Sepatah Dua Kata

Rabu, April 18, 2012

Novel Terbaharu



ALHAMDULILLAH, novel kanak-kanak kedua saya akan menemui rakan pembaca semua mejelang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur hujung bulan ini nanti. Sama Tak Serupa tajuknya. Jika Adir yang Terpilih lebih menonjolkan kanak-kanak lelaki sebagai watak utama, kali ini saya memilih kanak-kanak perempuan pula.
Berikut adalah blurb novel ini:

INI kisah tentang seorang puteri raja yang budiman dan berhemah tinggi bernama Puteri Hanina dengan seorang gadis yang berperwatakan kasar dan dibenci bernama Hanini. Kisah yang jarang berlaku dalam kehidupan sehari-hari. Suatu pagi, terjadi pertemuan antara Puteri Hanina dengan Hanini yang membawa kepada perubahan dalam hidup masing-masing.
          Tanpa disangka, kedua-duanya bersetuju untuk merancang sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh akal. Bertukar tempat! Ya, mereka sudi bertukar kehidupan kerana memiliki wajah yang sama.
          Diberi tempoh seminggu, banyak perkara yang berlaku. Ada yang lucu, ada yang menyayat hati. Bagaimana seorang puteri raja mahu berperwatakan kasar dan bagaimana seorang rakyat biasa mahu berkelakuan seperti seorang tuan puteri?
“Kau yakin kau boleh jadi kasar macam aku?” tanya Hanini.
          Kali ini giliran Puteri Hanina terdiam. Selama ini dia telah dididik menjadi seorang yang lemah-lembut dan bersopan-santun. Bolehkah jika dia mengubah sikap menjadi seperti gadis di hadapannya ini?
          Sebuah kisah yang mengungkap erti kehidupan dan kesyukuran. Hidup tetap perlu diteruskan, walau apa pun dugaan yang datang melanda.

Jangan lupa dapatkannya di pasaran kelak! (^_^)

2 ulasan :

Tetamu Istimewa berkata...

Tahniah! Rasa kagum dengan saudara.

Ridha Reewani / Rizai Reeani berkata...

Terima kasih Helmi. Biasa-biasa saja. Sama-sama kita terus lestari dalam berkarya ya. (^_^)