Sepatah Dua Kata

Rabu, Oktober 05, 2011

Merah Epal Cinta - Bab 02

 
IRDINA melangkah masuk ke dalam Demiruze Cafe malam itu dengan perasaan yang berbaur. Ada resah, ada gelisah. Dia mengenakan blaus lengan panjang rona jingga dengan seluar rona hitam dan rambutnya pula ditocang ekor kuda. Tampak santai dan selesa.
Dari jauh dia sudah dapat melihat kelibat Ekhmal. Pertemuan petang semalam telah dilanjutkan sehingga malam ini. Dan pertemuan kali ini bakal merubah kehidupannya. Irdina yakin tentang itu cuma dia ragu-ragu, sama ada mahu teruskan atau tidak rancangan itu.
“Awal sampai?” tegur Irdina pada Ekhmal yang sedang tekun membaca sesuatu  di tangannya.
Ekhmal tersengih mendengar suara Irdina. Dia mengerling jam di tangan. Gadis itu lewat sepuluh minit dari waktu yang dijanjikan.
“Aku yang awal atau kau yang lewat?” Ekhmal menyindir.
Irdina mengukir senyum kecil, tahu akan kesilapannya. Bukan dia sengaja lewat tetapi tiada kelibat bas awam sewaktu dia menunggu tadi. Mahu atau tidak, terpaksalah dia mengambil keputusan untuk menaiki teksi yang tambangnya tiga kali ganda dari harga tambang bas. Tidak mahu membiarkan Ekhmal tertunggu-tunggu.
“Jadi, kau dah setuju?” soal Ekhmal tanpa berkias.
“Tak sabarnya! Boleh tak saya order makanan dulu?  Lapar tahu tak?” omel Irdina.
Ekhmal tersengih lagi. Dia mengangkat tangan kanan lalu memanggil pelayan. Seketika, seorang pelayan lelaki menyerahkan menu pada Irdina. Bulat anak mata Irdina memandang harga makanan di situ. Dia menelan liur. Biar betul! Sepinggan nasi goreng biasa mencecah RM 5? Baik dia masak sendiri di rumah. Lagi kenyang.
Order, jangan segan-segan...” ujar Ekhmal.
::Baca seterusnya di sini::

Tiada ulasan :