"Lagu cinta yang bersenandung dalam jiwa istimewa padamu" - Farida
"Tanpa irama dan lagu, alunan cinta tidak akan harmoni" - Felisha
Ridha Reewani @ Rizai Reeani
Biarpun cintanya bertepuk sebelah tangan, dia tidak akan berhenti berharap. Bagi Adhwa, selagi lelaki itu masih belum dimiliki oleh mana-mana gadis, dia masih punya peluang untuk memperjuangkan cintanya.
Namun, dalam setiap perjuangan itu pasti ada rintangan. Persoalannya, apakah Adhwa tegar atau rebah?
Saya tak faham. Selangkah saya dekat, seribu langkah dia menjauh. Terlalu besarkah kesalahan yang telah saya lakukan sehingga dia tegar biarkan saya terkapai-kapai kerinduan begini? - Fadiya
Bukan niat di hati mahu menjauh cuma diri ini tidak layak bergandingan dengan dirinya. Terlalu jauh bezanya kehidupan antara aku dan dia. Jika dia bersama denganku, mungkin dia tidak kenal akan erti bahagia. - Lukman
Aku cuma mahu menjadi Faziera yang baru. Bukan lagi gadis yang hidupnya disisihkan teman. Aku juga punya hati dan perasaan. Punya rasa untuk dicintai dan menyayangi - Faziera
Saya tidak mahu bahagia jika sahabat baik saya sendiri menderita. Saya bukan seorang yang pentingkan diri. - Rosalina
Perasaan hati gadis bernama Airina yang meminati seorang jejaka asing yang tidak dikenali. Perlukah dilafaz rasa cinta dalam hati atau biarkan rindu berlalu pergi?
Pertama kali melihat wajah itu, angin cinta mula menyusp dalam sanubari. Yusfira pasti, lelaki bermata sepet itu telah mencuri hatinya!
Pertemuan kali pertama telah menerbitkan perasaan asing dalam hatinya. Wajah lelaki itu kerap-kali bertandang tanpa dipinta. Sentiasa ingin bersua, sentiasa ingin bertentang mata. Farisah tidak keruan. Apakah dia telah jatuh cinta?
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa jua pun, kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis sendiri.
::CATATAN::
Entri mini novella akan dibekukan seketika kerana saya perlu menyiapkan manuskrip kanak-kanak sebelum Mac. Gomensai...
Jangan lupa dapatkan novel Merah Epal Cinta di pasaran! (^_^)
Euforia Cinta Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea
0 ulasan pembaca:
Catat Ulasan