Sepatah Dua Kata

Khamis, Julai 26, 2012

Terima kasih daun keladi...


Assalammualaikum dan Salam Ramadhan.

Harap rakan pembaca semua sentiasa sihat dan berada dalam lindungan rahmat-NYA. Di kesempatan ini saya ingin menyatakan rasa terima kasih pada rakan-rakan pembaca yang masih sudi hadir membaca bingkisan karya-karya saya yang tidak seberapa ini.
            Beberapa hari lepas, saya ada menerima berita baik dari penerbit Merah Cinta Epal. Alhamdulillah, saya sudah menerima ‘buah tangan’ untuk novel tersebut. Sungguh saya terkejut dan yang termampu saya zahirkan adalah rasa syukur atas rezeki kurniaan-NYA.
            Jutaan terima kasih saya ucapkan pada mereka yang telah membaca dan mendapatkan novel tersebut. Terlebih, terkurang di dalamnya, saya mohon maaf dan juga mohon dihalalkan apa yang telah anda hulurkan. Sesungguhnya, budi baik anda hanya Tuhan yang dapat membalas. Begitu juga pada anda yang telah membaca dan mendapatkan karya-karya saya sebelum ini seperti Semanis Coklat, Begitulah Cinta, Cinta Pandang Pertama, Adir yang Terpilih, Sama Tak Serupa, dan Tentang Cinta.
            Terima kasih sekali lagi atas sokongan dan dorongan yang diberikan pada penulis kerdil seperti saya. Walau saya jarang update entri, jarang bertegur-sapa, namun anda semua tetap sudi bertandang ke teratak saya ini dan menjalin ikatan sillaturrahim. Ketahuilah, saya amat hargainya.
            Sokongan dan dorongan anda adalah pemangkin semangat untuk saya terus berkarya. Insha-Allah, tahun hadapan dan seterusnya, saya berharap sokongan anda tetap teguh untuk saya dan saya akan terus menulis dan menulis.


            Alhamdulillah, cerpen tulisan saya bertajuk “Sesal yang Berbalas” masih mendapat tempat di majalah Mingguan Wanita keluaran 27 Julai – 02 Ogos. Untuk cerpen-cerpen saya yang pernah disiarkan di media cetak, jika berpeluang, saya ingin bukukannya buat tatapan semua. Moga dipermudahkan Allah.
            Sekian dulu buat masa ini. Jika ada sebarang pendapat, ulasan dan pandangan, bolehlah hubungi saya di laman Facebook atau e-mel ke rznovella@yahoo.com. Saya amat alu-alukannya. Terus hidup dengan gembira dan sentiasa berfikiran positif.
Salam mesra,
Ridha Reewani / Rizai Reeani

2 ulasan :

Tetamu Istimewa berkata...

Tahniah ya Wan, saya tumpang gembira.

Tanpa Nama berkata...

congratz! saya sentiasa menyokong anda - fifi-