Sepatah Dua Kata

Isnin, Jun 11, 2012

Corat-coret di keheningan pagi

ALHAMDULILLAH, antologi cerpen terbitan Grup Buku Karangkraf dan Kelab Prostar sudah berada di pasaran. Cerpen yang bertajuk “Sisa-sisa Kenangan” turut dimuatkan di dalam antologi ini. Untuk makluman, terdapat 25 buah cerpen yang terkandung di dalam buku tersebut. Cerpen-cerpen yang dipilih adalah menerusi peraduan Jom Tulis Cerpen yang pernah dianjurkan mereka tahun lepas. Syukur, cerpen saya saya telah memenangi tempat kedua dalam peraduan ini.


            Jarang saya khabarkan perkembangan penulisan saya di sini. Bukan tidak mahu tetapi sedikit segan. Jam di laptop menunjukkan pukul 4.15 pagi. Berehat sebentar dari mengerjakan manuskrip.
Buat rakan-rakan pembaca baru, salam perkenalan dari saya. Umum mengetahui saya mempunyai dua nama pena yang err… sedikit berciri keperempuanan? Haha… Sebenarnya nama pena itu telah dicadangkan oleh pihak penerbit kerana saya menulis cerita bertemakan cinta. Jarang lelaki bercerita tentang cinta tetapi pada saya ini adalah cara saya menginterpretasikan definisi cinta kerana ia adalah satu lumrah, satu rasa yang semua orang dapat memilikinya. Saya harap tiada yang salah faham dengan nama pena ini kerana ia adalah gabungan nama-nama dalam ahli keluarga saya.
            Sekarang saya sedang menulis dua buah manuskrip kanak-kanak dan sebuah manuskrip dewasa. Hampir dua tahun berkecimpung dalam bidang penulisan novel genre, saya telah menghasilkan tiga buah novel umum, dua buah novel kanak-kanak dan sebuah antologi cerpen sendiri serta dua buah antologi cerpen bersama. Alhamdulillah, syukur atas rahmat-NYA. Namun, ada bisik-bisik mengatakan saya menggunakan ‘orang dalam’ untuk menerbitkan karya. Saya ketawa sebentar dan dalam masa yang sama sedikit terkilan.
            Mereka yang tidak terlibat dalam belakang tabir penerbitan sesebuah manuskrip mungkin tidak tahu asam-garam sebenar bidang penulisan. Ada manuskrip saya yang tersimpan hampir setahun lamanya pada tangan penerbit. Ada juga manuskrip yang ditolak dan diminta ubah-suai semula. Saya menjejakkan kaki dalam bidang ini tanpa kenal sesiapa. Waktu itu saya seorang diri mencari tapak. Saya bermula di laman sesawang Kapasitor.net. Malu-malu untuk berkongsi tulisan saya yang tidak seberapa itu di sana.
Syukur, dari situ saya mula berkenalan dengan beberapa rakan penulis yang sehingga kini menjadi rakan baik saya dalam bidang ini. Sentiasa memberi sokongan dan berada di sisi ketika saya hampir jatuh dan nyaris tersungkur. Ya, saya tak nafikan, dua tahun untuk lapan buah karya nampak sedikit keterlaluan tetapi tahukah semua bahawa manuskrip-manuskrip tersebut telah saya hantar semasa saya berada di dalam tahun akhir universiti lagi yakni sekitar tahun 2010.
            Kenapa hantar banyak-banyak sekaligus? Sebab saya mengejar masa. Selagi saya masih diberi keizinan untuk menulis, saya akan cuba hasilkan seberapa banyak manuskrip yang saya mampu kerana saya bimbang saya tidak berkesempatan berkongsi perasaan saya dengan rakan-rakan pembaca. Besar harapan saya untuk rakan-rakan pembaca turut sama merasa gembira, sedih, geram, dan lain-lain dalam setiap cerita yang saya persembahkan.
            Saya akui, citarasa pembaca-pembaca semua berlainan. Ada yang kata sesebuah cerita itu menarik dan sebaliknya. Namun bagi seorang penulis, jika ada yang membaca tulisan mereka, itu sudah cukup memberi makna atas penat-lelah menghasilkan sebuah cerita. Penerimaan pembaca itu satu bonus.
            Sesekali bercerita, terasa tak mahu berhenti pula. Terima kasih sudi membaca sedikit coretan saya ini. (sedikit ke?) Haha… Moga bertemu lagi, Insha-Allah. Salam sayang buat rakan-rakan pembaca semua. (^_^)

3 ulasan :

Tetamu Istimewa berkata...

Tahniah atas kemenangan. Pedulikan cakap orang. Yang penting kita tahu apa yang kita lakukan itu.

Hasif Hamsyari berkata...

tahniah, bang! saya juga bermula dari sifar! ^^

Ridha Reewani / Rizai Reeani berkata...

Helmi: Terima kasih atas kata-kata semangatnya. (^_^)

Hasif: Terima kasih dik. Kita sebagai penulis, perlu sentiasa kuat semangat! :)