Sepatah Dua Kata

Jumaat, Oktober 14, 2011

Tentang Cinta

 
Alhamdulillah, antologi cerpen TENTANG CINTA akhirnya menemui rakan pembaca sekalian. Projek antologi ini adalah usahasama pihak Aurora Creative bersama-sama sembilan orang penulis yang diketuai oleh Puan Maria Kajiwa sebagai penasihat. Beliau juga turut sama menyumbang dua buah cerpen.
19 buah cerpen yang mengungkap erti cinta dalam pelbagai perspektif dipersembahkan di dalam antologi ini. Pastinya diadun dengan berbagai-bagai rasa dengan latar, plot dan watak yang berbeza. Saya yakin, ia pasti mengusik jiwa mereka yang membacanya.
Saya menyumbang dua buah cerpen bertajuk “Cinta, sapalah hatinya!” dan “Pohon Kasih Kita”. Kedua-dua cerpen ini istimewa pada saya kerana kisah di sebaliknya mempunyai makna yang mendalam dalam kehidupan saya.
Antologi ini boleh dibeli menerusi pihak Aurora Creative melalui e-mel: aurorabookstore2@gmail.com dengan harga RM18 sahaja.
Untuk makluman, 300 pembeli terawal akan menerima diskaun RM3! Jangan lepaskan peluang untuk memiliki naskah yang julung-julung kali ini! (^_^)

Tiada ulasan :