Sepatah Dua Kata

Ahad, April 01, 2012

Akan Datang Sepanjang April


Salam mesra rakan-rakan pembaca yang disayangi.
Insha-Allah, bulan April ini, blog Euforia Cinta akan menyajikan beberapa karya seperti:



Cerpen: Carta Hati Najwa
“Saya harus belajar main gitar supaya hasrat hati saya dapat sampai kepadanya.” – Najwa
“Cinta itu adalah melodi indah yang merdu di telinga, menusuk jiwa.” – Nurman
“Saya tak akan sesekali buat awak menangis kerana air mata awak, terlalu mahal untuk dibazirkan dengan cinta yang tak berbalas.” – Aidil





Mini Novella: Tercipta Untukku
“Saya tetap percaya, dia yang tercipta untuk saya.” –Adhwa
“Bercinta itu bukan perkara main-main. Ia perlukan tanggungjawab dan Nain belum bersedia untuk menggalasnya.” – Zulkarnain
“Belajar lepaskan dia dari hati kau. Itu saja caranya supaya kau tak terus-terusan menyakiti hati sendiri.” – Qayyum




Novel Kanak-kanak: Sama Tak Serupa
Novel kanak-kanak kedua saya yang akan diterbitkan oleh FP Junior. Bakal menemui anda tidak lama lagi!


Pesta Buku & Sesi Ramah-mesra
Insha-Allah, saya akan berada di beberapa buah booth sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang bermula dari 27 April-06 Mei nanti. Masa dan tarikh akan saya maklumkan kemudian. Moga dapat bertemu di sana.


Berbanyak terima kasih untuk sokongan dan dorongan dari semua. Doakan moga saya dapat terus menulis dan menulis untuk dikongsi bersama-sama. (^_^)

Tiada ulasan :