::CATATAN::
Entri mini novella akan dibekukan seketika kerana saya perlu menyiapkan manuskrip kanak-kanak sebelum Mac. Gomensai...
Jangan lupa dapatkan novel Merah Epal Cinta di pasaran! (^_^)
Isnin, Januari 16, 2012
Sudah Terbit!
ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Ilahi, novel Merah Cinta Epal sudah menemui rakan pembaca sekalian. Buah tangan pertama saya untuk tahun baru ini dan merupakan ‘anak’ yang ke-enam. Syukur, sambutan yang diberikan oleh rakan-rakan pembaca semua setakat ini sangat memberangsangkan.
Cuma, yang baru mengenali saya, berlaku sedikit salah-faham tentang identiti saya kerana menggunakan nama pena yang kedengaran seperti penulis wanita. Dulu saya agak susah hati tetapi sekarang saya sudah boleh tersenyum kerana rakan-rakan pembaca sudah dapat menerimanya. Berbanyak terima kasih untuk sokongan dan dorongan semua.
Novel tersebut sudah boleh dilanggan menerusi laman web Kaki Novel atau melanggan terus dari saya sendiri. Namun stok yang ada pada saya agak terhad jadi siapa cepat dia yang dapat ya. Caranya boleh klik pada tab langganan di atas. Oh, hampir terlupa, 250 orang pelanggan terawal yang melanggan secara online di web KN akan menerima cenderahati yang tak seberapa dari saya. Sekeping kad kalendar tahun 2012.
Novel ini akan mula berada di rak-rak buku sekitar awal atau pertengahan Februari nanti. Jangan lupa dapatkannya di pasaran kelak. (^_^)
Rasa cinta kita, seperti manisnya epal merah. Nikmatilah!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
















6 ulasan pembaca:
congratz! sure will get it.. -im-
Tahniah Saudara!
novel nie dah di jual dkt kedai2 buku belum ye...?
sy akan cuba memilikinya, sy suka baca cerita nie..
smoga terus sukses ye..tahniah..=)
Im & Helmi:
Berbanyak terima kasih... (^_^)
Terbang Bersamamu:
Buat masa ni belum ada lagi. Boleh beli online di web KN atau saya sendiri. Insha-Allah, akan mual dipasarkan di kedai buku bermual Februari nanti. :)
Bebranyak terim kasih untuk sokongan anda. Selamat membaca dan semoga terhibur... :)
mcmana caranya hani nak beli dr brunei online kpd encik pnulis sndiri? brapa kos semuanya?
Salam mesra Hani.
Mengikut polisi, saya dibenarkan mengedar novel tersebut di dalam negara sahaja. Jika Hani berminat untuk mendapatkannya, Hani boleh menghubungi penerbit terus melalui alamat e-mel: admin@kakinovel.com
Berbanyak terima kasih saya ucapkan. :)
Catat Ulasan