Sepatah Dua Kata

Ahad, November 20, 2011

Akan Datang

 
ADHWA tidak menyintai lelaki itu. Cinta dalam hati sudah diberikan pada seseorang yang disayangi dalam diam. Namun entah di mana silapnya, ternyata cinta yang dipendam itu bertepuk sebelah tangan. Lantas, ditutup pintu hati dari menerima huluran kasih dari sesiapa pun. Tetapi, lelaki itu tidak pernah mengalah mengetuk pintu hatinya. Benarlah kata orang, hati perempuan ini seperti kerak nasi. Dicurah air, lama-lama lembut juga. Tidak, hatinya tidak begitu. Dia masih tegar menunggu cintanya yang tidak kesampaian lalu membiarkan lelaki itu mengalah sendiri.
            Biarlah orang mahu mengata dia kejam, dia tiada belas-kasihan, dia tidak kisah. Kerana pada Adhwa, jatuh cinta hanya sekali dalam seumur hidup. Dan tiada sesiapa dapat menggugat jiwanya untuk mengkhianati cinta itu. Salahkah jika dia mempertahankan cintanya asalkan dia bahagia begitu?
            Tanpa sedar, dia disapa rindu. Rindu yang menghadirkan penyesalan. Lelaki itu sudah pergi jauh meninggalkannya. Dan dia hanya ada kenangan untuk melalui hari-hari duka hinggalah cinta itu datang menyapa. Kali ini dia tidak akan bertindak terburu-buru lagi. Sama ada lelaki itu yang tercipta untuknya, atau terus menanti  cintanya bersambut, Adhwa sudah punya jawapannya…

Tiada ulasan :