Sepatah Dua Kata

Isnin, Mei 09, 2011

Akan berada di pasaran Mei ini!



ALHAMDULILLAH, novel kedua saya bertajuk BEGITULAH CINTA akan berada di pasaran Mei ini. Sebuah novel yang merangkumi pelbagai elemen seperti persahabatan, dendam, kepercayaan dan kasih sayang. Teaser untuk novel ini boleh dibaca di blog Koleksi Novel.
Novel ini diterbitkan oleh Info Didik yang menerbitkan antologi cerpen pertama saya. Boleh didapati di semua toko buku dengan harga RM18 sahaja. Maklumat lanjut atau pembelian bolehlah hubungi: info-dsb@streamyx.com
Jutaan terima kasih untuk sokongan anda!

Blurb:
CINTA pertamanya tamat di tengah jalan. Sejak itu, Durar berhati-hati dalam soal hati dan perasaan. Namun, dia juga manusia biasa. Ingin disayangi dan menyayangi. Lalu, salam perkenalan dari Amirul Azme disambut baik. Lelaki itu pada Durar seorang yang bertanggungjawab dan prihatin. Tanpa sedar, hatinya mula disapa angin rindu. Ternyata, cinta pertama itu bukanlah cinta yang terakhir.
            Semakin hari rasa cinta semakin menebal namun Hafiszul, lelaki yang mencoret luka di hati kembali menagih kasih. Bagi Durar, kenangan tetap kenangan. Ia tidak akan sesekali jadi impian. Tidak mungkin dia akan kembali ke lembah duka itu.
            Takdir adalah sesuatu yang sukar diduga. Amirul Azme tiba-tiba menjauhkan diri. Rupanya ada suatu rahsia yang menjadi duri dalam daging dalam perhubungan hati antara Amirul Azme, Durar dan Hafiszul. Takdir mencampakkan mereka bertiga ke jurang derita. Seorang mahu melupakan sejarah silam. Seorang lagi mahu disayangi dengan ikhlas manakala seorang lagi mahu mancari cinta sejati.

Aku ingin dicintai dan mencintai. Lafazkanlah cintamu padaku. Ungkapkanlah sayangmu di hadapanku. Aku pasti terima. Jangan biar aku menunggu lagi. Aku sudah penat bermain sembunyi-sembunyi. – Durar

Kenangan silam itu menjadikan aku seorang pembenci. Aku bukanlah lelaki yang memandang harta mahupun pangkat. Semua itu menjadikan manusia buta hatinya. Dan aku sedar, bintang itu cantik tetapi terlalu jauh untuk digapai. Begitulah bandingan dirimu padaku.  – Amirul Azme

Aku tahu aku silap. Melepaskan gadis sebaiknya kerana kabur pada kecantikan luaran. Ya, aku menyesal kehilangan dia. Namun, tidakkah aku wajar diberi satu lagi peluang untuk membetulkan silapku? – Hafiszul

Hidup tanpa onak dan ranjau samalah seperti jiwa tanpa rasa, tiada seri. Sewajarnya ia ditempuh dengan ketabahan dan kesabaran agar di penghujungnya ada manfaat yang diperolehi. Dan cinta, adalah satu anugerah yang membahagiakan.

5 ulasan :

Leya berkata...

Tahniah! Makin ligat keluar novel..

firda berkata...

tahniah! terus suksess..

lonely gurlz berkata...

congratz!! sure will grab one.

Riesna Zasly berkata...

tahniah dik cayang ;)
teruskan berkarya..

Rizai Reeani berkata...

Leya: Terima kasih. Adalah sedikit.

Firda: Terima kasih atas doanya.

lonely gurlz: Terima kasih sudi mendapatkannya.

Kak Riesna: Terima kasih Kak Riesna. Insha-Allah, dengan izin-NYA akan terus berkarya.

(^_^)