Sepatah Dua Kata

Isnin, Januari 02, 2012

Cinta Pandang Pertama



Antologi Cerpen Cinta Pandang Pertama
Info Didik Sdn. Bhd.
Sem. Malaysia: RM 14.50
Sabah/Sarawak: RM 16
April 2011

CINTA adalah aungerah istimewa yang dikurniakan Tuhan buat setiap insan agar membuahkan bahagia dalam kehidupan. Tidak semua dapat merasai manisnya cinta andai tidak tahu menghargainya. Cinta itu hadir tidak kira masa dan tempat. Kadang-kadang ia datang tanpa dipinta. Seringkali ia muncul tanpa diduga. Itulah cinta, yang mewarnai kehidupan dengan warna-warna yang penuh pesona.
Antologi Cinta Pandang Pertama ini memuatkan 19 buah cerpen yang mengungkap erti cinta dalam kehidupan. Pelbagai latar dan peristiwa digarap dengan mengangkat cinta sebagai tema. Berkisar pada kisah kehidupan seharian, mungkin ada yang pernah mengalami peristiwa yang hampir serupa.
Antologi ini menyentuh aspek cinta yang utama pada Tuhan, cinta pada keluarga, cinta pada kekasih hati, cinta pada kawan-kawan dan cinta pada diri sendiri. Menyintailah, agar layak untuk dicintai.

Tiada ulasan :