupakan himpunan cerpen-cerpen dalam tema cinta yang pastinya akan mengusik jiwa. Terdapat 19 buah cerpen di dalam antologi ini di mana ada beberapa buah cerpen pernah disiarkan di media cetak. Antologi cerpen ini diterbitkan oleh Info Didik Sdn. Bhd., sebuah syarikat penerbitan baharu dalam bidang penulisan. Antologi ini boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bermula 30hb April 2011.

3 ulasan :

Leya berkata...

Tahniah! Pasti akan dapatkannya..

MissNera berkata...

nanti beta mau ya!? hehehe

Rizai Reeani berkata...

Leya: Berbanyak terima kasih sudi mendapatkan buku ini... :)

MissNera: Nanti kita boleh tukar-tukar ya. :)