Sepatah Dua Kata

Rabu, November 09, 2011

Mulia Hati Seorang Ibu di Mingguan Wanita

 
ALHAMDULILLAH, cerpen saya bertajuk “Mulia Hati Seorang Ibu” telah disiarkan di majalah Mingguan Wanita keluaran 11-17 November 2011. Berbanyak terima kasih diucapkan pada editor yang sudi memilih karya tersebut.
Cerpen ini antara cerpen yang istimewa buat saya kerana inspirasi menulisnya datang ketika saya sedang menunggu bas untuk pulang ke kampung halaman. Oleh sebab itu saya memilih latar di perhentian bas dengan situasi yang biasa kita lihat di sana dan saya cuba olah dengan perspektif saya sendiri.
Jangan lupa dapatkan majalah ini di pasaran!

Tiada ulasan :