Sepatah Dua Kata

Sabtu, Mac 03, 2012

Sama Tak Serupa



Sama Tak Serupa
FP Junior
Sem. Malaysia: RM 12
Sabah/Sarawak: RM 14
April 2012

INI kisah tentang seorang puteri raja yang budiman dan berhemah tinggi bernama Puteri Hanina dengan seorang gadis yang berperwatakan kasar dan dibenci bernama Hanini. Kisah yang jarang berlaku dalam kehidupan sehari-hari. Suatu pagi, terjadi pertemuan antara Puteri Hanina dengan Hanini yang membawa kepada perubahan dalam hidup masing-masing. 
Tanpa disangka, kedua-duanya bersetuju untuk merancang sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh akal. Bertukar tempat! Ya, mereka sudi bertukar kehidupan kerana memiliki wajah yang sama.
Diberi tempoh seminggu, banyak perkara yang berlaku. Ada yang lucu, ada yang menyayat hati. Bagaimana seorang puteri raja mahu berperwatakan kasar dan bagaimana seorang rakyat biasa mahu berkelakuan seperti seorang tuan puteri?

“Kau yakin kau boleh jadi kasar macam aku?” tanya Hanini.

Kali ini giliran Puteri Hanina terdiam. Selama ini dia telah dididik menjadi seorang yang lemah-lembut dan bersopan-santun. Bolehkah jika dia mengubah sikap menjadi seperti gadis di hadapannya ini?
Sebuah kisah yang mengungkap erti kehidupan dan kesyukuran. Hidup tetap perlu diteruskan, walau apa pun dugaan yang datang melanda.

Tiada ulasan :