Sepatah Dua Kata

Sabtu, Mac 03, 2012

Adir Yang Terpilih



Adir Yang Terpilih
FP Junior
Sem. Malaysia: RM 10.90
Sabah/Sarawak: RM 12
Julai 2011

ADIR selalu dibuli oleh rakan sekelasnya menyebabkan dia berasa rendah diri dan terpinggir. Apatah lagi dia seorang anak yatim piatu. Suatu hari, ketika sedang berada di dusun arwah datuknya, Adir telah ditarik ke dalam satu bulatan cahaya dan akhirnya berada di sebuah dunia asing yang langsung tidak pernah terjangkau di fikirannya.
Suasana di seklilingnya sangat pelik. Langit yang berwarna kuning, tumbuhan yang pelbagai bentuk dan hidupan aneh yang beraneka rupa. Adir bertemu dengan Floria, puteri dari Kaum Kerdillo yang mahu ke Lembah Blumephia untuk menemui Sang Pertapa bagi membebaskan kaumnya yang telah ditawan oleh Kaum Monstrio yang kejam.
Sepanjang pengembaraan, banyak benda dan perkara yang Adir temui dan pelajari. Akhirnya Adir sedar, keberanian itu lahir daripada perasaan ingin mempertahankan diri dan melindungi sesuatu yang disayangi...

“Kekuatan itu bukanlah sesuatu yang berdasarkan fizikal semata-mata. Kekuatan itu lahirnya dari hati. Hati yang tabah dan sabar dalam menempuh dugaan dan cabaran yang mendatang. Itulah kekuatan yang sebenar...”

Tiada ulasan :