Sepatah Dua Kata

Ahad, September 11, 2011

Hadiah Istimewa

Salam dan selamat sejahtera semua.
Wah, lama betul tak update blog ini ya. Maaf kerana musim raya ini agak sibuk dengan jemputan rumah terbuka dan sebagainya. Jadi, untuk memastikan blog ini tidak terus bersawang, saya ingin menganjurkan satu peraduan yang amat mudah! Peraduan yang julung-julung kali diadakan saya kira.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah menjawab beberapa soalan tentang karya-karya dan diri saya.
Berikut adalah syarat-syarat pertandingan:
  • Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia sahaja
  • Hanya dua pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang paling tepat dan pantas
  • Hanya satu penyertaan sahaja dibenarkan oleh setiap peserta
  • Anda perlulah menjadi followers blog ini atau fan page FB
  • Sertakan ID blogger atau username FB pada setiap penyertaan
  • E-melkan penyertaan anda menerusi e-mel: rizaireeani@gmail.com
  • Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 September 2011 jam 11.00 malam
  • Keputusan akan diumumkan pada 13 September 2011
  • Keputusan adalah muktamad.
  • Borang penyertaan boleh dimuat-turun di SINI
Dah nama pun pertandingan, mestilah ada hadiah, kan? Okey, hadiah untuk dua pemenang adalah:
  • Sebuah antologi cerpen Cinta Pandang Pertama beserta tandatangan
  • Key-chain istimewa

Soalan-soalan adalah seperti berikut:
  1. Berikan tajuk novel pertama penulis
  2. Senaraikan tiga buah cerpen yang pernah tersiar di Majalah Mingguan Wanita
  3. Berikan tajuk novel kanak-kanak penulis
  4. Namakan watak hero dan heroin dalam e-novel Rindu Belum Berbunga
  5. Penulis pernah belajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam. Namakan institusi tersebut dan bidang pengajiannya.
Sekian sahaja untuk kali ini. Saya ucapkan selamat berjaya! Jika ada sebarang pertanyaan, boleh usulkan di ruangan komen atau FB (^_^)

2 ulasan :

shura berkata...

dah anta form. check pliz..

Rizai Reeani berkata...

Penyertaan anda sudah diterima. Terima kasih.:)