Sepatah Dua Kata

Rabu, Oktober 12, 2011

Merah Epal Cinta - Bab 03

 
“CANTIK kau hari ni?” ujar Ekhmal.
Irdina tersipu malu. Dia mengenakan baju kebaya rona hijau pucuk pisang dengan rambut yang dibiar lepas. Dia tidak gemar memakai alat solek sebenarnya. Cukuplah sekadar mencalit gincu di bibir dan bedak tipis di pipi sebagai penyeri.
“Satu pujian atau kutukan?” suara Irdina.
“Terpulang pada tanggapan kau. Okey, sekarang aku nak kau tahu tentang keluarga aku. Mulai esok, kau akan tinggal bersama-sama mereka sebagai tunang palsu aku,”
Irdina mengangguk. Malam semalam dia telah menyatakan persetujuan untuk terlibat dalam rancangan Ekhmal. Sungguh, jika boleh dia mahu menolak tapi memandangkan tawaran wang tunai yang diberikan ditambah dengan kesihatan nenek, dia tidak boleh menolak. Lagipun, dia tidak rugi apa-apa. Mereka sekadar bertunang selama tiga bulan. Bukannya berkahwin.
“Keluarga aku ada empat orang. Papa, mama, abang dan aku. Di rumah ada Mak Timah, pengasuh aku dan Pak Samad, tukang kebun merangkap pemandu papa,”
‘Wah, dah agak si Ehkmal ni memang anak orang kaya. Siap ada pembantu rumah dan pemandu lagi,’ detik hati Irdina.
“Papa seorang yang simple dan biasa saja. Abang pula hidup dalam dunia dia sendiri. Dalam kepala dia hanya ada satu saja. Kerja. Jadi dia tak usik orang. Yang perlu dirisaukan sekarang adalah mama aku,” sambung Ekhmal.
“Kenapa pula?” Irdina menyampuk.
“Mama aku tu cerewet sikit. Kalau boleh semua nak prefect. Even calon isteri aku dan abang aku pun mesti nak sempurna serba-serbi,”

::Baca seterusnya di sini. Jangan lupa tinggalkan komen anda untuk saya perbaikinya::

Tiada ulasan :