Sepatah Dua Kata

Sabtu, Ogos 27, 2011

Eid Mubarak!


Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan pembaca. Moga Aidilfitri kali ini membawa lebih banyak kegembiraan dan kebahagiaan dalam hidup kita bersama. Terkhilaf laku, terkasar bicara, terguris jiwa, saya menyusun sepuluh jari maaf dipinta.
Yang memandu pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai dan balik semula. Yang main mercun dan bunga api tu, berhati-hati juga, jangan sampai ada yang cedera. Tidak dilupa juga buat yang kurang bernasib baik, sambutlah Aidilfitri ini dengan penuh kesyukuran. Sesungguhnya langit tidak selamanya diselimuti kabus. Kelak, pasti muncul mentari bersinar ceria.
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

2 ulasan :

Terbang Bersamaku berkata...

Selamat hari raya & maaf zahir batin..
~semoga terus berjaya dlm bidang penulisan & smoga di murahkn rezeki..=)

Rizai Reeani berkata...

Terbang Bersamaku:
Amin... Berbanyak terima kasih untuk doanya. Moga awak juga sentiasa sihat dan berada di bawah lindungan rahmat-NYA.

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin. (^_^)