Sepatah Dua Kata

Selasa, Disember 20, 2011

Berita baik!

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Hola! Berita baik! Berita baik!
Berita baik pertama, Alhamdulillah, syukur manuskrip Merah Epal Cinta telah diterima untuk diterbitkan. Insha-Allah, mengikut kata penerbit akan berada di pasaran sekitar Februari 2012. Penerbitnya adalah Kaki Novel. Saya menggunakan nama pena Ridha Reewani untuk novel ini.
Berita baik kedua, Alhamdulillah, syukur manuskrip Ada Untukmu juga telah diterima untuk diterbitkan. Insha-Allah, akan berada di pasaran sekitar tahun 2012 tapi tidak pasti bulan berapa lagi. Penerbitnya adalah KarnaDya. Saya menggunakan nama pena Rizai Reeani untuk novel ini.
Syukur, masih diberi rezeki oleh-NYA untuk terus menerbitkan novel buat tatapan rakan pembaca semua. Alhamdulillah atas segala ilham dan idea yang diberi oleh Yang Maha Esa. Sememangnya, dorongan dan sokongan rakan-rakan pembaca amat saya hargai kerana anda juga pemangkin semangat saya untuk terus menulis dan menulis.
Insha-Allah, saya berusaha untuk memperbaiki mutu penulisan saya dan beri yang terbaik dari saya untuk rakan pembaca semua. Teruskan berada di sisi saya. Kerana anda, teristimewa di hati. Cewah… (^_^)
Sebagai tanda penghargaan, sebuah cerpen bertajuk Melodi Cinta akan disiar Januari nanti. Istimewa buat rakan pembaca semua dan istimewa buat saya juga kerana cerpen ini adalah satu kolaborasi dengan seorang kenalan yang merupakan seorang pemuzik indie. Tajuknya pun tentang melodi, pasti ada lagu istimewa di dalamnya.


Sekali lagi saya ucapan berbaaaaaanyak terima kasih pada anda semua!

4 ulasan :

syiela berkata...

congratz!

laila berkata...

citer yg kat pen2u tu ke? wah, x sbarnyer...

Hananorisa berkata...

tahniah, ridh..=)

Rizai Reeani berkata...

syiela: Berbanyak terima kasih. :)

laila: Ya, cerita di penulisan2u. Saya juga tak sabar nak pegangnya. :D

Hananorisa: Berbanyak terima kasih Hana. :)