Sepatah Dua Kata

Jumaat, November 11, 2011

Merah Epal Cinta - Bab 06 & 07

 
“SAYA dah tahu sebab kenapa awak beriya-iya benar nak bertunang dengan saya,” ujar Irdina sejurus mengambil tempat duduk di hadapan Ekhmal yang sedang menikmati sepotong piza di meja makan.
Suapan Ekhmal terhenti apabila mendengar kata-kata Irdina tadi. Dia meletakkan semula sisa piza yang berada di tangan ke dalam piring. Wajah Irdina dipandang. Mata gadis itu kelihatan galak merenungnya.
Explain it,” pinta Ekhmal.
“Tadi saya berbual dengan mama awak. Dia ada cakap tentang perkahwinan awak yang diatur dengan sepupu awak tu,” jelas Irdina.
Ekhmal tersentak. Ah, kenapa mamanya terlanjur kata pula?
“Jadi?” Ekhmal berpura-pura tenang walhal hatinya sudah bergelora.
“Kenapa awak tak terima?” soal Irdina.
“Rasanya itu bukan urusan kau,” balas Ekhmal.
“Memanglah tapi bila mama awak bercerita tentang awak, saya langsung tak tahu apa nak cakap. Contohnya, tadi mama awak kat awak ada buka galeri. Galeri apa pun saya tak tahu. Tunang apa namanya kalau perkara sebegitu pun tak tahu,” terang Irdina.
Ekhmal tersengih. Geli hati sebenarnya apabila Irdina asyik mengulangi perkataan ‘tak tahu’. Seketika kemudian, dia mengeluh.
“Apa yang kau nak tahu?” Ekhmal bertanya sambil kembali menyambung suapannya yang terhenti tadi.
“Serba-sedikit tentang diri awak,”
“Tak ada apa yang menarik tentang diri aku,”
Irdina mencemik. Geram betul dengan gelagat lelaki di hadapannya ini. Terasa mahu dicekik-cekik atau dicincang biar lumat. Tadi dia juga yang suruh tanya apa saja. Alih-alih, jawapan macam tu yang diberi. Baik tak payah tanya.
“Saya tak tahulah subjek Bahasa Melayu masa SPM dulu awak dapat berapa. Saya cakap lain, awak balas lain. Nak kata belajar tak tinggi, saya tengok kat ruang tamu terpampang besar bingkai gambar awak masa konvokesyen. Cakap Bahasa Melayu yang mudah pun awak tak faham,” Irdina menyindir membuatkan Ekhmal sedikit terpinga.
Irdina bangkit dari duduk, malas mahu melayan Ekhmal lagi. Buat sakit hatinya saja. Namun, baru beberapa langkah, dia berpaling semula.
“Oh ya, saya tumpang tidur rumah awak untuk malam ni saja. Esok saya akan balik rumah saya semula,” beritahu Irdina.
“Apa?” Ekhmal terkejut lalu segera berdiri.

::Baca seterusnya di sini.::
::Baru-baru ini saya ada buat pages FB untuk nama pena Ridha Reewani. Jemputlah ‘like’ di sini::

Tiada ulasan :