Sepatah Dua Kata

Ahad, Mei 27, 2012

Akan Datang Jun 2012





Mini Novella: Dengarkan Kata Hati
Asma percaya bahawa pemilik separuh hatinya akan muncul pada bila-bila masa, tidak kira di mana. Dia hanya perlu setia menanti lelaki yang bakal menyunting dirinya menjadi suri hidup. Namun entah bagaimana, angin cinta menyapa secara senyap-senyap dalam jiwanya. Tanpa sedar, jantungnya berdegup tidak sekata kala menatap wajah itu. Darahnya terasa pantas mengalir ketika mendengar suara itu. Malangnya, pemilik wajah dan suara itu langsung tidak perasan akan kehadirannya di sisi. Asma keliru. Jika benar lelaki itu pemilik separuh lagi hatinya, mengapa tidak ada tanda-tanda yang muncul? Persoalannya, tahukah Asma akan tanda-tanda lelaki itu adalah empunya separuh hatinya? Jawapannya, dengarkan kata hati…





Cerpen: Magis Frimorie
Frimorie merupakan puteri sulung Negara Futurina. Malangnya, dia tidak boleh menaiki takhta bagi menggantikan ayahandanya yang telah mangkat kerana dia tidak boleh menggunakan magis. Bonda tirinya, Maharani Fioria pula mahu membunuh dirinya. Maka Frimorie mengambil keputusan untuk melarikan diri. Dia akhirnya bertemu dengan seorang pemuda bernama Gizani dan ibunya yang merupakan bekas tabib diraja. Frimorie yang terkejut dengan sejarah keluarganya bertekad mahu menumpaskan kejahatan bonda tirinya itu. Walaubagaimanapun, dia tidak boleh menggunakan magis kerana sejak kecil, sumber tenaga magisnya sudah pun dikunci. Mampukah gadis itu mengambil semula haknya dan seterusnya mengembalikan keamanan pada negara Futurina? Hanya Frimorie yang ada jawapannya.





Novel: Dia Jantung Hatiku
Nur Dhaniyah pasrah! Andai ini ketentuan hidupnya, dia redha. Hidupnya tidak pernah mengecap bahagia. Hanya derita dan duka yang menyelubungi jiwa. Dirinya tenggelam punca. Semua gara-gara kesalahan yang tidak dilakukannya. Ternyata, dendam 26 tahun lalu masih segar dalam jiwa. Dia yang menjadi taruhan. Namun, pada siapa dia hendak mengadu nasib?

Hilmi Najhan, terima kasih kerana sudi menjadi dahan untuk berpaut. Maafkan Niya. Cinta kita terlalu banyak halangannya. Namun, kau akan sentiasa tetap di hati. Cinta pertama memang sukar dilupakan oleh sesiapa jua. Semoga kau bertemu dengan insan yang benar-benar tahu menghargai cintamu.
Intan, setiap kejadian yang berlaku itu ada hikmahnya. Setiap pekerjaan yang kita lakukan pasti akan dihitung. Jika baik, pahala kita peroleh. Jika buruk, dosa kita terima. Mengapa dalam sangat luka yang kau tanggung? Aku tidak bersalah. Bukan niatku untuk menyakiti kerana aku sudah terlalu lama disakiti.
Izhar Hafizi, sungguh, ada benih cinta di dalam jiwa ini. Bajailah ia dengan kasih sayang dan siramilah ia dengan kejujuran dan kesetiaan. Moga benih cinta itu akan berputik, menghasilkan bebunga cinta yang rekah mewangi.
“Aku cinta padamu” Sukarkah untuk dilafaz?
Haikal, jangan terlalu baik, kelak akan menyusahkan diri. Bukan niat mahu mempergunakan perasaan cintamu itu namun jika kau tetap terus mengejar, semakin jauh akan kulari hingga kau sendiri letih lalu berhenti.
Dalam gembira ada duka, dalam ketawa terselit lara dan dalam bahagia tersulam derita. Hidup ini ibarat roda. Sekejap di atas, sekejap di bawah. Kita masih dapat merubah takdir, andai ketakwaan dan keimanan menjadi tunjang dalam kehidupan...
E-novel ini akan disiarkan eksklusif di blog Novel Melayu Kreatif Kaki Novel

Tiada ulasan :