Sepatah Dua Kata

Ahad, Oktober 23, 2011

Bingkisan Istimewa Tentang Cinta

 
Berita baik dari penerbit Aurora Creative!!!
Pihak penerbit berbesar hati menyediakan sebuah bingkisan istimewa buat mereka yang sedang dilamun cinta. Sebuah pakej cinta mengandungi sebuah antologi cerpen Tentang Cinta dan sekeping kad ucapan esklusif boleh didapatkan dengan harga cuma RM18 sahaja. Harga sudah termasuk kos penghantaran.
Cara-caranya:
  • Buat tempahan antologi melalui e-mel: aurorabookstore2@gmail.com
  • Sertakan juga nama dan alamat individu yang ingin dihadiahkan antologi tersebut.
  • Tuliskan ucapan yang ingin dicoretkan di dalam kad. Tak kisahlah ucapan ringkas, madah pujangga mahu pun puisi.
Contoh seperti ini:
Buat adinda Irdina yang dirindui,
Di atas sekeping nota itu tercoret,
Satu kalimah yang mendebarkan jiwa,
Ditulis dengan tinta keemsan,
Bait-bait berhias indah.
Anehnya perasaan,
Benci tapi rindu,
Cinta tapi duka,
Namun,
Kalimah di atas nota itu,
Menghadirkan satu rasa,
Yang berbaur.

Nyata,
Mimpi jadi kenyataan,
Angan-angan jadi impian,
Hati dibuai melodi melankolik,
Kerna,
Kalimah di atas nota itu,
Menyemarak rasa bahagia.

“Aku Cinta Padamu”

Itulah kalimah yang dicoret,
Di atas nota berona merah itu,
Semaikanlah benih kasih,
Dalam taman jiwa,
Moga berputik,
Menjadi bebunga cinta,
Yang mekar mewangi.
Ketahuilah,
“Aku Juga Cinta Padamu!”
Setulus hati,
Ekhmal

Tempahan dibuka sekarang dan proses penghantaran akan bermula pada 01 November 2011. Jangan lepaskan peluang ini! Luahkan isi hati anda sekarang!

Tiada ulasan :