::CATATAN::
Bulan Mac akan kembali aktif menulis di sini. (Harap-haraplah)
Jangan lupa temu janji kita pada 17 Mac nanti di POPULAR Central Market jam 12.00 tengah hari. (^_^)
Selasa, Januari 31, 2012
Berita Gembira
Salam dan selamat sejahtera rakan-rakan pembaca yang disayangi.
Hari ini saya ingin berkongsi dua berita gembira dengan anda semua. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas rezeki dan kurnia-NYA.
Berita gembira yang pertama adalah baru-baru ini saya mendapat khabar bahawa cerpen bertajuk “Sisa-sisa Kenangan” telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan Jom Tulis Cerpen anjuran Grup Buku Karangkraf. Insha-Allah cerpen ini akan dimuatkan dalam antologi cerpen terbitan mereka tidak lama lagi. Untuk berita lanjut, sila klik sini.
Berita gembira yang kedua adalah novel Merah Cinta Epal menduduki tangga ke-10 carta paling laris POPULAR untuk minggu keempat Januari. Syukur, seminggu berada di pasaran, novel tersebut mendapat tempat di hati para pembaca. Untuk ketahui senarai carta, boleh klik sini.
Berbanyak terima kasih saya ucapkan pada rakan-rakan pembaca yang banyak memberi sokongan dan dorongan. Amat-amat saya hargai! (^_^)
Salam sayang,
Ridha Reewani
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
















2 ulasan pembaca:
Tahniah! Ternyata saudara bukan sahaja hebat dalam penulisan novel malah cerpen juga.
Tetamu Istimewa: Ish, biasa-biasa saja. Masih banyak yang perlu dipelajari. Alhamdulillah, rezeki pemberiaan-NYA... :)
Catat Ulasan