Sepatah Dua Kata

Sabtu, Disember 24, 2011

Blog RZ Novella


Assalammualaikum dan salam sejahtera rakan pembaca semua.
SEPERTI yang diketahui sebelum ini, semua entri manuskrip novel saya telah diletakkan di dalam sebuah blog iaitu RZ Novella. Saya tidak menyiarkan bab novel di blog Euforia Cinta. Di sini hanya ada cerita-cerita pendek (mini novella) dan cerpen sahaja.
Bukan tidak mahu menyiarkan apa-apa bab novel, saya cuma bimbang akan menghampakan pembaca apabila sesebuah cerita itu tergantung untuk tempoh masa yang lama atau mungkin berkubur begitu sahaja. Oleh sebab itu, lebih baik saya siarkan cerita yang pendek-pendek di mana pembaca tidak perlu gusar untuk menunggu penamatnya. 
Manakala di blog RZ Novella mengandungi teaser novel yang telah dan akan diterbitkan sebanyak 10 bab sahaja supaya pembaca dapat menilai novel tersebut sebelum membelinya. Itu tanda penghargaan saya kepada rakan-rakan pembaca yang sentiasa berada di sisi.
Insha-Allah, bermula Mac nanti, saya akan siarkan bab novel “Ada Untukmu”. Oh ya, buat masa ini, tiada stok untuk novel-novel saya dalam simpanan. Bila sudah ada nanti, saya akan maklumkan. Kesempatan ini juga saya harap rakan-rakan pembaca semua sudi untuk ‘like’ pages yang baru diwujudkan sebagai tanda sokongan. Boleh klik di sini.
Berbanyak terima kasih semua. Doakan agar saya dapat terus berkarya untuk anda! (^_^)

2 ulasan :

Cik Fatimah Adzzis berkata...

done!

Rizai Reeani berkata...

Berbanyak terima kasih Cik Nera! Amat hargainya. (^_^)