Sepatah Dua Kata

Ahad, Januari 01, 2012

Dia Jantung Hatiku



Dia Jantung Hatiku
Kaki Novel
Sem. Malaysia: RM
Sabah/Sarawak: RM
Akan Datang 2013

Nur Dhaniyah pasrah! Andai ini ketentuan hidupnya, dia redha. Hidupnya tidak pernah mengecap bahagia. Hanya derita dan duka yang menyelubungi jiwa. Dirinya tenggelam punca. Semua gara-gara kesalahan yang tidak dilakukannya. Ternyata, dendam 26 tahun lalu masih segar dalam jiwa. Dia yang menjadi taruhan. Namun, pada siapa dia hendak mengadu nasib?
Hilmi Najhan, terima kasih kerana sudi menjadi dahan untuk berpaut. Maafkan Niya. Cinta kita terlalu banyak halangannya. Namun, kau akan sentiasa tetap di hati. Cinta pertama memang sukar dilupakan oleh sesiapa jua. Semoga kau bertemu dengan insan yang benar-benar tahu menghargai cintamu.
Intan, setiap kejadian yang berlaku itu ada hikmahnya. Setiap pekerjaan yang kita lakukan pasti akan dihitung. Jika baik, pahala kita peroleh. Jika buruk, dosa kita terima. Mengapa dalam sangat luka yang kau tanggung? Aku tidak bersalah. Bukan niatku untuk menyakiti kerana aku sudah terlalu lama disakiti.
Izhar Hafizi, sungguh, ada benih cinta di dalam jiwa ini. Bajailah ia dengan kasih sayang dan siramilah ia dengan kejujuran dan kesetiaan. Moga benih cinta itu akan berputik, menghasilkan bebunga cinta yang rekah mewangi.
“Aku cinta padamu” Sukarkah untuk dilafaz?

Haikal, jangan terlalu baik, kelak akan menyusahkan diri. Bukan niat mahu mempergunakan perasaan cintamu itu namun jika kau tetap terus mengejar, semakin jauh akan kulari hingga kau sendiri letih lalu berhenti.
Dalam gembira ada duka, dalam ketawa terselit lara dan dalam bahagia tersulam derita. Hidup ini ibarat roda. Sekejap di atas, sekejap di bawah. Kita masih dapat merubah takdir, andai ketakwaan dan keimanan menjadi tunjang dalam kehidupan...


Tiada ulasan :