Sepatah Dua Kata

Sabtu, Disember 31, 2011

Merah Epal Cinta - Bab 14 & 15


“APA yang awak buat kat sini?” soal Irdina.
“Awak pula buat apa kat sini?” balas Hasmir.
“Okay, chop! Both of you know each other?” Ekhmal menyampuk.
“Yes!” serentak kedua-duanya menjawab.
Ekhmal tergelak. Begitu juga dengan Hasmir. Irdina tercengang, tidak faham.
“She’s working at my restaurant,” Hasmir menyambung dalam tawa yang masih bersisa.
“Really? So that’s mean, my brother...” Ekhmal tidak menghabiskan kata.
“I don’t think he know about Dina because I’m suprised to meet her here,” Hasmir membalas.
Irdina berdehem. Hello, ingat kita ni tunggul apa duk terpacak kat sini.
“Ah, sorry. Irdina, meet Hasmir, my cousin. Mir, this is Irdina, my fiancee...” ujar Ekhmal sekaligus membuatkan raut wajah Hasmir berubah.
Irdina perasan akan perubahan tersebut tetapi lelaki itu cepat-cepat menukar ekspresi terkejutnya dalam bentuk senyuman.
“Oh, satu kebetulan bukan? Tak sangka Dina ni bakal tunang kau. By the way, congrats for both of you...” ucap Hasmir.
Irdina dapat merasakan ada getar pada nada suara Hasmir. Mengapa agaknya?
“Kek yang kau tempah tu, esok aku hantar. Oh ya, I’ll try to persuade him to come...” ujar Hasmir membuatkan Irdina tertanya-tanya.
Him? Siapa yang Hasmir maksudkan?’ detik hati Irdina.
It’s okay Mir. Aku faham kalau dia tak datang. Marah dia masih belum reda...” balas Ekhmal, menambah curiga pada hati Irdina.
“Eh, yang kau tercegat lagi kat sini kenapa? Pergi tukar baju cepat! Nanti mama membebel lagi,” arah Ekhmal.
Irdina mencebik. Baru sahaja dia hendak bertanya gerangan seseorang yang Ekhmal dan Hasmir bualkan tadi. Langkah kakinya dipercepatkan. Pasti Puan Sri Hasmiza sudah lama menanti di bawah. Jauh di dasar hati, Irdina sedikit gusar. Nyata dia benar-benar terkejut dengan kehadiran Hasmir di sini. Apa agaknya tanggapan lelaki itu padanya? Ingatan Irdina ligat berputar sewaktu Hasmir menghantarnya pulang ke rumah dari hospital semalam.
“Awak... Hari Jumaat nanti saya nak minta cuti, boleh?”
“Kenapa? Sebab nak jaga nenek awak?” soal Hasmir.
Irdina mengangguk walhal Jumaat itu adalah hari pertunangannya. Seboleh mungkin dia mahu menyorokkan hal yang satu itu pada Hasmir.
“Kenapa tak cuti dari esok?”
“Malam tu kan ada majlis kat restoran. Pasti nak pakai pekerja. Lagipun pagi tu saya boleh lawat nenek. Sebab tu saya minta cuti hari Jumaat, boleh saya teman nenek lama sikit,” jawab Irdina.
Kini, semuanya sudah terbongkar. Pasti Hasmir menganggap yang dia seorang penipu. Betapa kecilnya dunia. Tidak disangka Hasmir punya pertalian persaudaraan dengan Ekhmal. Bunyi ketukan pintu mengejutkan Irdina dari lamunan. Puan Sri Hasmiza menolak daun pintu apabila mendengar suara Irdina memanggil masuk.
“Dah siap tukar baju?” soal Puan Sri Hasmiza.
Irdina mengangguk. Dia hanya menyarung T-shirt lengan panjang dan seluar track bottom yang sudah tersedia di dalam almari. Puan Sri Hasmiza berjalan menghampirinya lalu melabuhkan punggung di atas katil.
“Mari sini, duduk sebelah auntie. Ada sesuatu yang auntie nak cakap pada Dina,” ujar Puan Sri Hasmiza.
Irdina menurut tanpa banyak soal. Entah apalah yang Puan Sri Hasmiza mahu bicarakan.
“Esok, kamu akan ditunangkan dengan Ekhmal. Terus-terang, auntie rasa happy sangat. Yalah, auntie tak ada anak perempuan. Auntie harap Dina boleh bahagiakan Ekhmal,” Puan Sri Hasmiza berkata.
Irdina hanya mampu mengukir senyum tawar. Kata-kata Puan Sri Hasmiza menjentik tangkai hatinya, menghadirkan hiba. Bagaimana agaknya perasaan Puan Sri Hasmiza bila mereka berpisah selepas tiga bulan nanti? Adakah wanita itu akan membencinya? Oh, sungguh Irdina tidak mampu memikirkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Segalanya diserahkan pada Yang Maha Esa. DIA lebih memahami urusan setiap hamba-NYA.
“Cuma auntie agak terkilan. Anak sulung auntie masih tak mahu pulang ke vila ni...” Puan Sri Hasmiza meluahkan perasaan hatinya.
‘Anak sulung? Oh ya, abang Ekhmal. Hampir terlupa dia. Eh, sekejap! Hasmir dan Ekhmal adalah sepupu. Begitu juga Hasmir dengan Encik Ezwan, majikannya. Jangan-jangan....’ Irdina menekup mulut, tindakan spontan yang selalu terjadi jika dia diterjah dengan kejutan.
“Kenapa Dina?” Puan Sri Hasmiza bertanya, ingin tahu.
“Tak, tak ada apa auntie, menguap sikit. Maaf ya,” dalih Irdina.
“Kamu ni... Ada-ada saja,” ucap Puan Sri Hasmiza sambil menepuk bahu Irdina, lembut.
“Apa sebenarnya yang terjadi dengan anak sulung auntie?” pantas Irdina bertanya.
Ah, lidah ni! Kenapa pula nak menyibuk tepi kain orang? Ish, ish...
“Mal tak beritahu Dina?”
Irdina menggeleng. Puan Sri Hasmiza menundukkan wajah. Seketika kemudian, terdengar dia mengeluh.
Baca seterusnya di sini.

Tiada ulasan :