Sepatah Dua Kata

Sabtu, Ogos 06, 2011

Antara Dua Hati



E-NOVEL bertajuk Antara Dua Hati sudah disiarkan di blog Rumah Kecil Kami. Dijemput singgah membaca. Blog ini juga turut menampilkan beberapa karya dari penulis-penulis lain yang pastinya menarik dengan tema yang pelbagai.
Berikut adalah sinopsis e-novel ini:
JOHANNA masih setia menunggu cinta pertamanya namun tanpa sedar penantiannya sia-sia. Lelaki itu telah mengkhianati cinta sucinya. Johanna penasaran. Apakah dia mampu melupakan segala kenangan manis yang telah dicipta bersama-sama Idzmi andai adanya pengganti lelaki itu?

“Walau dia telah melukakan hati saya, saya tetap tidak dapat membencinya. Bahkan saya tidak mampu melupakannya. Adakah saya terlalu menyayangi Idzmi hingga menyeksa diri saya sendiri?”

AMIRULSHAH pula tidak pasti apakah yang sedang dialaminya kini. Hubungannya dengan Husna sudah tidak seperti dahulu sejak dia mengenali Johanna. Bukankah Husna adalah kekasih hatinya? Atau, dia telah tersilap membuat taruhan?

“Aku keliru. Kenapa bila berjauhan dengan Hana, hatiku tidak selesa? Aku seperti mahu sentiasa di sisinya, melihat senyumannya, gelak-tawanya dan wajahnya yang sentiasa ceria itu”

IDZMI kesal. Jauh di sudut hati, ada cinta yang mekar untuk Johanna. Namun demi cita-cita, dia harus mematikan perasaan itu. Dia harus menggapai impiannya. Hanya kehilangan sebuah cinta, dia tidak kisah. Tetapi, dia tersepit kini. Antara kenangan cintanya dengan Johanna dan keadaan tunangnya yang menyakitkan hati.

“Saya tak bermaksud nak tinggalkan awak waktu itu. Semuanya terjadi tanpa diduga. Lagipun, saya buat semua ni untuk masa depan saya. Masa depan kita,”

WILLIAM berdebar setiap kali melihat lirikan mata Johanna. Dia benar-benar terpaku dengan kecantikan dan budi bahasa Johanna. Apatah lagi melihat keakraban Johanna dengan adik perempuannya, membuatkan dia semakin ingin mengenali gadis itu. Namun, dalam masa yang sama, ada hati yang menagih cintanya. Lebih menyakitkan, perempuan yang menyintainya merupakan orang yang penting bagi Johanna. Justeru, bagaimana dengan perasaan hati dan cintanya ini?

“Antara awak dan Jasmin, saya tak mahu masuk campur. Apa yang saya tahu, saya cintakan awak, bukannya dia. Jangan terlalu naif Johanna. Berkorban demi keluarga? Saya tak boleh terima alasan sebegitu!”

Johanna benar-benar buntu. Antara kenangan masa dahulu dengan impian masa hadapan, antara banyak hati dan hatinya sendiri, yang mana harus jadi pilihan?

Tiada ulasan :